Sunday, August 31, 2008

Bila hati mula berbisik




Ya Allah ya Rabbi,
Intan payungku,
Permata Hatiku,
Pelindungku,
Pendengar setia rintihan hatiku,
Yang Maha Memahami masalahku,
Yang Mengerti Isi Hatiku...,

Aku telah berjanji sejak azali lagi agar selalu menjaga kesucian cintaku kepadaMu,
Kerana yakin dengan janjiMu akan menjagaku jika aku menjaga cintaku kepadaMu.

Namun, sekarang aku sedang bersedih Ya Allah....
aku sedang berduka Ya Allah...
Aku takut Ya Allah...
Aku risau Ya Allah...
Aku tidak tahu apakah hikmah disebalik semua ini Ya Allah...
Tapi, hatiku Ya Allah.. hati yang Engkau pinjamkan kepadaku ini Ya Allah...
Hati ini telah tertaut kepada salah seorang hambaMu Ya Allah...
Hati ini telah mengubah pendirian dirinya Ya Allah...
dan aku, aku sangat sedih Ya Allah...
Hatiku terluka, terhiris Ya Allah...
Sakit Ya Allah...

Ya Allah...
aku takut sangat,
tiap kali hati itu gembira melihat dia Ya Allah...,
aku takut kegembiraan itu melebihi kegembiraan setiap kali menghadapMu Ya Allah...
tiap kali hati itu bergetar apabila bertembung dengannya,
aku risau Ya Allah.. Aku risau getaran hati itu melebihi getaran melihat kekuasaanMu Ya Allah...
tiap kali hati itu risau akan dirinya,
aku khuatir kerisauan itu melebihi kerisauan akan azab neraka kerana bermaksiat di hadapanMu Ya Allah...
tiap kali hati itu rindu akan dirinya Ya Allah...,
aku takut kerinduan itu melebihi kerinduan bermunajat memohon ampun kepadaMu Ya Allah...,
tiap kali hati itu asyik mengenangkan cinta kepadanya Ya Allah...,
aku risau keasyikan itu melebihi keasyikan manisnya menangis keranaMu Ya Allah...
Ya Allah Ya Rabbi,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Isi Hatiku Ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman...
aku tidak dapat menjaga hati sekecil itu Ya Allah...
menyebabkan aku merasa sangat kerdil di hadapanMu
aku tidak dapat menyekat hati itu dari terus jatuh cinta Ya Allah...
betapa cuainya aku Ya Allah...
namun, siapalah aku Ya Allah...
Aku hanya hambaMu yang lemah...
menyerahkan seluruh Qada dan Qadar ku kepadaMu...
bergerak dengan IhsanMu
Hidup dengan belas kasihanMu.

Namun Ya Allah...
Jika dengan cinta itu,
aku akan menyebabkan kemurkaanMu kepadaku Ya Allah...
aku akan menyebabkan kerosakan kepada agama suci sebaran RasulMu Ya Allah..
aku akan menyebabkan kesengsaraan kepada Ibuku di alam berzakh sana Ya Allah,
aku akan menambah bebanan dosa kepada ayahku Ya Allah...
aku akan menyebabkan diriku lalai dari mengingati cinta hakiki hanya untukMu,
aku akan menyebabkan dia terjatuh ke dalam jurang api nerakaMu,
aku akan menyebabkan orang sekelilingku mencontohi kekhilafanku itu Ya Allah..
maka cabutlah Ya Allah... Cabutlah rasa cintaku kepadanya.
Leraikanlah cinta itu dari hatiku jika itu yang terbaik untukku dan orang-orang kesayanganku YA Allah..

Amin...

Merentasi titian hidayah...

Dulu paderi, kini daei(pendakwah islam)

best gila ceramah tadi. Terutamanya ceramah dari Anthony Sammy @ Tuan Haji Ayub Abd Rahman Abdullah. Memang best sebab dia cerita pengalaman dia sampai kenapa dia boleh convert dari kristian (paderi - dan bertaraf pengampun dosa antarabangsa di Jerman) menjadi muslim yang kini giat berdakwah menegakkan kebenaran.

Ahli panel kedua ialah Dr. Muhamad Ali Syeikh Abd. Kader, cerita pasal Mukjizat al-Quran : Futuristik dan Saintifik?. Best juga la, tapi setengah jamlebih ja mata ana celik, suku jam lagi, adoi la.... syaitan telah bergayutan di mata... alahai la....

Ahli panel ketiga ialah Encik Nizam Mahsyar ( Setiausaha Agung Persatuan Ulama Pulau Pinang). Biasa la kalau sudah namanya wakil dari persatuan ulama, jadi isu yang diberikan pun mestila berkisar tentang masalah umat islam yang cenderunng untuk "mencipta" Islam lain, selain dari Islam yang sebenarnya. Dan dalam ceramah ni, beliau perkenalkan istilah Islam liberal. Islam yang dicipta oleh umat islam yang tidak menghayati Islam, yang tidak takut akan azab Allah, dan istilah En. Nizam ialah "umat islam yang ingin keluar dari islam" dalam konteks yang lebih halus. Sungguh... terpana ana seketika. Bukanlah tidak pernah mendengar islam liberal yang dalam perspektif pro-islam liberal ini, semua agama sama taraf, tiada beza. Maksudnya, dengan secara automatik telah menafikan kesucian agama Islam itu sendiri sebagai agama yang benar di sisi Allah S.W.T. Jadi, bukankah ini namanya "murtad"(naudzubillah himinzalik!!) secara halus?? Entahlah. Benarlah kata pepatah "gunting dalam lipatan" dan mereka inilah orangnya. Mudah-mudahan kita terhindar dari perkara-perkara seperti ini.. ya Allah.. peliharalah imanku Ya Allah.. Sesunguhnya, hanya ENGKAU yang mampu...

Pastu rehat, makan n solat. Makanan, Pihak penganjur la yang prepare...

Pastu, sambung balik ceramah dengan tajuk, Islam pembela wanita, dahulu, kini dan selamanya oleh Umie Maimunah Mohd Meon. Dalam ceramah ni, memang sedih gila dengar bagaimana kita as a women were threated masa zaman jahiliah dulu. Mesti semua dah tahukan, bayi perempuan ditanam hidup2, begitu hina kedudukan wanita sebelum kedatangan islam. Di India pula, wanita yang kematian suami akan dibakar(hidup2) bersama suaminya yang sudah meninggal dunia tuh. How come!! boleh bayangkan x? Alahai la..., itulah Umie kata, kita sebagai wanit perlu selawat lebih sebab kedatangan rasulullah dengan membawa Islamlah yang telah menyelamatkan kita daripada penindasan yang tidak munasabah.

Pastu, topik terakhir ialah "menyoroti kegemilangan Islam di Andalusia dan Eropah yang disampaikan oleh Syaikh Abdullah bin Syaikh Hassan Mydin( ana ingat dia ni la tokei Mydin.. hehehe). Ni pun best juga, yang paling Syaikh ni tekankan ialah pentingnya ilmu pengetahuan. lagi variasi ilmu yang kita ada, lagi bagus. Macam tokoh2 islam sepeti ibnu sina, ibnu khaldun, al-farabbi dsb yang menguasai (bukan setakat mengetahui, tapi "menguasai") pelbagai bidang dari sains ke sastera. Kita la ni... hm...
hehe... lawak la cara dia bg ceramah. hehe...

pastu sesi soal jawab. Biasa la, pastinya panel yang paling "femes" iaitu Tuan Hj. Ayub yang menjadi panel pilihan menjawab soalan. Tentang agama kristian n bagaimana berdakwah dengan berkesan dan juga tips kepada mualaf "saudara baru" untuk mengharungi hidup. Yang pling penting cara untuk memberitahu kepada parents yang they all(mualaf) sudah convert. Ada juga beliau cerita tentang seorang chinese dari sarawak yang convert ke Islam, n dia pakai tudung balik ke sarawak untuk memberitahu yang dia sudah masuk Islam. Tuan Hj. nasihat, jangan terburu, take off ypur tudung n bagi tahu perlahan-lahan, slow talk. Tapi mualaf tu xnak, (ana faham... bukan mudah menayangkan rambut kepada non-muhrim setelah kita mendapat hidayah untuk menutupnya properly...). Dipendekkan cerita, memang parents mualaf tu mengamuk dan bayangkan, parents dia sanggup tuang darah khinzir atas kepala mualaf tu. Ya Allah... how cruel... tapi akhirnya happy ending la... Mualaf tu mendapat pembelaan setelah ada pihak report polis. begitulah ceritanya....

Kemudian, En. Nizam mahsyar menjawab soalan tentang "adakah Islam Hadhari itu tergolong dalam Islam liberal?". Ada la seorang ikhwah tu yang bg soalan. Biasa la, kalau dah Islam Hadhari, tentulah ceritanya pun terkait secara tidak langsung dengan PM dan kepimpinannya. Tentang BN, PKR, PAS n all that. Opss!! Bukan menyelitkan unsur politik ya, tetapi..... sekadar menjawab soalan audiens. Apa yang ditekankan oleh beliau, penggunaan perkataan "islam Hadhari" itu salah dari segi istilah bahasa arabnya, sepatutnya diganti dengan hadariyah Islamiyah. Dalam kata lain, istilah ini menyalahi hukum D-M (diterang, menerang) dalam bahasa Arab. Ada artikel yang berkaitan dengan isu ni, nanti la ana upload.

Hm... masa tidak mengizinkan ana menulis lebih. dah pukul 4 pagi ni. Assignment ana mesti siapkan sebelum subuh ni. Sikit lagi. Ana takut ana lupa input yang ana dapat dari ceramah tadi aklau x tulis cepat2 sebab ana hanya mendengar semata-mata. hehe...

over all, ceramah petang tadi (30 ogos) memang best n amat rugi bagi mereka yang tidak menghadirinya.

Sepatutnya, belah malam ada publik talk tentang "the common Beliefs between Christianity, Hinduismn and Islam" tapi ana x dapat pergi (walaupun teringin sangat) sebab ada discussion paper pendidikan. Hm.... xpe la. InsyaAllah kalau ada peluang lagi, ana akan pergi. InsyaAllah.. Bak kata Allah " kun fayakun!".

ok, semoga ana menjadi lebih baik dari semalam n tidak lupa "selamat hari merdeka n ahlan wasahlan ya Ramadhan".

Wednesday, August 27, 2008

Kun Faya Kun

Apabila Allah mengatakan kun! maka terjadilah ia.

Akhirnya..., tahniah kepada DSAI kerana telah memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh dengan undian sebanyak kira-kira 61%, iaitu 15ooo melebihi calon yang lain. Semoga tabah menempuh (ada afiks "i" ke dlm kata "menempuh", hehe...) perjalanan ke Parlimen selepas ini.

Semoga Allah merahmati dan meredhai pilihan rakyat ini. Amin...

Hadui.... tngahari esok test. Semoga Allah meredhai usaha ana bersengkang mata membaca nota malam ni. hehehe...

Tuesday, August 26, 2008

Final Count down ke Permatang Pauh

Huhuhu. Akhirnya, tarikh yang ditunggu oleh semua rakyat malaysia (khususnya DSAI) telah tiba. Hari ini adalah hari penentuan bagi DSAI sama ada terus mara ke parlimen atau terus kecundang dan menjadi bahan "permainan" NTR dan kroni-kroninya. Waa... perbincangan serius nih. ekekeke.

Antara calon-calon yg bertanding hari ni ialah Arif Shah (BN), calon Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat dan Dato sri Anwar Ibrahim (yg secara logiknya akan menang besar hari ni) bagi calon PKR.

Walau apapn keadaannya, harapan ana kepada para pengundi, tolonglah, pilihlah calon yang amat kurang "tidak baiknya". Kalau nak cari yg perfect macam Rasulullah SAW skg, mmg xkan jumpa.

...Pilihlah selagi boleh memilih...

Hehehe. Trimas Lim Guan Eng koz bg cuti umum ari ni... hehe bestnya...
la la la

Sunday, August 24, 2008

Ikan keli masak lemak


Ikan keli masak lemak. Fuh!! sedapnya.... Huhuhu. Entah bila lagi dapat makan lauk ni. Last makan mingu lepas. Masa cuti midsem. Kelaparan yang menggila menyebabkan ana dgn Lai nekad p cari makan d luar. Sg. 2 la of koz. Rupa2nya, gerai makan d Sg.2 tu buka siang time cuti. Alahai la... habis cuti baru ana tau. Malang2... Mmg jrg makan di situ time lecture week. Tau la, ke"byz"an membataskan kehendak. kahkahkah. Seingat ana, paling last ana makan di situ pn sem lepas. Tu pun sekali. Hmm... Tapi ana musykil... Seingat ana, masa first year n first sem dulu, gerai tu penuh ngn lalat. Gila. Sbb tu la myb ana n member jrg p makan situ. Nta la, tu kot sebabnya... ekekeke.

Ni ana bg sedikit info ttg cara masak Ikan Keli masak Lemak.

Bahan-Bahan

1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara:

Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.

Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang

Cadangan Hidangan:

Hidangkan semasa panas. ekekeke

Tambahan:

Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur.

Selamat memasak.

Count down ke Permatang Pauh

hehehe.... apa cite dah skg? ana politik2 ni kureng skit la nak amik tau... (hal diri sendiri pn masih tunggang langgang). hehehe... ha! kebetulan crita pasal tunggang langgang, adoi la.... laparnya ana skg ni..... dari malam semalam x jumpa nasik. Cafeteria desasiswa cuti. Suka hati baju seragam "they all" ja. Macam la perut ana ni boleh cuti makan. Seb bek desa ana dekat ja dgn Sg. Dua. So, nak beli apa-apa pon senang. Ni lagi satu hal, biasanya petang-petang ada sorang abang gerai makan bergerak landing kat situ, jual makanan. Bungkus bawa pulang ja la tapi.... Dia x sediakan kursi meja skali. Hehehe. Best juga, sedap dan murah. Ckp apa tadi? Oh ya, memang la biasanya petang-petang dia ada, tapi kelmarin ana p xde pula. Mungkin sebab kelmarin ada Pasar Malam, so dia assume yang semua masyarakat yang tinggal dekat-dekat situ akan ke pasar malam cari makan. Adoi la.... Dia x tau ke ana x p pasar malam sbb xde member kemarin.... (Tau apa ka jadahnya. xda kaitan langsung! Kata abang gerai tu dalam hati) Kalau dia terbaca blog ana ni la... ekekeke...

Cakap pasal member, mana they all x balik-balik kampus lagi nih. Adoi la....

Apa ana merapu ni... Alahai la... Oh, Permatang Pauh. Macam -macam ana dengar crita pasal Permatang Pauh ni. Kekadang pening juga. BN kata lain, PR kata lain. Itu logik la kan... Kalau dah dapat kata sepakat, buat apa nak "gaduh-gaduh" lagi. Hm...

Semenjak perang politik ni, tetiba harga minyak turun. Sikit ja la tapi... Sekadar boleh la buat insan2 yang kalau xda minyak xleh jalan berfikir yang sebenarnya memang betul la kata orang, "sebenarnya harga minyak boleh turun lagi" sebelum perang Permatang Pauh bermula. Seb baik ana naik komuter kampus ja. Tapi, akibat kenaikan harga minyak sebelum sem baru bermula hari tu memang menjejaskan hidup ana dan juga pelajar2 lain. Apa x, tetiba yuran desasiswa naik RM 20. Desasiswa ana la, desa lain ana xtau. kihkihkih. Tapi mesti lagi mahal sebab setau ana, yuran desa ana merupakan yuran yang paling murah antara desa di kampus ni. Desa lain ada cecah sampai rm500 lebih. Sikit lagi nak sampai rm600. Adoi la.... Yuran naik, tapi PT "itu-itu" juga. Hm... Memang merana la hidup lepas ni. Kena pandai-pandai jaga diri.

Agak2, kenapa kehjaan kasi turun harga minyak tiba-tiba?? Memang sebab kasihkan rakyatkah? Sebab Permatang Pauh kah? ya ka? ya? bukan? bukan ke? hm... ntah la... Suka hati antum la nak fikir macam mana kan.

Sebenarnya xleh kupas isu ni banyak2. Sekadar cukup-cukup makan tu udah ler... Nti x pasal-pasal... hehe....

So, ana tutup dengan lafaz bismillah. eheks!!... Ni ana sertakan gambar komuter bas kampus ana, yang lukisan ja la tapi... kihkih

Ana pun x pasti samaada betul ke x ni komuter kampus ana... lain macam ja rasa... hihihi

Ops!! lupa tanya, apa khabar Pak Lah lepas naik bas malam semalam? Sihat lagi ka? Penat tu naik bas... huhu.. Kalau naik bas kuning (nama apa ntah, lupa... kihkihkih) di penang ni, lagi haru. Penumpang macam sardin. Boleh sakit sendi lepas ikut bas-bas tu. Nasihatku, tolong la upgrade bas-bas di Malaysia ni. Dah la sesak, x punctual pula tu. Adoi la.... Ni yang rasa nak nyanyi ni. Malaysia... oh tanah air ku....
........

Saturday, August 23, 2008

Muat Turun Mp3



Hijjaz

Sumayah - Hijjaz
Bismillah - Hijjaz
Rasulullah - Hijjaz
Asma Ul Husna - Hijjaz
Zikir 6 - Hijjaz
Zikir 7 - Hijjaz
Kasih Mesra - Hijjaz
Zikir 2- Hijjaz
Zikir 1 - Hijjaz
Ya Nabi Salam Alaika - Hijjaz
Tola-al Badru Alaina - Hijjaz

UNIC

Mahligai Kasih - UNIC
Taubat Seorang Hamba - Irsyadee ft Hafiz(ex-UNIC)
Sebuah Pertemuan - UNIC
Antara Dua Kasih - UNIC
Atas Nama Cinta - UNIC
Doa Taubat - Madrasah Al-Junied Al-Islamiah

In-Team

Kalimah Cinta - In-Team
Sentuhanmu - In-Team
Doa Seorang Kekasih - In-Team
DIAlah Segalanya - In-Team
Nur Kasih - In-Team
Lilin Seorang Guru - In-Team
Kerana Cinta - In-Team
Bisikan Nurani - In-Team
Kasihku Abadi - In-Team
Kawan - In-Team
Selawat Badrul Ain - In-Team ft Muadz
Setanggi Syurga - In-Team
Pesona Zulaika - In-Team
Pesona Dunia - In-Team
Ajibtu - In-Team
Sutera Kasih - In-Team
KeredhaanMu - In-Team

Mirwana

Aku Tanpa CintaMu - Mirwana
Ku Hadir PadaMu - Mirwana
We'll Always Love YOU - Mirwana

Saujana

PadaMu Selamanya - Saujana
Sendiri - Saujana

Mectica

Layar Keinsafan - Mestica

Lain-lain

Anak Soleh - Rabbani
I Turn To You - Christina Aguilera
Iktiraf - Raihan
Alhamdulillah - Too Phat ft Yassin (Versi English)
Alhamdulillah - Too Phat ft Dian (Versi Melayu)
Alhamdulillah - Dawud Wharnsby Ali
Alhamdulillah Opick ft Amada

Projek PPG214

Uda dan Dara -Ramli Sarip
Jiwa Rasa Gelora - P.Ramlee ft Saloma
Kalau Jodoh Tak Ke Mana - P.Ramlee ft Saloma

Ramlee Awang Murshid


Biodata Ramlee Awang Murshid

RAMLEE AWANG MURSHID lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu.

Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.

Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan sembilan buah novel. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).

Bestnya kalau ana dapat berguru ilmu penulisan novel dari dia ni.... Mesti best kan? Tapi boleh ke? ke? ke tak boleh? ke? ye ke? hm... nta la labu....

Tribut Hijab Sang Pencinta!!

Novel terbaru Novelis thriller no. 1 negara, Ramlee Awang Murshid akan berada di pasaran pada 30 ogos ini!!! Nantikan....

PROLOG:

ASHABUL KAHFI HARYANI terikat dalam keadaan tertiarap. Kedua-dua kaki dan tangan ditambat ke belakang, diperlakukan seperti binatang sembelihan. Terkurung di dalam pondok usang yang dijadikan penjara sebelum upacara korban dilakukan. Dia adalah pilihan terakhir untuk disembahkan kepada penghuni kegelapan yang bakal ‘dilahirkan’ semula. Haryani...ibarat kunci untuk membuka ‘alam sebelah’ yang dilumuri kejahatan, yang akan menggegarkan seluruh dunia, bermula dari tanah Sumatera ini.

Di luar pondok...anak telinganya mendengar orang berkelahi. Bukan pergaduhan yang biasa tetapi pertelingkahan yang mempertaruhkan nyawa. Bunyi hambatan, tumbukan sekali gus tendangan, tubuh terpelanting ke tanah, bunyi orang bangkit dan bertarung lagi, menghiasi pendengarannya. Haryani jadi hairan. Siapakah yang datang di luar sana?

Dia berusaha lagi, meronta membuka ikatan tapi tidak berupaya. Terguling...terlentang sehingga menyakitkan sekujur tubuh. Haryani menjerit. Anggota badan terlipat macam aksi akrobatik. Dia terpaksa menggolekkan lagi badannya. Kali ini dia tertiarap semula. Pergerakkan yang merumitkan itu membuatkan nafasnya bejat. Pintu pondok ditendang dari luar. Haryani terperanjat. Sekuyur keringat telah membasahi sekujur tubuhnya. Kepalanya tertoleh-toleh. Sesusuk kelibat lelaki menyerlah di muka pintu, agak berbalam-balam kerana tujahan suram cahaya bulan di sebelah luar. Sekali gus menyentap jantungnya. Organ menakung nyawa itu berdetak-detak. “Haryani!” “Dani!” Dalam kelam terpancar sinar pengharapan.

Dani menerpa. Membuka ikatan yang membelit Haryani. Setelah tambatan itu berjaya dihuraikan, Haryani terduduk dan menangis teresak- esak. Pembebasannya dari ancaman maut telah memberi peluang semula untuk dia meneruskan hidup. “Alhamdulilah...alhamdulilah.” Lafaz Dani.

“Aku hampir-hampir mati.” Air mata seolah hujan. Kegalauan perasaan semacam mendung hitam yang pekat. Ketika Haryani tenggelam dalam ketakutan yang belum juga mahu reda, bunyi perkelahian di luar pondok terus-menerus menghiasi malam yang dirasakan kecundang. Perlahan-lahan Haryani mengangkat kepala. Meninjau keluar tanpa menyeka air mata yang masih bersisa.

“Siapa di luar, Dani?” Haryani terpanggil untuk bertanya. “Orang yang kita tunggu-tunggu kemunculannya.” Sahut Dani. Haryani bangkit. Bisa yang menjalar ke bahagian urat-urat darah, dipaksa dibius dengan kekuatan otak. Lenguh yang hampir melumpuhkan disingkirkan. Dia berjalan ke muka pintu pondok. Dani mengiringinya. Pertarungan dua lelaki telah berakhir. Manusia yang jahat telah ditumpaskan. Tersungkur berlumuran darah di sebelah sebatang pokok. Haryani membesarkan mata tatkala lelaki yang meraih kemenangan itu berkalih padanya. Kepastian belum terungkai. Simbahan cahaya bulan membuatkan pandangan tidak sejelas hari siang. Lelaki itu kelihatan berdoa, beristighfar panjang sejurus melafazkan syukur ke hadrat Ilahi. Haryani telah dapat mengagak siapa lelaki itu. Cuma akal warasnya masih terbelenggu.

“Tapi...macam mana...ah...mustahil.” Keluh Haryani. “Tiada yang mustahil bila ALLAH menghendaki.” Balas Dani. “Sememangnya begitu kerana itu adalah tauhid. Tapi huraian logik akal, Dani.” Saifudin berjalan menghampiri sehingga wajahnya terserlah. Seulas senyuman terukir. Haryani jadi kaku, terkedu serta tergamam tidak percaya. Kelopak mata terkerdip-kerdip. Sangkanya...pandangan fantasi telah menipu matanya sendiri. Fikirnya...otaknya mengalami kebejatan yang teramat dahsyat sehingga tidak mampu lagi membezakan antara realiti mahu pun khayalan.

“Assalamualaikum wanita yang dirahmati ALLAH.” Mendengar ucapan ikhlas lelaki itu pun sudah berupaya menyenangkan hati.

“Sunan? Bagaimana?” Wajah kusam Haryani berkerut seribu. “Hijab waktu itu telah terungkai...telah terbuka.” Dani mencelah.

“Tiada jawaban yang mampu kita jelaskan. Sesungguhnya...ini di luar batas pemikiran manusia. Dalam sejarah manusia dahulu kala...ia pernah terjadi. Kita bermunajat untuk meleraikan kekusutan. Akhirnya...satu jawaban telah ketahuan...ia isyarat dari langit yang turun ke hati kemudian sampai ke fikiran. Akal manusia itulah yang membezakan kebaikan dan kebatilan. Semua ini adalah peralihan yang dipanggil...Ashabul Kahfi...Ashabul Kahfi...Subhanaallah.” Kata Saifudin.

Tak sabarnya ana nak baca buku ni......
mesti best tahap sidratul muntaha. Huhu~

Friday, August 22, 2008

Islam Vs Kristian

0





Gambar : Dr. Zakir Bin Naik

"Debat Islam VS kristian"

Dr. Zakir VS Dr. William Campbell.
Tajuk:
"Quran dan Bible in the light of Science"


Sinopsis:

Debat Hebat ini berlangsung di Skokie, lllinois, USA. Dr. Zakir Naik telah bertindak menerima cabaran Dr. William Campbell yang pernah menulis buku menghina al-Quran bertajuk " The Qur'an and Bible in The Light of History and Science". Dalam buku t
ersebut Dr. William Campbell menghina Al-Quran dengan mengatakan fakta-fakta di dalammya bertentangan dengan sains manakala ayat-ayat Bible menunjukkan fakta sains. Beliau juga mencabar Orang Islam untuk menjawab dakwaan beliau.

Antara kandungan debat ini ialah:

  1. Pembuktian Al-Quran Firman Allah menerusi Sains dan logik akal
  2. Pembuktian Al-Quran firman Allah menerusi Sains dan logik akal
  3. konsep salah Holy Trinity
  4. Penyimpangan ajaran Kristian daripada ajaran Nabi Isa AS
  5. Kandungan Bible yang telah diubah
  6. Hujah-hujah Dr. William Campbell yang mudah dipatahkan oleh Dr. Zakir Naik
  7. Pembuktian keRasulan Nabi Muhammad SAW.

Dr. Zakir naik mematahkan hujah-hujah Dr. William campbell menerusi:
  1. Firman Allah dan Hadith Nabi SAW
  2. Petikan ayat-ayat Bible
  3. Kajian Sains dan Teknologi
Dr. Zakir Bin Naik yang berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran "walking Computer" kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar "deedat plus" kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luar biasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.

Beliau berdebat dengan


Dr. William Campbell.
Beliau adalah seorang Missionary Kristian yang berkelulusan PhD bahagian teologi Kristian dan Fasih berbahasa arab. Beliau bertaraf "ulama" kristian adalah seorang yang sangat kritis kepada ajaran Islam dan Al-Quran. Berbanding Dr. Zakir, beliau berhujah dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang beliau sediakan... tetapi yang ajaibnya adalah semua rujkan beliau itu dihafal secara "ayat ke ayat" oleh Dr. zakir Naik.

Sesungguhnya, melihat perdebatan tersebut akan membuatkan kita merasa takjub akan kurniaan Allah terhadap Dr. Zakir Naik. Debat tersebut juga berjaya membongkar segala kesalahan ajaran kristian secara ilmiah dan konkrit yang sukar untuk ditolak oleh Dr. William campbell sendiriyang sukar untuk ditolak oleh Dr William Campbell sendiri. Adalah dilaporkan, Rausan orang yang memeluk agama Islam setelah melihat perdebatan itu.

Debat ini adalah debat yang terakhir yang dibuat oleh Dr. Zakir Naik kerana cabarannya kepada pendeta-pendeta agama yahudi, Buddha, Hindu, Atheis malahan kristian berdebat tentang kebenaran Islam tidak lagi berani disambut selepas itu. Mungkin mereka gentar kepada Dr. Zakir Naik yang memperlakukan Dr. William campbell seperti seorang yang "hilang arah" dan hujah ketika bertemu beliau. Jangan lepaskan peluang memiliki VCD debat hebat ini. ia akan menjadikan anda lebih yakin kepada Islam.

Sila dapatkan VCD perdebatan hebat ini dengan harga RM 40 sahaja!!
VCD ini dilengkapi dengan alih bahasa Melayu-Indonesia sepanjang debat berlangsung.

Klik di sini : Untuk dapatkan VCD anda sekarang!!

Sedikit Info mengenai Dr. Zakir Naik.

BIRTH DATE & PLACE:October 18, 1965 in Mumbai, India

OCCUPATION:

Islamic Da'wah (Propagation of Islam)
1. President, Islamic Research Foundation, Mumbai
2. Chairman, I.R.F. Educational Trust, Mumbai
3. President, Islamic Dimensions, Mumbai

EDUCATED AT:

1. St. Peter's High School (I.C.S.E.), Mumbai

2. Kishinchand Chellaram College, Mumbai
3. Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai

UNIVERSITY DEGREE:

M.B.B.S. (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery), University of Mumbai

PUBLIC LECTURES:

Hundreds of Public Lectures (usually followed by Open Question and Answer Sessions) given internationally, of which more than a 100 are available on VCDs and DVDs

DA'WAH TRAINING PROGRAMMES :

Conducted several Da'wah Training Programmes including International Da'wah Training Programme for training Muslims to effectively convey the message of Islam

FIELDS OF INTEREST:

* Studies in Comparative Religion * Medicine * Humanitarian, Social, Moral, Educational and Economic Welfare activities

DA'WAH LECTURE TOURS ABROAD TO:

U.S.A., Canada, Britain, Australia, Saudi Arabia, Kuwait, Bahrain, Qatar, U.A.E., South Africa, Botswana, Singapore, Guyana, Malaysia, Hong Kong, Thailand and Other Countries

ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION

56/58 Tandel Street (North), Dongri, Mumbai-400 009 (india)

Tel : (0091-22)23736875 (8 lines) Fax : (0091-22)23730689

e-mail : zakir@irf.net website : http://www.irf.net


Tapi maaf aja lah yang ana mampu katakan... Sumber B.Inggeris ni aja yang ana jumpa mengenai Dr. Zakir Naik. Al-maklum la, beliau lebih terkenal berdebat di peringkat antarabangsa...Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama beliau... Amin...


Terfikir pula ana tiba-tiba " kalaulah pemimpin malaysia yang kita cintai ini sibuk berdebat mengenai hujah mendaulatkan agama Allah dan bukannya sibuk berdebat sesama "bangsa" untuk memerintah sebuah negara yang juga majoriti "bangsa" mereka juga, alangkah bahagianya hidup ini..."



Dan, ana dapat merasakan perubahan struktur ayat ana ke"ala-ala" hujung kurun ke-15 gitu.. ekekeke

Jangan Sampai...

"Lesung dan alu berantakan, akhirnya..ayam yang makan kekenyangan"

Hm.... Apa jadi dgn mehsia skg ni.. kehjaan melayu juga, pembngkng melayu juga tapi masing2 tikam menikam antara satu sama lain. So what? macammana negara lain nak respek kalau rakyat sendiri sudah hilang kepercayaan (bingung dok fikir sapa yang betul, walaupun ana sebenarnya lebih bingung memikirkan bilalah seru ana datang buat assignment ana yang melambak x buat-buat lagi tuh!! hehe) terhadap kepimpinan pihak atasan?

Tapi bila parti2 di Universiti berantakan, buat demonstrasi itu dan ini, sibuk pula nak perbetulkan keadaan. Terapkan nilai murni untuk membentuk modal insan minda kelas pertama konon. Konon? ye ke? ke? bukan ke? Adoi La.... fenin2... Macammana depa (termasuk ana juga la walaupun kekadang ana lupa ana masih berstatus pelajar rupanya, ekekeke) nak respek, nak ikut, nak buat, nak praktikkan nasihat pihak atasan kalau institusi depa sendiri pincang, tempang dan goncang!!

Tidak perlu pergi jauh la... cuba tengok dalam kepimpinan keluarga itu sendiri. Kalau ayah antum merokok, antum rasa berkemungkinan tidak antum tidak merokok? Ana rasa... 90% antum akan merokok juga bila sampai masanya.

Jadi, analoginya mudah. Takkan perkara simple macam tu pun x faham..

Seperti yang ana kata, jangan sampai "lesung dan alu berentakan, "ayam" yang dok memerhati makan kekenyangan"

Atas nama cinta - UNIC

Tika mata...
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah...
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya

Kerna tak upaya aku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia Yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

p/s: Selamat menghayati..=)

Set Induksi


"Sekadar Gambar Hiasan-My Sista- Cikgu Jim"

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiritangannya,semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namunlambat laun mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat,permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam.

Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai
dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hibur! an dan trend, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada
Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir .

Adayang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan
musuh-musuhnya...

Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang iasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi m! ereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar." "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan
inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar,dan lain-lain.


Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

Surat Cinta


Petikan emel yang diforward, dikongsi bersama untuk kita renungkan.

Assalamualaikum. Semoga bermanfaat.... baik utk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa...
Kerana Dia Manusia Biasa...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya...!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all...... Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas di dalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe.........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


**********



Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ................ menginginkan anda .............. untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini.
Amin

****************

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa........ " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."

"Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam

Setelah Sekian lama


Akhirnya ana berkesempatan juga untuk membuat/mencipta sebuah lagi laman sesawang sebagai wadah untuk kita berkongsi cerita. Walaupun sebenarnya pada masa dan ketika ini, ana teramat sibuk dengan assignment yang menimbun. Sampaikan ana dapat rasa yang otak ana sudah "stuck" dan perlu di"format". Hehe..

Antara assignment yang telah men"jam"kan otak ana ialah assignment prof Ishak. Sekarang, baru ana sedar betapa susah menjadi guru. Sedangkan aana yang hanya belajar teori menjadi guru ini "pening-pening lalat", inikan pula para guru yang sudah bertahun mengaplikasi teori-teori mengajar dan berdepan pula dengan para pelajar yang berminda "glokal"( global+nakal).

Adoi la....

Kalau tahun 2008 ini perangai para pelajar terutama pelajar bandar sudah begini, tahun 2010 nanti, bagaimana agaknya?? Berjayakah Islam Hadhari (had hari) yang diperkenalkan oleh YAB Abdullah itu mengekang keruntuhan akhlak para pelajar?

Ya Allah....tabahkan lah hatiku dan juga hati para guru di luar sana. Tetapkanlah iman kami. Tetapkanlah pendirian kami. Amin...