Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri. Juga, seperti kebiasaan masyarakat terdahulu kini dan insyaAllah pada masa akan datang, ana ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sekiranya sepanjang kita berkongsi cerita, berkongsi rasa dan sebagainya sepanjang ana menjadi blogger ini, ana ada sama ada secara sengaja atau tidak sengaja telah mengguris hati antum... telah dengan tidak semena-mena menusuk hati antum.. maka sewajarnyalah ana meminta maaf. Bukan kerana kebiasaan, tetapi kerana sudah sewajarnya ana memohon maaf.

Akhir kalam... Semoga kita berbahagia menyambut hari raya pada kali ini. Raya-raya juga, tapi ingatlah insan yang telah tiada. Kunjungilah pusaranya. Hadiahkanlah bacaan surah Yassin untuknya. Mudah2an, rohnya kekal tenang seperti sepanjang bulan puasa yang penuh barakah ini.

Kalau ada jarum yang patah,
jangan di simpan di dalam peti.
kalau ada silap dan salah,
maaf dipinta di aidil fitri.

Sekian, wasalam...

Tahukah anda??

Warden yang dikasihi, al fadhil Ustaz Amir Hazim Che Din juga memiliki akaun friendster? hehehe.. rindunya dengan ustaz n fawaz, anaknya yang comel itu.... alahai la... entah bila lagi boleh sembang dengan ustaz seperti dulu-dulu. kepada yang berkenaan, boleh la melawat friendster ustaz di Asmega. x sangka betul!! hehe...

Kawan, Sahabat dan Teman


Ada satu prinsip dalam berkawan yang ana belajar selama ni - jangan sesekali mengharapkan apa-apa daripada teman. betul ni! jangan! banyak kekecewaan berpunca daripada gagalnya harapan. kerana itu bila kita letak suatu harapan pada teman kita, kita akan kecewa dengannya bila harapan itu gagal dicapai.

Jadi jangan mengharapkan apa-apa daripada mereka. Sebaliknya kitalah yang sepatutnya sentiasa memberi kebaikan kepada mereka. Dan sekiranya kita diberikan kejahatan, sesungguhnya sudah ketaralah bahawa yang jahat bukannya kita. Betul x?

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Friends Comments & Graphics


Selain itu, prinsip kedua yang berjaya ana kutip sepanjang terlibat dalam gejala bersahabat, kalau betul2 ingin menjalin persahabatan dengan insan yang non-sejenis, maka kedua-dua pihak perlu meletakkan kepercayaan yang paling tinggi akan kejujuran sahabat masing2. Itu merupakan prinsip basic yang perlu difahami oleh para sahabat yang berlainan jenis ini. Dalam islam pun meletakkan "percaya" sebagai inti utama rukun iman. x gitu? Misalnya, jika sahabatnya itu melakukan kebaikan kepadanya, maka dia perlu percaya bahawa sahabatnya itu berbuat demikian kerana mereka ialah sahabat. Oleh itu, tidak akan timbul apa2 syak wasangka antara satu sama lain kerana kedua2nya saling mempercayai.

Bukan mudah menjalin persahabatan dengan non-sejenis kerana faktor2 hati dan perasaan, tapi apabila pasangan sahabat berjaya memahami prinsip "percaya kepada sahabat", percayalah, persahabatan non-sejenis merupakan persahabatan yang paling manis, tulus dan bermakna kerana kelemahan sahabat wanita akan ditutupi oleh kelebihan sahabat lelaki dan begitulah sebaliknya.

Namun, janganlah berlebih2 sehingga melanggar syarak.

Buat sahabat non-sejenisku, terima kasih kerana meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadaku sebagai sahabat. Thanks a lotzzzz....

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir...
kata nenek,
KAWAN tu bak ?bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana...
kata sedara,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saja apa dikata...
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau busuk tp sedap dimakan...
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap tak de...
kata??AKU?,
KAWAN tu tak kisahlah camane pun...

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN,? SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM
BISKUT!!!

Walaupun dia tunjuk muka pada aku masa dia susah je...

Walaupun dia selalu kata sibuk & tak de masa untuk aku...

Walaupun dia hanya cari aku bila dia takde kawan lain...

Walaupun kdg2 aku terpaksa ingatkan dia supaya dia sedar kewujudan aku...

Walaupun aku pernah menangis krn tak dipedulikan...

tapi tak pe lah...

dia tetap kawan aku...
tau tak sebab apa???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanya dia tetap sahabat aku walaupun pada dia, aku
hanya kawan...

Apa itu cinta??

Entri menarik yang ana jumpa sewaktu jalan2 ari info.

Apa itu cinta ya? Sahabat aku kata cinta ialah perasaan terhadap sesuatu yang kewujudannya kita perlukan. Tak semestinya kewujudannya itu akan membahagiakan, tetapi kewujudannya kita perlukan.

Jadi adakah cinta itu sesuatu yang kita terima? Sahabat aku kata tidak. Katanya cinta ialah sesuatu yang kita beri. Sesuatu yang kita berikan kepada seseorang yang kewujudannya kita perlukan. Orang yang tak berikan cinta pada seseorang lain yang kewujudannya diperlukan ialah seorang yang selfish kata sahabat aku.

Jadi bagaimana nak memberi cinta ya? Sahabat aku kata ada berbagai cara, tapi pemberian tu tak semestinya ternampak atau terlihat. Bahkan kata sahabat aku, tak semestinya dirasa maupun diketahui. Maknanya macam memberi cinta secara senyap-senyap di dalam rahsia. Simpan sendiri-sendiri dalam hati, begitu ya?

Jadi salahkah kalau kita menyintai seseorang? Menyintai seseorang dalam apa jua keadaan? Termasuklah kalau kita sendiri sudah berpunya dan sedang dicintai oleh orang lain, sedangkan kita menyintai seseorang yang lain? Macam mana tu bang?

Sahabatku jawab tak salah (???). Yang salahnya ialah cara cinta tu diberikan. Kebanyakan kesilapan dalam bercinta bukanlah pada rasa cinta tu sendiri, tapi pada bagaimana cara cinta tu diberikan.


Jadi orang yang dah berpunya, jika ada perasaan cinta pada orang lain, itu tak salah, begitu ya? Begitulah nampaknya kan? Tapi perasaan cinta tu mesti disimpan sendiri. Tak boleh diberikan kepada orang yang dicintai tu, dan tak boleh terzahir kepada sesiapa jua pun. Tapi terus menyimpan rasa cinta tu dalam hati, walau sampai ke mati, yang tu tak apa. Begitu?

Kalau macam tu, maka teruslah bercinta selagi diri termampu mengendalikannya, tak gitu? Tapi janganlah sampai cinta tu bawa kemudaratan kepada diri sendiri, dan lebih-lebih lagi jangan sampai cinta tu bawa kemudaratan pada orang lain, terutamanya orang yang kita kasihi.

"cintailah ALLAH, itulah cinta yang hakiki"

Friday, September 26, 2008

Time-time macam ni

Rington hpku berbunyi tiba2.. entah kenapa, hatiku baran apabila melihat gerangan yang menhantar sms itu. Aku pun x ingin hatiku sakit tiap kali sesuatu itu mambabitkanmu, aku x ingin dingin apabila berdampingan denganmu, aku juga ingin kita mesra seperti dulu, xda sakit hati.

Aku ingin sekali kembali seperti dulu. Tapi, aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan. Masih aku ingat, tatkala melihat mesej yang kau hantar kepada entah siapa, namun tersesat ke inbox seorang lagi sahabatku. Mesej yang dalamnya mengata pasal aku. Betapa hancur luluhnya hatiku, betapa pilunya perasaanku. Dan kau, dengan selambanya menegur aku, pada malam itu, dengan senyuman, dengan gelak ketawa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Betapa sakit jiwaku ketika itu. Setelah kau mengata aku dibelakangku, kemudian kau berbuat baik di hadapanku pula. Manusia apakan yan boleh menerima fenomena songsang sebegitu? Katakan padaku. Dan, masihku ingat, pada masa itu, aku menangis dalam solatku. Menangis dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Kemudian, aku terfikir, kenapa aku merasa begitu derita ketika itu? Bukan aku tidak pernah mengalami keadaan sebegitu, dalam kalangan kawan-kawanku juga. Seawal usiaku 15 tahun, juga masihku ingat seorang kawanku pernah menyindirku, ketika aku mendapat tempat pertama di dalam kelas. Katanya "menjadi orag yang bodoh dalam kalangan orang yang pandai lebih baik daripada menjadi orang yang pandai dalam kalangan orang yang bodoh". Lebih kurang macam gitu la kata-kata kawanku itu. Betapa pedihnya sindiran itu. Namun, pada masa itu, tahu apa reaksiku? Aku tersenyum kepadanya. Entahla kenapa? Apakah pada masa itu, aku belum memahami apakah itu erti disakiti kawan sendiri? Atau, apakah pada masa itu aku terlalu inoccent untuk membalas sindirannya?

Lantas, selepas saat dan ketika itu, aku masih boleh bersahabat dengannya, aku malah menanam jauh di dalam lubuk hatiku bahawa dialah teman sejatiku. Teman sejatiku kerana mempunyai kekuatan untuk memberi motivasi belajar kepadaku dalam corak yang sangat unik. Walaupun aku xtahu apakah motifnya ketika itu, namun aku berterima kasih kepadanya kerana, atas kata-katanya itu, aku lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan. Dan akhirnya, aku mendapat keputusan yang bukanlah cemerlang sangat, tapi aku berpuas hati. Alhamdulillah... Tapi kini, ketika aku sudah matang untuk menimbangkan baik buruknya sesuatu tindakan, lantas aku gagal mengawal emosiku ketika berhadapan denganmu.

Mungkin kerana aku telah menganggap kau penting dalam hidupku, dan aku telah meletakkan sepenuh kepercayaanku kepadamu. Lantas, apabila kau melakukan sesuatu yang diluar jangkaanku, justeru, aku tidak dapat menerimanya. Aku sedar dengan sesungguhnya, betapa kejamnya kerana sukar memadamkan memori itu. Tapi, berilah masa kepadaku. Biar masa mengubat luka ini. Sesungguhnya, jauh dilubuk hatiku, aku telah lama memaafkanmu. Cuma, kata orang sesuatu yang telah pecah itu, walau sedaya upaya kita membaikinya, kesan calarnya masih tetap kelihatan. Maafkan aku sahabatku. Semoga ikatan persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat. Ukhuah fillah abadan abada.

Masuk ke dalam Cahaya

Ana membaca lagi buku karya Abdullah Hussain ini buat entah keberapa puluh kalinya... walaupun begitu, kesegarannya masih terasa. Seperti pertama kali ana membaca buku ni. eheks!!

Setiap kali membaca buku ini, setiap kali itulah juga kesedaran kembali menjalani hidup berdasarkan jalan-jalan islam itu wujud dalam bentuk keinsafan. Ayark!! . Tapi betul. Tiap kali macam tu. Everytime!! Memang berhantu buku Abdullah Hussain yang satu ini. First time ana dengar tentang bestnya buku ini masa form 4.

Seorang sahabat ana merangkap sahabat paling best yg bagitau ana. X tau la kenapa, tapi first time ana dengar tentang buku ni, ana terus jatuh minat dan kecenderungan untuk mengetahui dan mambacanya memang orang kata pada tahap sidratul muntaha pada masa tu. Oleh sebab itu juga la, tiap kali masuk library SEMEGA (sek.men.keb Gadong), mesti cari buku tu.
Tapi, entah!! Tiap kali masuk library n cari buku tu, mesti x jumpa!!. Misteri nusantara betul. Entah sapa yang telah menculiknya. Nak kata dipinjam orang, x logik juga sebab, berdasarkan keadaan semasa pada masa itu (ketika ana form 4 la...) tahap kesedaran membaca para pelajar SEMEGA pada masa tu berada pada tahap Sidratul Muntaha rendahnya. Hehehe.. analoginya, maybe kalau xda period diperuntukkan untuk para pelajar masuk library, jangan hairan jika ada pelajar yang tidak tahu kewujudan library di SEMEGA sepanjang 5 tahun bersekolah sekalipun!!!. Alahai la....

Dan dipendekkan cerita, first time yang sebetul2nya ana dapat baca the whole story buku tu masa first year first sem masuk U. Wahaha… akhirnya… kalau dalam library yang sebesar Library Hamzah Sendut I ni pun buku ni xda, memang la sangat x logiknya. Tapi, logik la juga sebab komuniti kampus ni pula, teramat la tinggi minat membacanya. Jadi, kemungkinan buku ni dipinjam tiap minggu adalah tinggi. Ehe
ks!!!

Wa... betapa la jauh menyimpang dari topik asal. Muhehe.. Ok. Kenapa yang sebenarnya ana gila sangat baca buku ni? Sebab... Abdullah Hussain berjaya menggarap buku ini sebaiknya. Memang secara kesimpulannya, penulis berjaya menghasilkan sebuah buku yang berkualiti. Gaya bahasa buku ini biasa saja, tapi cerita yang disampaikan secara simple itulah yang berjaya menarik minat ana untuk membacanya berulang kali. Sebab bagi ana, apa yang paling penting dalam sesebuah penulisan ialah mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Setakat mana keberkesanannya kepada pembaca? Tinggi mana tahap kefahaman pembaca apabila membaca sesuatu penulisan itu? Bg ana, kualiti sesebuah penulisan bukanlah terletak pada ketinggian bahasanya, tetapi sejauh mana berjayanya penulis mengolah isi agar mudah difahami oleh pembaca. Ya ka? Betul ka? Sungguh-sungguh? Entahla....

Memang x rugi meluangkan masa membaca karya Abdullah Hussain yang satu ini. Malangnya, ana x dapat menyimpan buku ini sebagai koleksi peribadi sebabnya... buku ini sudah sold out. X diterbitkan lagi. Alahai la.... menjadi lah ana seorang peminjam setia buku ini selama menjadi penghuni kampus.

Kalau teringin membacanya, carilah buku yang kaler merah, di hadapannya bertajuk Masuk Ke Dalam Cahaya, karya Abdullah Hussain. Memang best tahap sidratul muntaha.

Baca jangan x baca. Hehehe...
Seperti ayat pertama yang diturunkan Allah kepada manusia yang bermaksud ”bacalah dengan nama Tuhanmu.



Balik kampung


Teringat zaman kanak2 dulu, time ana masih bergelar pelajar sekolah menengah, masih menjadi penghuni asrama SEMEGA, time2 cuti cenggini merupakan time2 paling best dalam hidup. Waktu-waktu keemasan gitu. Waktu-waktu hidup berada pada tahap sidratul muntaha kegembiraannya. Memang best sebab boleh jumpa mak, bapa n TV. hehehe... Namun, orang kata, walau menangis air mata darah sekalipun, walau ugut macammana sekalipun, keadaan itu xkan kembali. Ia tetap akan menjadi antara kenangan terindah yang akan kekal dalam lipatan sejarah hidup ana. Sejarah tetap sejarah. eheks!!

Dan, sememangnya sejarah mencatatkan cuti waktu kanak-kanak ribena dulu merupakan cuti yang paling best. Terasa ingin kembali ke waktu itu, waktu cuti merupakan satu anugerah, satu yang dinantikan, satu yang boleh dikategorikan sebagai antara hadiah yang paling bernilai dalam hidup. Apa tidak, pada masa itu, bila cuti, mesti balik kampung, jumpa parents, n tengok TV sepagi, sepetang dan semalaman pun xpa. Sekarang? bila cuti, apatah lagi duduk jauh di oversea ni, eheks!!. Bila cuti ja, mesti fikir hal2 kos tambang, pastu kalau x balik pula, fikir ttg mana nak cari makan sebab of koz le cafe2 bertauliah di kampus ni juga bercuti. Pendek kata, cuti menjadi masalah pula kepada ana. Betapa terbaliknya kehidupan ana berbanding dulu. Jauh beza, bagai langit dan bumi. Eheks!!

Eh, kenapa sentrimental sesangat pepagi nih?? alahai la.... ni mesti terpengaruh dengan emosi semalam lagi nih. Emosi sedih sebab roomate balik kampung. Adoi la... Bebaru ni, ana dah mention ttg betapa mahalnya tiket balik mlaka kan? dah kan?. Tapi xpa, biar cek habaq skali lagi no.. Harga tiket naik rm10, so maksudnya 37 + 10=47 la kan? alahai la.... cekik darah betul!!

Anyways!! kepada kengkawan ana, sama ada yang balik ataupun x, ana ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Makan kuih, ingat2 la ana.. ekekekeke..

"pucuk pauh delima batu
anak sembilang di telapak tangan
sungguhpun jauh beribu batu
salam lebaran ana hulurkan"

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN. SALAM DIHULUR, MAAF DIPINTA.

Tuesday, September 23, 2008

25 Ramadhan 658H (3 September 1260M) – Perang Ain Jalut


Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang ingin kami kongsikan disini kali ini ialah tentang satu peristiwa yang agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang tentera Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point) bagi kebiadapan dan kerakusan tentera Mongol yang menghabisi segala apa yang mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemaraan mereka ditamatkan oleh tentera- tentera Allah di Ain Jalut.

Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis Khan

Empayar Mongol diasaskan oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M. Genghis Khan bercita- cita untuk meluaskan empayarnya dari timur ke barat dan meranapkan apa sahaja yang menghalang mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Kempen invensi mereka bermula dengan menakluki beberapa negara di sekitar Mongolia dan mereka terus mara ke sebelah timur yang dikuasai oleh umat Islam. Malangnya cita- cita Genghis Khan untuk melihat empayarnya terbentang luas dari timur ke barat tidak kesampaian apabila nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya. Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris takhta empayar Mongol, berjanji untuk meneruskan cita- cita datuknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.

Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M, hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah Abasiyyah. Tentera yang telah menakluk 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini dan mampu bergerak sejauh 100 batu dalam masa satu hari serta memiliki peralatan peperangan yang canggih, hasil daripada invensi jurutera- jurutera perang mereka, akhirnya telah berjaya menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah. Akhirnya pada tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.

Kejatuhan Baghdad & Surat Hulagu Khan

Kejatuhan Baghdad merupakan satu peristiwa yang sangat tragis dalam sejarah umat manusia. Setelah berjaya mengalahkan tentera- tentera Khilafah, tentera Monggol dengan biadapnya membunuh seramai 1.8 juta kaum muslimin yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam hidup tanpa Khalifah. Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadap ini memusnahkan banyak kitab- kitab karangan cendiakawan- cendiakawan di Baghdad dengan mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut bertukar kehitaman akibat banyaknya kitab- kitab tersebut.

Hulagu Khan tidak berhenti di sini sahaja. Setelah berjaya menakluki Baghdad, dia mengutuskan deligasi Mongol ke Mamluk Mesir, iaitu Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz. Deligasi ini datang dengan membawa surat dari Hulagu Khan. Surat Hulagu Khan ini berbunyi :

Dari Raja Segala Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!

Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telahpun mendapat khabar berita bagaimana kami telah menawan empayar yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerosakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentera kami!

Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung ganang, askar-askar kami banyak tak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa pengertian ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.

Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula. Jika kamu melawan, maka barang pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan mendedahkan kelemahan Tuhan kamu. Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu dan orang-orang tua di kalangan kamu.

Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.

Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar sedikitpun. Malah beliau dengan berani menempelak deligasi tersebut dan membunuh mereka dan kepala mereka di gantung di pintu kota Mesir. (Nota : Islam tidak membenarkan membunuh deligasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa tujuan kedatangan deligasi tersebut bukanlah sekadar menghantar surat Hulagu Khan semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentera Tartar).

Maranya Tentera- Tentera Allah

Saifuddin Qutuz mula mengumpulkan tenteranya dan akhirnya tenteranya mencecah seramai 20 000 orang tentera. Mereka telah bermesyuarat dan akhirnya mereka memutuskan untuk meyerang tentera Mongol di luar kota Mesir iaitu melakukan tindakan offensif terhadap tentera Mongol. Tentera- tentera Allah ini mula bergerak ke luar kota Mesir menuju ke arah Palestin dan bertembung dengan tentera Tartar yang diketuai komandernya, Kitbuqa di Ain Jalut. Maka berlakulah peperangan yang amat dahsyat antara kedua- dua belah pihak. Semasa peperangan sedang sengit berlaku, Saifuddin Qutuz membuka topeng besinya dan menunggang kuda menuju ke tengah medan pertempuran dan memberi motivasi kepada tenteranya agar berjuang habis- habisan dan memburu syurga Allah. Beliau bertakbir beberapa kali dan terus meluru ketengah- tengah musuh.

Semasa perang Ain Jalut, isteri Sultan Saifudin Qutuz, iaitu Jullanar turut menyertainya. Ketika Jullanar sedang nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata : ”Wahai Kekasihku”. Jullanar membalas dengan berkata : ”Wahai Saifuddin, lebihlah kasih kamu terhadap Islam”. Setelah itu, Saifuddin Qutuz terus mara ke medan tempur dan akhirnya pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H, bersamaan dengan 3 September 1260M tentera- tentera Allah ini telah memperoleh kemenangan ke atas tentera Tartar di Ain Jalut. Tentera Tartar yang tidak pernah terkalahkan ini (sekiranya kalah dibeberapa medan perang, mereka akan mampu menebus balik kekalahan mereka), akhirnya tersungkur dihadapan mata pedang kaum muslimin dan tidak mampu menebus kembali kekalahan mereka di Ain Jalut.

Khatimah

Apa yang ingin kami bingkiskan disini bukanlah hanya peristiwa sejarah semata- mata. Tetapi yang lebih utama ialah supaya kita semua mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa yang berlaku. Sekiranya Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz bersama- sama dengan tenteranya sejumlah 20 000 orang mara kehadapan menentang satu ketumbukan tentera yang tak pernah kalah di bulan Ramadhan, sepatutnya ia sudah cukup memberi isyarat kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan yang hanya semata- mata bulan ruhiyyah semata- mata, tetapi juga merupakan bulan siyasah (politik). Ketaatan dan kepatuhan kita menunaikan ibadah puasa sepatutnya sama dengan kepada ketaatan dan kepatuhan kita untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam, termasuklah jihad dalam menghadapi musuh- musuh Allah.

Dalam menghadapi musuh- musuh Allah ini, sudah pastinya kita memerlukan satu kekuatan yang amat padu dari segenap aspek dan satu perpaduan yang amat utuh yang lahir dari aqidah yang satu iaitu Islam. Umat Islam yang kira- kira seramai 1.6 billion merupakan sumber tenaga manusia yang sangat besar. Sekiranya sumber- sumber ini disatukan dan difokuskan oleh seorang Khalifah, pastinya akan menghasilkan satu kekuatan besar dan peradaban Islam yang sangat agung. Ini bukanlah satu dongengan dan omong- omong kosong semata- mata, tetapi sejarah telah membuktikan hasilnya. Umat yang satu ini, pastinya akan mampu memakmurkan muka bumi ini sekiranya Islam diterapkan ditengah- tengah kehidupan mereka. Islam dijadikan ideologi dan menjadi penggerak kepada seluruh tindak tanduk umat yang satu ini dan bukannya dengan ideologi selainnya. Akhir sekali, kami berharap semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam meyambutnya tanpa adanya Khilafah. Allahu Akbar!

Sumber : My Khilafah.com

Monday, September 22, 2008

iftar di PWTC


Buka puasa di PWTC. Banyak cerita di sebaliknya. Bayangkan, baru pernah dalam sejarah ana duduk dalam bas basah kuyup selama hampir 5 jam!! Alahai la.... sejuk gila!!
Sampai sekarang ana rasa macam mau demam!! Apa tidak, seawal 7 pagi, kami di arahkan ke padang kawad palapes untuk berkumpul sebelum jalan bersama-sama ke PWTC. naik bas la tapi... bukan la jalan kaki. Eheks!! X sangka betul, on da way ke padang palapes ( depan desasiswa aman damai) tiba2 hujan lebat. Suddenly i tell U.... hehehe...
Memang masa tu kalut la, sebab kebetulan, dengan x semena-mena pada hari itu, buat pertama kali dalam hidup sepanjang 3 bulan kebelakangan ini, ana x membawa payung. ekekeke... Nasib baik lin n jen bawa payung... tapi, perkongsian 3 orang dalam dua payung xla membantu sangat. Ditambah lagi dengan faktor angin yang memesongkan arah titisan hujan menyebabkan dengan tidak boleh disangkal dan ditegah lagi baju ana, lin juga jen basah... basah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Alahai la.... Memang haru la time tu... Hm... kenapa ya? Antum rasa, apakah hikmah disebaliknya? hm... Sesungguhnya, hanya Allah maha mengetahui segala-galanya. Yang pastinya, rata-rata kami yang tersumbat dalam 3 bas yang bertolak bersama-sama ke PWTC hari itu duduk di dalam bas dalam keadaan basah. Apa lagi, nota2 yang ana bawa, dengan niat untuk membacanya on da way ke PWTC terbiar begitu saja. ekekeke...

Namun, akhirnya... kami (team USM) sampai lebih awal dari plan. Sesuatu yang jarang berlaku sebelum USM menjadi U apex. Eheks!! apa tidak, sebelum ini, iaitu 2 tahun lepas dan present, ketika ana menjadi budak first year di USM, menepati masa merupakan masalah utama para pelajar n pihak pentadbiran u sekali pun.... memang fakta. Kalau janji pukul 8, the exactly time will be 8.30 plus2.... tapi semenjak dua menjak ni, keadaan beransur baik nampaknya.. Alhamdulillah n keep up the good attitude USM. hehehe...

Berbalik

Wednesday, September 17, 2008

Sahur

Kenapa perlu bersahur sedangkan dengan x bersahur pun, aku dapat menahan lapar sampai berbuka. Kata seseorang kepada ana. Hm... nampaknya, berlaku salah faham di sini.. so, meh kita tengok dan tafsir hadis Anas r.a yang bermaksud:

"Rasulullah S.A.W bersabda: hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya"

Jadi, kita dapat lihat di sini, sahur bukan sahaja bertujuan untuk kita makan dan minum sebelum puasa sahaja tetapi apa yang paling penting ialah "keberkatan" disebaliknya. Jadi, bangunlah sahur... xda kerugian melainkan keuntungan semata-mata. uhuk!!

Hm.. baru tadi ana try miscall all my sibling yang bertebaran di Malaysia and mostly di Sabah negeri terchenta.. eheks!! Alhamdulillah... semuanya sudah bangun bersahur kerana di sabah, waktu imsaknya lebih awal berbanding di semenanjung.. lebih kurang 1 jam perbezaannya. Jadi.. kalau imsak di penang ni pada pukul 5.43, so imsak di sabah lebih kurang pukul 4.43... lebih kurang macam tu la... nak data lebih datail, try la tengok waktu imsak yang salu papar di skrin TV sebelum berbuka puasa tu... hehe... kan ada kan? kan? kan?

rindu sangat waktu2 dahulu.. ketika ana masih bergelar kanak2 riang ( apa bezanya sekarang??) hehe... paling best bila dekat2 waktu berbuka... dalam 10 minit sebelum berbuka, mula la mencari channel radio Sabah. fm dgntrademarknya "bagus bah!!" sebabnya.... sebabnya... untuk menunggu azan maghrib. Padahal, the whole day, xdanya buka sabah.fm.. Jauh kemungkinan dari tindakan. ekekeke.. walaupun sebenarnya ayahnda dan arwah mak ana memang suka sangat2 dengar chanel radio tu (sabah.fm) sebabnya... banyak info terkini, tapi masalahnya... kami merangkap anak2 ni x suka sabah.fm atas sebab yang sama (banyak info dari muzik) hehehehehe.... ana kira boleh juga la terima, tapi 1 sebab lagi yang menyebabkan ana liat tuning to sabah.fm sebab DJ radionya. Adi Madlin. hm... susah la nak describe cmna... tetapi mmg ana x suka DJ radio tu. Skg dia dh transfer ke Muzik fm. n semenjak itu, ana menjadi x gemar mendengar muzik fm pula. ekekeke..

Return to sahur. he... tau x siapa yang siapkan sahur d rumah ana yang terchenta puasa taun ni?? hehe... of koz le adik ana... adoi la... ntah la bangun sahur ka x budak tu. Apa x, semenjak arwah mak xda, yang tinggal d rumah skg hanya adik ana n ayahnda terchenta... jadi, apakah kiranya berkemungkinan adik ana tu akan bangun menyediakan sahur menggantikan tugas arwah mak sebelum ni?? sedangkan sebelum ni, 3 or 4 years ago la..., time ana masih muda remaja.. sementara adik ana dalam 15-16 tahun gitu la....dia bangun sahur pun sudah merupakan 1 keajaiban besar. hahaha... tapi, xtau la 2, 3 tahun kebelakangan ni sebab rasanya masuk tahun ni, sudah 3 kali ana x dapat berpuasa bersama2 family terchenta.. maksudnya, tahun 2005 merupakan tahun terakhir ana dapat berpuasa bersama-sama bonda tercinta, bonda dikasihi, bonda disayangi. hm... Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah mak. Amin....

Kalau pun adik ana tu bangun n sediakan sahur.... agak2 apa juadah yg dia sediakan?? hehe... bukanlah memperkecil bakat memasak adik ana tu, tapi setakat yang ana tahu, masa balik rumah time cuti sem ari tu, masakan yang paling sedap yang dia sediakan ialah mee maggi. hahaha... selain tu, dia lebih suka sediakan juadah goreng2... cthnya ikan goreng instead of masak gulai. Sebabnya... dia x xpert masak masakan berkuah. hehehe...

Alahai la.. rindunya dengan suasana puasa di kg.... sob! sob! sob!

Kerana rm16


"Menyayatkan! Seramai 21 rakyat miskin di Pasuruan meninggal semasa berebut wang zakat berjumlah Rp30 ribu (RM16) dari H. Syaichon, warga RT III RW IV Kelurahan Purutrejo, Kecamatan Purworejo, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia. Sementara itu puluhan lainnya cedera akibat perebutan tersebut. Kebanyakan yang maut adalah warga tua dan juga kaum ibu yang sesak nafas karena jatuh dan terpijak di dalam lautan manusia yang berebutkan zakat." My Khilafah.

Alahai la.... sedih ana dengar. Betapa terbukti keadaan umat islam di luar sana telah parah. Di mana silapnya??. Bagaimana dengan kita? Adakah kita juga, atas sebab-sebab tertentu, pada masa-masa tertentu, di bawah naungan orang-orang tertentu akan mengalami nasib yang sama seperti mereka?? Sekali lagi, di manakah silapnya? Kalaulah Rasulullah masih hidup pada saat dan ketika ini, tentunya nasib umat islam di muka bumi Allah ini akan terbela. Allahualam...

Wahai pemerintah-pemerintah seantero, kembalikanlah jiwamu yang bersih seperti sebelum engkau menjadi pemerintah. Engkau juga pada asalnya diciptakan oleh Allah dari tanah, sama seperti kami, jadi, sesekali.. pandanglah ke bumi di mana letaknya tempat asalmu, kerana sampai waktunya, apabila Allah menjemputmu, engkau akan kembali ke situ. Berseorangan. Tiada yang akan menemani. Namun, jika pada waktu hayatmu, ketika engkau memegang amanah rakyatmu, engkau selalu memandang ke tanah, berbakti kepada tanah, InsyaAllah, doa2 penghuni tanah akan menemanimu di alam barzakh sana menanti waktu kebangkitan dan pengadilan di Padang Mahsyar nanti. Doa-doa kami akan mengiringimu menemui Allah, Tuhan semesta alam. Namun, jika sebaliknya, tinggallah engkau berseorangan di situ sehingga hari kebangkitan. Ketika itu, apakah kau fikir dua malaikat penjaga kubur itu akan menerima rasuahmu seperti yang biasa kau lakukan kepada kroni-kronimu sewaktu hayatmu??. Lantas, di manakah tempatmu di akhir penghitungan hidupmu???. kau pemikir hebat, sahadan, tentu kau tahu mentafsir hadis yang diriwayatkan oleh Ma'Qil bi Yasar r.a ini:

"Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga"


Sunday, September 14, 2008

Sentuhanmu


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Rindunya....

Hidup ini lebih daripada itu


Hm... Apa nak kata ni.... Oh... baru ingat! Sudah fitrah manusia, menginginkan setiap perancangan yang telah dibuat mencapai hasil yang diharapkan. betulkan? kan? kan? memang fitrah. Oleh itu, untuk mencapai objektif, kita akan berusaha sedaya upaya, melakukan pelbagai cara untuk memastikan apa yang kita rancang itu tercapai. Sekali lagi, ana betulkan? kan? kan?.

Tidak kira la dari aspek kehidupan mana pun, dari segi ekonomi, politik, apatah lagi emosi. Namun, ana akan menggunakan aspek emosi untuk mengupas isu ini memandangkan ekonomi dan politik ana x expert. hehe... Ok, Contohnya, X, atas dasar cintanya kepada Y, yang sebenarnya tidak tahu perasaan X itu kepadanya, maka X akan membuat pelbagai cara untuk menarik minat, perhatian Y. Kenapa? kerana dia ingin objektifnya untuk mengenali X dengan lebih dekat lagi tercapai. Itu saja. Tiada motif lain. P/s: Untuk mencintai seseorang bukanlah sesukar mengajar di sekolah yang terpaksa ditentukan objektif umum dan objektif khususnya. hehe..

Namun, langkah2 nya tetap ada. Langkah2 jitu perlu dibuat untuk mencapai objektif nan satu itu. Sama la dengan mengajar, tetap ada set induksi, tanpa set induksi maka permulaan agendanya tidak akan menarik. Seperti kata2 motivasi "Seribu batu perlu dimulakan dengan langkah pertama yang menarik"yang ana ingat semasa duduk secondary school dulu. "yang menarik" tu xda dalam teks original. ekekeke...Lepas itu, perlu pula ada langkah2 susulan untuk mengukuhkan proses 'menakle" itu agar Y (dalam konteks kes ini) memahami apa yang cuba disampaikan oleh X. Dalam hal ini, X perlu berusaha lebih. X perlu melaksanakan penilaian formatif semasa proses mengurat berlaku dan disusuli oleh penilaian sumatif pada akhir proses sebagai pengukuhan. Sebagai ujian sama ada Y benar2 faham mesej yang cuba disampaikannya.

Antara contoh langkah yang sering diambil oleh para "pengurat" ini ialah berpura2 salah menghantar mesej. ekekeke. taktik kuno tapi masih relevan dalam masyarakat. ya ka? kahkahkah. Selain itu, jika Y ini, perwatakannya seperti MSU (mat/minah surau united), maka laras bahasa yang digunakan dalam teks mesej itu tentulah pattern ustaz/ustazah gitu. Betul x? ke x betul? hehehe...

Kemudian, apabila segala-gala proses sudah selesai. Terdapat sekurang2nya 3 hasil yang diperoleh daripada 1 objektif khusus yang dirangka sebelum agenda dilaksanakan tadi iaitu:
1. X - gembira apabila Y dengan mudahnya menerima cintanya, tanpa perlu menyediakan 7 dulang hati nyamuk, jambatan emas merentasi selat tebrau, akhirnya projek "menguratnya" berjaya.

2. X - kecewa ... mungkin sebab hipotesisnya terhadap Y terpesong. Ok, mungkin X telah menetapkan sifat2 Y sebelum mengenalinya secara sah sebelum ini sebagai (+baik-baik belaka), sesuai dengan perwatakan luaran Y, namun, apabila sifat2 yang telah ditetapkannya terpesong sedikit, maka dia rasa kecewa.

atau, sememangnya cintanya ditolak mentah2 oleh itu, maka dia merasa kecewa. ekeke

3. X - Lega kerana, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya kepada dirinya sendiri. Walau apapun keputusan yang dibuat oleh Y,sama ada menerima atau tidak, itu lain cerita. Pokok utamanya, X berani membuat keputusan. Sama ada terus mencintai, atau luputkan terus dari ingatan. Dalam hal ini, dia telah mengeluarkan "cinta" itu dari hatinya secara tidak langsung. Maka, oleh itu, beban di hatinya sekurang2nya telah berkurang. Of koz le X akan rasa lega. betul x???

Jadi, apabila kita lihat balik, tengok balik diri kita, nilai balik apa yang telah kita lakukan itu sebenarnya, "itu saja". Menemui, ingin memiliki, kemudian sama ada gembira atau dukacita. Noktah. "itu saja". Kita tidak / jarang memikirkan yang lebih "kompleks" dari itu. Tentang, hikmah disebalik semua itu berlaku, kenapa ianya berlaku, kenapa itu berlaku, bagaimana kita terjebak dengan sesuatu perkara itu sehinggakan kita membenarkan sesuatu itu berlaku.

Apabila kita benar2 yakin bahawa, hasilnya pasti begini apabila aku melakukan begitu (pastinya berdasarkan beberapa hipotesis yang menyebabkan kita berani melakukannya), namun apabila sesuatu itu telah selesai kita lakukan, walaupun hasilnya mungkin sesuatu yang kita hajatkan, namun kita tetap tidak gembira. Kenapa?? Sebab, ada sesuatu yang "lebih daripada itu" yang kita perlukan.

faham x??. x?? ana pun x faham. complicated....complicated...

Thursday, September 11, 2008

Untuk kau dan aku


Pandangan diri sendiri terhadap diri sendiri kadang-kadang lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap diri kita. Itulah yang ditakrifkan sebagai harga diri, iaitu rasa dalam diri yang menyebabkan kita rasa kita layak, mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Jangan pedulikan pandangan orang lain sekiranya kita yakin bahawa kita bukan seperti yang orang lain anggap! betul kan? kan? uhuk3!!! Just pandangan ana aja....
Sebab itu bijak pandai ada mengatakan bahawa "Jangan bimbang jika kau tidak dihargai, tapi bimbanglah jika kau sudah tidak berharga lagi!". Jadi sebenarnya, siapa yang menetukan sama ada diri kita masih atau x berharga lagi??? Diri kita sendiri la kawannn... khususnya ya akhwat sekalian kerana kita la kaum2 wanita yang sinonim dengan statement "first hand or second hand" ke ada 3rd hand and so on.. xtau la eh.... bagaimana memeliharanya?? maka jawapannya... marilah saudara2 ku... kita kembali kepada Islam... Allahualam...

Kembali kepada topik, Ingatlah bahawa kita ditakdirkan Allah untuk hidup. Menghuni bumi sebagai khalifah Allah dengan turunnya datuk kita, nabi Adam AS dan nenek kita, hawa. Jika hakikat ini diterima sebagai kenyataan, maka kita terima bahawa kita layak untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Mustahil Allah mencipta hambanya untuk gagal kerana DIA maha Pemurah dan Penyayang. Main pointnya, Allah mahu hambaNya berjaya dan untuk itu, kita telah diberi segala kekuatan dan kelengkapan untuk berjaya. Tugas kita hanyalah untuk mengenali dan menerokai kekuatan dan kelengkapan yang dimaksudkan.

Jika kita masih gagal setelah berusaha, itu bukan bererti kita sememangnya secara semulajadinya lemah, slow pick up n yang sengkatan dengannya (hehehe), namun kita belum mengenali dan menerokai kakuatan sebenar yang kita ada atau telah menemuinya namun belum menggunakannya secara maksimum, atau Allah belum mahu memberikan kemenangan itu kepada kita kerana DIA sayang kepada kita. Analoginya mudah. Misalnya, masa kita masih kecil, masih hingusan. Umur baru 4 or 5 tahun, mak x bagi kita jalan jauh sorang2 kan? Mak x bagi kita mandi sungai ikut kakak2 or abang2 kita kan? Mak x bagi kita masak lunch or dinner kan? kan? kan?. Sebab Mak tau setakat mana kemampuan kita. Dia tahu kita belum bersedia untuk melakukan aktiviti-aktiviti sebegitu dan kalau kita lakukan juga pasti hasilnya akan memudaratkan diri kita. Apatah lagi Allah, Pencipta alam semesta. Yang Maha Mengetahui apa yang di belakang dan di hadapanNya. Yang Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya. Memahami setakat mana iman hambaNya. Sudah cukup matangkah untuk di uji? Cukup kentalkah iman kita menahan ujianNya?. Cukup tuntaskah kita menerima ketentuanNya? Dalam hal ini kita perlu sedar bahawa "kemenangan" itu sendiri adalah ujian Allah kepada hambaNya. Jika dengan kemenangan itu kita menjadi lupa diri, lupa asal usul, dan yang paling teruk lupa kepada Allah, Shahadan maka dengan itu Allah menangguhkan dahulu ujianNya kepada kita. Kenapa? Kerana sayang. Untuk mencapai kemenangan, kita perlu bersedia, benteng iman mesti kuat, niat melakukan sesuatu mesti betul agar apabila kita mencapai kemenangan, maka kita tidak hanyut di bawa arus kealphaan, arus keegoan, arus lupa diri kepada nikmat Allah nan satu itu. Allahualam...

Namun, pokok utamanya ialah kita telah dibekalkan roh, jasad dan akal sebagai kekuatan untuk mencapai kemenangan dalam hidup. Firman Allah dalam surah al-Hijr yang bermaksud:

Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala TUHANmu befirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berwarna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan roh daripada (ciptaanKu), maka hendaklah kamu sujud kepadanya."
(Surah al-Hijr 15:28-29)

Kenapa? Sebab manusia dikurniakan akal oleh Allah sebagai kekuatan utama mereka. Sebagai alasan kenapa Allah memerintahkan malaikat yang diciptakan oleh Allah dari cahaya dan Syaitan yang diciptakan oleh Allah dari Api, namun terpaksa tunduk kepada manusia yang hanya dicipta oleh Allah dari tanah, namun diangkat darjatnya tinggi disisi Allah dengan pemberian akal.

Dan, kekuatan inilah yang akan kita bawa di hadapan Allah, khadi Rabbul Jalil di padang Mahsyar nanti. Kita akan berdepan secara " satu dengan satu" di hadapan Allah S.W.T nanti. Ketika itu, kita tidak boleh menyalahkan orang lain atau cuba meletakkan beban dosa di bahu orang lain kerana setiap diri bertanggungjawab (maksudnya, kena tanggung dan kena jawab) terhadap kekuatan yang telah diberikan. Apakah telah digunakan secara maksimum dan di arah ke tempat yang betul dengan cara yang betul dan dapat membimbing diri dan orang lain dalam landasan hidup yang betul??. Ha! macammana nak jawab tuh... Ya Allah.. bimbinglah aku, cintailah aku ya Allah agar aku tetap berpegang pada tali Mu yang lurus yang membawa aku ke SyurgaMu... Amin...

Pendek kata, pandai saja x cukup jika tidak disertai dengan keimanan yang jitu kepada Allah SWT. Pandai seseorang tidak akan bermakna jika pandainya itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada dirinya dan orang lain di sekelilingnya di Padang Mahsyar kelak. Sedarlah bahawa, hidup ini lebih daripada itu.

Kadang-kadang, apabila keimanan memuncak. Ketika semangat kita bangkit untuk melakukan perubahan dalam hidup ke jalan Allah, namun atas faktor orang sekeliling. Semangat itu terkubur begitu saja. Kenapa? Sebab desakan orang sekeliling. Ingatlah bahawa, orang lain tidak akan dapat menentukan sikap, reaksi dan mood kita jika kita sendiri tidak mengizinkannya. Kitalah yang memberi kuasa kepadanya untuk mengawal diri kita. Bila orang menghina, kita rasa kecewa, bila orang lain memuji kita rasa bangga. Semuanya bergantung kepada orang lain. Sampai bila agaknya kita mahu menyerahkan "kekuatan" kita kepada orang lain untuk menentukan hitam ka... putih ka... pink ka... hidup kita ini?? xtau la... Soalnya... siapa kita terpulang kepada iman kita kepada Allah. Allahualam...

Untuk kau dan Aku... dan di mana hala tuju kita...

Saturday, September 06, 2008

Isu Lina Joy

“Terima keputusan Lina Joy - PM”. Inilah tajuk utama Utusan Malaysia 1 Jun lepas. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani atau Lina Joy dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan penghakiman secara majoriti 2-1. Mahkamah menegaskan Azlina, 42, yang menukar namanya kepada Lina Joy perlu mendapatkan perakuan daripada Mahkamah Syariah bahawa dia telah murtad sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Pada masa yang sama, Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. “Tak ada perkara macam itu (undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan). Perlembagaan Persekutuan ialah Perlembagaan Persekutuan. Ada satu set undang-undang yang perlu kita patuhi. Ia merupakan sesuatu yang perlu kita patuhi, itu sahaja”, katanya [UM 01/06/07].


Pelbagai reaksi diberikan oleh umat Islam dengan keputusan ini. Banyak pihak melahirkan rasa gembira dan syukur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi segelintir yang lain, tiada apa yang nak dibanggakan dengan keputusan Mahkamah ini kerana isunya adalah isu ‘nama’ bukannya isu ‘agama’. Bagi non-Muslim, khususnya golongan Nasrani, mereka memandang serius akan hal ini kerana ini adalah persoalan hak asasi manusia dan ianya dijamin atau termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dipandang dari sudut ‘agama’, golongan Nasrani sudah lama bergembira kerana hakikatnya Lina Joy telah pun murtad, walau apa namanya sekalipun. Dan yang lebih penting, simurtad itu adalah seorang Muslim. Jika yang memeluk agama Nasrani itu berasal dari agama Hindu atau Buddha, kegembiraan mereka tidaklah seberapa. Persoalannya, sebagai seorang Muslim, adakah kita perlu menerima dan pasrah sahaja dengan keputusan ini, malah bergembira dengannya, atau apakah sebenarnya yang patut kita lakukan? Apakah kita juga turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang Islam? Apakah kita harus redha sahaja kepada Perlembagaan yang diasaskan oleh Lord Reid ini? Inilah persoalan yang akan dikupas oleh Sautun Nahdhah pada kali ini.

Bersyukurkah Kita Dengan Keputusan Ini?

Dari berita-berita yang disiarkan, ramai di kalangan umat Islam di Malaysia menarik nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, sehingga ada yang menyifatkan ia adalah satu kemenangan untuk Islam. Laungan ‘Allahu Akbar’ yang bergema di perkarangan bangunan ‘Palace of Justice’ pada hari itu menggambarkan kegembiraan di hati mereka yang hadir. Apa tidaknya, ini adalah keputusan Mahkamah tertinggi di negara ini yang mana selepas ini tidak ada lagi mahkamah yang lebih tinggi untuk merubah penghakiman yang telah dibuat. Bagi mereka yang keliru, ya, inilah kemenangan. Tetapi jika umat Islam berfikir lebih jauh sedikit dengan keputusan yang dibuat, mereka akan sedar bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah bukanlah soal bahawa seseorang itu ‘tidak boleh murtad’ tetapi penghakiman yang dibuat adalah berkenaan isu ‘perkataan Islam’ di dalam kad pengenalan, di mana Lina Joy tidak dibenar memadamkan perkataan tersebut di dalam myKadnya. Dengan kata lain, sesiapa sahaja yang ingin murtad masih boleh berbuat demikian, cuma mereka tidak dibenar menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, kecuali setelah mendapat izin dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Keputusan ini juga membawa implikasi bahawa seseorang itu masih boleh murtad dan mempunyai harapan untuk menukar status ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, jika diizinkan oleh Mahkamah Syariah.

Wahai kaum Muslimin! Pandanglah dengan pandangan yang jernih, apakah keputusan Mahkamah ini telah berjaya mengembalikan Lina Joy ke pangkuan Islam? Apakah persoalan akidah umat Islam itu ditentukan oleh ‘nama’ atau ‘perkataan Islam’ yang tertulis di atas sekeping dokumen? Tidakkah kalian sedar bahawa kewujudan kad pengenalan itu hanyalah sekadar urusan pentadbiran duniawi sedangkan akidah itu adalah ‘urusan ukhrawi’? Adakah apa yang tertera di atas sekeping kad itu boleh melambangkan apa yang tertera di dalam hati, sehingga jika dikekalkan perkataan Islam pada kadnya bermakna Islamlah hatinya? Apakah kalian akan beranggapan bahawa dengan keputusan ini akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam yang lain jika mereka ingin mengambil langkah sebagaimana langkah neraka Lina Joy?

Dalam satu masa umat Islam di Malaysia tidak henti-henti berjuang untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, yang dikatakan semakin hilang wibawa dan kuasanya kerana dihakis oleh Mahkamah Sivil, namun, dalam masa yang sama, umat Islam sebenarnya mengiktiraf dan bergantung harap kepada Mahkamah Sivil (Mahkamah Persekutuan) untuk mengembalikan wibawa tersebut. Sebagaimana yang telah kami kupas di dalam Sautun Nahdhah yang lalu, kewujudan ‘Mahkamah Syariah’ di Malaysia pada hari ini dengan sendirinya membawa erti bahawa Mahkamah selainnya adalah tidak syariah (tidak Islam). Persoalannya justeru, apakah kewujudan Mahkamah yang tidak syariah ini dibolehkan oleh Islam? Jika tidak boleh, apakah kita cuma mahu bersikap pasrah (menerima bulat-bulat tanpa apa-apa bantahan) sahaja dengan kewujudan Mahkamah tidak Islam yang diwarisi dari British ini? Penerimaan kita akan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Sivil) ini bermaksud kita telah ‘mengiktiraf’ apa yang British wariskan kepada kita dan kita mengakui bahawa kedudukan Mahkamah Persekutuan sememangnya lebih tinggi dari Mahkamah Syariah. Tidakkah kalian sedar akan hakikat ini wahai kaum Muslimin? Oleh yang demikian, apakah wajar bagi kita untuk menerima dan bersyukur dengan penghakiman yang telah dibuat?

Sesungguhnya kewujudan sistem mahkamah yang ada sekarang, baik mahkamah sivil mahupun mahkamah syariah adalah kerana ia diwujudkan/diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Pengiktirafan kita ke atas kedua-dua institusi ini, malah bergembira dengan keputusan yang dibuat sedangkan ia langsung tidak memutuskan/berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, menunjukkan bahawa kita telah meletakkan undang-undang manusia mengatasi undang-undang Allah. Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan Perlembagaan itu lebih tinggi dari hukum Allah. Adakah kita ingin sependapat dengan Perdana Menteri dalam hal ini yang mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan lebih tinggi dari Islam, walhal Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya” ? [HR al-Baihaqi].

Bilakah Seseorang Dianggap Murtad?

Wahai kaum Muslimin! Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Tuhan Yang Maha Mencipta. Dia mencipta manusia dan mencipta Deen untuk manusia. Dan Dia telah memilih bahawa Deen untuk manusia adalah Islam. FirmanNya, “Sesungguhnya Deen (yang diredhai) di sisi Allah itu hanyalah Islam” [TMQ Ali Imran (3):19] dan firmanNya, “Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deen, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di Hari Akhirat dia termasuk ke dalam orang-orang yang rugi” [TMQ Ali Imran (3):85]. Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada makna lain lagi yang boleh ditafsir atau ditakwil oleh sesiapa pun bahawa hanya Islamlah satu-satunya Deen yang diterima oleh Allah untuk dianuti oleh manusia. Dengan kata lain, sesiapa sahaja yang tidak beragama dengan Islam atau yang pada asalnya beragama Islam kemudian keluar dari Islam, maka Allah sekali-kali tidak akan redha kepadanya. Maka, jika Allah tidak redha kepadanya, kita juga sebagai umat Islam tidak boleh redha kepadanya. Justeru, apakah kita akan redha dengan Lina Joy yang telah secara terang-terangan mengaku memeluk agama Nasrani?

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Fairuz berkata, JPN mempunyai justifikasi untuk mendapat pengesahan penguasa agama Islam bahawa Lina Joy telah murtad sebelum meluluskan permohonan wanita itu untuk memadamkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya. Beliau berkata, jika JPN menerima pengakuan seseorang bahawa dia telah keluar agama Islam berasaskan pengisytiharan pemohon semata-mata, maka JPN mengambil risiko apabila menyatakan dia sebagai bukan Muslim sedangkan mengikut undang-undang Islam, orang itu masih belum murtad. ‘‘Ini semua akan mengakibatkan celaan daripada masyarakat Muslim. Atas sebab ini, saya percaya, JPN mengguna pakai dasar bahawa perakuan bersumpah sahaja tidak cukup untuk membolehkan perkataan ‘Islam’ dipadamkan daripada kad pengenalan seseorang Muslim,” katanya [UM 31/05/07]. Nampaknya, celaan masyarakat lebih diambil kira dari celaan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas simurtad! Inilah kedudukan terkini ‘undang-undang Islam’ Malaysia di mana walaupun seseorang itu telah membuat pengakuan atau pengisytiharan murtad, tetapi dia masih belum dikatakan murtad sehinggalah ‘disahkan’ oleh Mahkamah. Jadi, walaupun pada hakikatnya seseorang itu telah murtad, tetapi dari segi undang-undang, dia masih lagi seorang Muslim!

Sekali lagi, kami ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada mereka yang keliru bahawa murtadnya seseorang itu bukannya diukur dari ‘perintah’ Mahkamah Syariah, tetapi diukur dari i’tiqad, perbuatan atau perkataannya. Mahkamah tidak boleh menjadi penentu kemurtadan seseorang. Murtad datangnya dari ‘qalbu’, bukannya dari perintah seseorang qadhi. Menurut Syeikh Abdurrahman al-Maliki, di dalam kitabnya, Nidzamul Uqubat Fi al-Islam, seorang Islam itu akan jatuh kafir (murtad) dengan empat indikasi seperti berikut, (1) dengan keyakinan (i’tiqad), (2) dengan keraguan (syak), (3) dengan perkataan (al-qaul), (4) dengan perbuatan:-

Pertama, dengan keyakinan. Ini dilihat dari dua sisi; (a) meyakini dengan pasti sesuatu yang berlawanan dengan apa yang diperintah, atau yang dilarang. Contohnya meyakini bahawa Allah memiliki sekutu atau meyakini bahawa Al-Quran bukanlah Kalamullah (b) mengingkari sesuatu yang sudah maklum dalam masalah agama seperti mengingkari jihad, mengingkari keharaman khamar, mengingkari hukum potong tangan, dan lain-lain.

Kedua, keraguan dalam berakidah dan semua hal yang dalilnya qath’i. Contohnya, ragu bahawa Allah itu satu; ragu bahawa Muhammad Salallahu 'alaihi wa Sallam adalah Rasulullah; atau ragu tentang hukum sebat bagi penzina dan seumpamanya.

Ketiga, dengan perkataan yang jelas, tidak perlu ditafsirkan atau dita’wilkan lagi. Contohnya, seseorang yang mengatakan (termasuk membuat pengisytiharan) bahawa dia telah keluar dari Islam dan memeluk agama baru, mengatakan atau mengakui bahawa Isa adalah anak Allah, Muhammad bukan nabi, dan lain-lain. Sedangkan perkataan yang masih belum jelas, atau masih perlu dita’wilkan maka tidak memurtadkan pengucapnya.

Keempat, dengan perbuatan yang jelas tanpa perlu ta’wil lagi. Contohnya, menyembah berhala, melakukan ibadat di gereja dengan tata cara ala gereja, sembahyang di Kuil Hindu dengan amalan ritual Hindu dan lain-lain. Sedangkan perbuatan yang belum jelas, tidak mengkafirkan pelakunya seperti masuk ke gereja, membaca Injil, dan lain-lain.

Oleh kerana manusia adalah makhluk Allah dan Allahlah yang mencipta agama untuk manusia, maka sesiapa sahaja yang keluar atau tidak beragama dengan agama Allah (Islam), maka, Allah jualah yang berhak menentukan hukuman baginya. Untuk golongan yang keluar dari agama Allah ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi khabar ancam bahawa, "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al-Baqarah (2):217]. Dan Allah telah menetapkan hukuman ke atas mereka yang murtad melalui lisan NabiNya bahawa, “Sesiapa sahaja yang menukar agama (Islam)nya, maka bunuhlah dia” [HR Bukhari]. Inilah ketetapan dari Pencipta manusia dan Pencipta agama Islam. (Sila rujuk Sautun Nahdhah bertajuk ‘250,000 Murtad: Masihkah Kita Ingin Berdiam Diri?’ untuk perbincangan lanjut mengenai hukum ke atas orang yang murtad).

Peranan Mahkamah Dalam Islam

Wahai kaum Muslimin! Di dalam membincangkan isu murtad ini, hendaknya kita tidak dipengaruhi oleh sentimen lain selain Islam semata-mata. Murtad bermaksud keluar dari agama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, baik seseorang itu berbangsa Arab, Afrika, India, Cina ataupun Melayu. Persoalan murtad langsung tidak ada kena mengena dengan bangsa. Jangan kita dipengaruhi oleh emosi assabiyyah menyebabkan kita memandang serius jika yang murtad itu adalah dari bangsa kita, tetapi jika simurtad adalah dari bangsa lain, maka kita langsung tidak mengambil peduli. Janganlah kerana Lina Joy itu adalah seorang Melayu, maka dengan itu kita menunjukkan keprihatinan kita. Tetapi kalaulah Lina Joy itu seorang Cina atau India atau seorang masyarakat asli, maka ini langsung tidak menarik minat kita. Hal ini adalah salah sama sekali dan bukannya datang dari ajaran Islam. Tidak ada istimewanya bangsa Melayu di sisi Allah berbanding bangsa yang lain.

Persoalan bangsa ini tidak boleh kita pilih. Allahlah yang menentukan kita lahir sebagai bangsa apa, dan kita tidak akan dapat menukar hakikat ini hingga kiamat. Tetapi persoalan agama kita boleh pilih, agama apakah yang kita ingin anuti. Dan seseorang itu sepatutnya memilih untuk menjadi Muslim adalah kerana keyakinan akan kebenaran Islam, bukan berdasarkan keturunan atau bangsanya. Jika kita memandang dengan cahaya kebenaran, maka sudah tentu kita akan menganggap bahawa isu murtad merupakan sebuah persoalan utama, tanpa mengira bangsa atau negara mana sekalipun orang itu berada. Jika benarlah kita beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka sesungguhnya yang wajib kita sayangi dan perjuangkan adalah Islam, bukannya bangsa. Dan Rasulullah telah menetapkan hukum bahawa siapa sahaja yang keluar dari agama yang benar ini hendaklah dihukum bunuh, tidak kira bangsa apakah dia.

Seperkara lagi yang harus kita ingat adalah bahawa yang wajib dan berhak menjalankan hukum bunuh ke atas ke atas mereka yang murtad adalah Negara (Pemerintah). Seseorang individu atau mana-mana jemaah tidak boleh sekali-kali melaksanakan hukuman ini. Di dalam Islam, biasanya Negara akan menyerahkan tugas ini kepada Mahkamah atau Qadhi untuk melaksanakannya. Justeru, kita mestilah jelas apakah peranan yang wajib dimainkan oleh Mahkamah di dalam hal ini. Dari keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lina Joy ini, kita dapati bahawa jika seseorang ingin keluar dari Islam, dia mestilah memfailkan permohonan dan seterusnya mendapat kelulusan/perintah dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini bermaksud:-

(1) Seseorang itu boleh murtad (ada ruang untuk murtad), dan jika berniat berbuat demikian, maka bolehlah memohon ke Mahkamah Syariah;

(2) Mahkamah Syariah perlu mendengar permohonannya dan membuat keputusan samada membenarkan atau tidak permohonan tersebut; dan

(3) Jika Mahkamah Syariah membenarkan, maka seseorang itu sekarang akan diisytiharkan murtad atau dengan kata lain sahlah murtadnya menurut undang-undang.

Jadi, kedudukan sekarang adalah Mahkamah Syariah sebenarnya mempunyai bidangkuasa untuk ‘mensahkan’ atau tidak mensahkan kemurtadan seseorang. Dengan kata lain, kedudukan Mahkamah Syariah adalah tidak lebih sebagai ‘rubber stamp’ terhadap orang yang ingin menukar agama Islam. Maha Suci Allah! Apakah ini peranan Mahkamah di dalam Islam?

Wahai kaum Muslimin! Tugas seorang qadhi di dalam Islam adalah untuk menghukum seseorang berdasarkan hukum Allah. Tugas qadhi adalah mendengar persengketaan yang diajukan, seterusnya menetapkan hukum Allah bagi menyelesaikan persengketaan tersebut. Qadhi akan memberikan hak kepada orang yang berhak dan menghukum orang yang bersalah. Inilah tugas qadhi. Tugas qadhi bukannya memberikan hak kepada orang yang bersalah, sebaliknya menghukum sipesalah. Di dalam Islam seseorang itu tidak boleh memohon untuk melakukan kesalahan. Contohnya, bolehkah seseorang itu memohon kepada qadhi untuk tidak solat atau untuk tidak berpuasa Ramadhan? Bolehkah seseorang itu memohon untuk tidak melakukan kewajipan atau untuk melakukan keharaman? Bolehkah seseorang itu membuat permohonan ke Mahkamah untuk minum arak atau berzina? Dan bolehkah qadhi mendengar, seterusnya meluluskan atau tidak meluluskan permohonan ini? Saudaraku, inilah apa yang berlaku sekarang! Seseorang Muslim itu dibenarkan untuk memohon memaksiati Allah dan lebih buruk, dibenarkan memohon untuk mensyirikkan Allah. Jika seseorang dibenarkan memohon untuk berzina pun sudah merupakan satu kekejian dan kesalahan, apa lagi jika seseorang dibenarkan memohon untuk keluar dari Islam? Betapa buruknya kedudukan ini. Sedarlah wahai kaum Muslimin!

Justeru, apakah kita akan bergembira sekali lagi jika Lina Joy membuat permohonan untuk keluar dari Islam di Mahkamah Syariah, walaupun permohonan tersebut mungkin ditolak oleh Mahkamah? Sesungguhnya tidak ada apa yang perlu disyukuri dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah, baik itu Mahkamah Persekutuan ataupun Mahkamah Syariah kerana yang menjadi tolok ukur (miqyas) bagi kita adalah samada sesuatu keputusan itu sesuai dengan Islam atau tidak, menurut perintah Allah atau tidak. Apa yang sewajibnya diputuskan oleh Mahkamah adalah memerintahkan agar Lina Joy bertaubat dan kembali kepada Islam dan diberi tempoh kepadanya untuk berbuat demikian. Jika dia tidak bertaubat dan tidak kembali kepada Islam setelah tempoh tersebut tamat, maka tidak ada hukum lain bagi Lina Joy kecuali sebagaimana sabda Rasulullah, bunuhlah dia. Inilah tugas Mahkamah.

Seandainya Malaysia berhukum dengan hukum Allah, maka sesungguhnya Azlina Jailani sudah lama tiada di dunia ini. Selama 17 tahun pemerintah telah membenarkan satu nyawa berterusan hidup mensyirikkan Allah, menganggap Isa adalah anak Allah dan menganggap Maryam dan Ruhul Qudus (Jibril) adalah Tuhan. Walhal nyawa tersebut sepatutnya telah lama dikembalikan kepada Allah dengan perlaksanaan hukum yang Allah telah tetapkan ke atasnya. Sekiranya hudud Allahlah yang tertegak di muka bumi ini, maka yang perlu dikeluarkan sekarang adalah ‘Sijil Kematian’ Azlina Jailani, bukannya Kad Pengenalan baru untuk Lina Joy. Tugas qadhi hanyalah sebagai pelaksana kepada hukum-hukum Allah, bukannya pelaksana hukum akal yang diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Mahkamah Syariah sepatutnya melaksanakan perintah Allah, bukannya melaksanakan perintah Mahkamah Persekutuan. Seandai berjalannya hududullah, maka petunjuk Allah pasti akan bersama dengan kita dan rahmatNya akan pasti tercurah ke atas kita semua. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Suatu hukum hudud yang didirikan di bumi lebih dikasihi (kerana manfaatnya) oleh penduduknya daripada ditimpa hujan 40 pagi” [HR Abu Daud].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Azlina Jailani telah pun murtad, walau apa namanya sekalipun, walau apa yang tercatat pada kad pengenalannya sekalipun, samada dibenarkan oleh Mahkamah ataupun tidak untuk menukarnya. Sudah 17 tahun berlalu dan simurtad ini tidak pun bertaubat dan kembali semula kepada Islam. Hukum sekular yang ada sekarang langsung tidak menakutkan dia untuk terus berada di dalam kekafiran, malah dia berjuang untuk mendapat pengiktirafan terhadap kemurtadannya kerana ini adalah satu perjuangan yang dibenarkan oleh sistem sekular. Inilah ‘kejayaan’ konsep kebebasan yang ditanamkan oleh kafir Barat ke atas dunia Islam. Umat Islam merasakan mereka bebas untuk bertingkah laku; bebas bersuara; bebas memiliki apa sahaja dan bebas untuk berakidah, asalkan dibenarkan oleh undang-undang sekular walaupun ia jelas-jelas haram menurut undang-undang Islam.

Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian masih belum sedar bahawa punca kepada segala masalah adalah kerana tidak diterapkan hukum Allah di dalam kehidupan ini? Manusia melakukan pelbagai jenis kerosakan di muka bumi dan termasuklah merosakkan dirinya sendiri. Apakah kalian masih belum sedar bahawa sistem sekular yang ada tidak pernah dapat mencegah kerosakan ini malah memburukkan lagi kerosakan yang sedia ada. Apakah kalian masih ingin bernaung di bawah sistem ciptaan kufur ini dan terus mendokong penerapannya? Sampai bilakah kalian akan terus berdiam diri dengan sistem busuk ini yang membiarkan kemurtadan terus berlaku? Sampai bilakah kalian akan terus berpangku tubuh dan redha dengan hukum Jahiliyyah ini? Bilakah kalian akan mula bergerak untuk menegakkan kebenaran? Tidak takutkah kalian dengan azab Allah yang akan menimpa kalian kerana kalian tidak berusaha merubah kebatilan ini dan menggantikannya dengan hukum-hukum Allah? Ya Allah! Bukalah hati umat Muhammad untuk berjuang menegakkan agamaMu. Ya Rabbul ‘Izzati! Engkau telah menciptakan agama yang benar bagi kami dan sekali-kali kami tidak akan keluar darinya. Segerakanlah bagi kami wujudnya seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum-hukumMu sehingga tiada lagi orang yang berani mempermainkan DeenMu. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Thursday, September 04, 2008

Kajian Kristologi-Ramai orang-orang Kristian terdahulu yang menolak Trinity

Apa itu Trinity? Trinity ialah konsep keTuhanan 3 in 1 orang-orang kristian. Kenapa konsep ini boleh muncul?? Sebab Bani Israel telah menyelewengkan fakta yang terdapat di dalam Al-Quran. Bacalah artikel dibawah ini. Semoga ia menjadikan kita lebih beriman kepada Allah yang maha Esa dan semoga terbuka pintu hati para pembaca yang beragama kristian untuk terus mencari gali kebenaran. Hidayah bukan datang bergolek, ia perlu diusahakan!. Carilah kebenaran wahai sahabat-sahabatku. Sedangkan Seorang paderi yang bertugas sebagai "Pengampun Dosa Antarabangsa di Jerman" mengakui keEsaan Allah, kenapa tidak anda? Pokoknya, perlu berusaha. Man jada Wa jadda!!

Kajian Kristologi-Ramai orang2 kristian terdahulu menolak Trinity

Assalaamu’alaikum w.b.t….. dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mahu menerangkan tentang apa itu jalan yang lurus? Jalan yang lurus dan benar adalah jalan yang dibawa oleh para nabi sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jalan yang lurus itu mengajak manusia supaya beriman kepada Allah S.w.t dengan sebenar2nya dan mengEsakanNya. Dan begitu banyak sekali usaha2 untuk menyelewengkan jalan yang lurus itu kerana manusia dihasut oleh iblis dan syaitan. Iblis dan kuncu2nya telah mengisytiharkan perang kepada anak Adam sehingga ke Hari Kiamat. Maka mereka sedaya upaya akan cuba menyesatkan anak Adam dari menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Maka di sini saya ingin menumpukan kepada usaha penyelewengan jalan yang LURUS ini oleh kaum Bani Israel yang menjadi umat nabi Isa a.s / Yesus. Jalan yang asalnya menyuruh menyembah ALlah, Tuhan yang Esa, tetapi telah dicampur adukkan dan di sesatkan dengan menambah agar menyembah dan mengangkat Yesus sebagai Tuhan. Dan akhirnya mewujudkan satu konsep keTuhanan yang baru iaitu Trinity (3 dalam 1).

Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity.

Dan bukan kumpulan2 itu dan Islam sahaja yang tidak bersetuju dengan Trinity, malah Yahudi juga amat tidak bersetuju dengan Trinity. CUma sayangnya, Yahudi terlalu angkuh dan hanya menganggap kaum mereka sahaja yang mulia dan tidak menerima kerasulan Nabi Muhammad S.a.w hanya kerana Nabi Muhammad S.a.w bukan keturunan Bani Israel. Mereka tidak menerima hakikat tersebut kerana bagi mereka, rasul mestilah hanya dari keturunan Israel kerana semua rasul terkemudian sebelum itu berketurunan dari Israel / Nabi Yaakob.

Dan jangan terkejut, pada zaman moden ini pun ada gereja2 di Asia, Afrika, gereja Unitarian, Jehovah’s witnesses dan majoriti paderi2 Anglikan juga dilaporkan tidak menerima konsep Trinity, tidak menyembah Yesus dan masih mengekalkan keEsaan Allah S.w.t. Dan Johannes Greber (1874), bekas paderi Roman Katolik dalam bukunya yang bertajuk, ’The Communication with the Spirit World of God’ dalam muka surat 31 mengatakan , ”As you see, the doctrine of a triune Godhead is not only contrary to common sense, but is entirely unsupported by the Scriptures”. Dia juga mengatakan bahawa idea Trinity itu langsung tidak mendapat sokongan dari kitab Bible sendiri.

Dan yang pasti lagi, umat Kristian awal dulu iaitu pada abad ke 2 mengalami pertelingkahan dan selisih faham mengenai siapa Yesus yang sebenarnya dan adakah dia betul2 mati di tiang salib? Saya tegaskan sekali lagi, perselisihan faham tentang Yesus di salib itu adalah di kalangan orang2 Kristian sendiri bukannya orang2 Islam atau orang2 agama lain. Kerana apa? Kerana TIADA BUKTI yang kukuh yang boleh menyatakan bahawa Yesus telah mati di tiang salib. Ini lah yang harus difikirkan kembali oleh orang2 Kristian sekarang dan sebaiknya tidak hanya mengikut secara membuta tuli ajaran pihak gereja.

Beberapa manuskrip dari kitab Wahyu dalam Perjanjian Baru telah di BAN. Untuk mengetahui secara lanjut tentang usaha BAN itu, sila ikuti History Channel di bawah tajuk Banned from the Bible. Mengapa ia di Ban? Sedangkan mengikut kepercayaan Kristian, kitab Wahyu adalah kandungan wahyu dari Tuhan kepada Petrus? Dan mengikut kajian sejarah itu, bahagian yang di BAN itu mengatakan bahawa Yesus tidak disalib. Dan ini menguatkan hujjah dari Islam yang mana rancangan History Channel itu memberikan bukti2 dari beberapa cabang Kristian sendiri.

Usaha MengeBAN itu mula dilakukan dalam persidangan2 gereja yang mana telah dimulakan oleh Raja Konstantin iaitu raja Rome pertama yang menganut Kristian. Berikut disenaraikan tentang 7 persidangan gereja yang pertama;

Tempoh daripada Persidangan Nicea Pertama (325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.

1. Persidangan Nicea Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti—Arianisme, Unitari, Mormon, dan Jehovah’s Witnesses. Hasil dari persidangan ini maka lahirlah Pengakuan Iman Nicea atau Nicene Creed .

Dalam persidangan ini hal utama yang dibincangkan adalah ajaran seorang pemimpin gereja dari Iskandariah, Mesir, bernama Arius yang mengajarkan bahawa Yesus bukannya Tuhan, tetapi adalah makhlukNya. Menurut Arius, Yesus adalah pesuruh Tuhan yang penting tetapi juga manusia seperti yang lain. Persidangan Nicea telah menolak ajaran Arius dan menganggapnya sebagai terseleweng dari ajaran Kristian yang benar. Para pemimpin gereja yang hadir dalam persidangan tersebut menegaskan kebenaran kitab Alkitab bahawa Yesus adalah Tuhan, sehakikat dengan Yahweh Bapa.

2. Persidangan Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.

3. Persidangan Ephesus Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, “Pembawa Tuhan” atau lebih umum lagi “Ibu Tuhan”).

4. Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.

Persidangan Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).

Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai “Synod Perompak”). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).

5. Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.

6. Persidangan Constantinople Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.

Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Bible. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.

7. Persidangan Nicea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.

Daripada persidangan2 di atas, dapat kita simpulkan bahawa Raja Konstantin merupakan antara orang yang bertanggung jawab dalam mengangkat Yesus sebagai Tuhan, sesuai dengan ajaran dari Paulus. Pada asalnya tiap2 gereja dalam Kristian mempunyai doktrin dan kitab yang berlainan, tetapi mula disatukan oleh Konstantin melalui persidangan2 yang tersebut di atas.

Di bawah ini adalah terjemahan dari Pengakuan Iman Nicea;

Kami percaya kepada Yahweh, Bapa yang Maha Kuasa,
Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya
Dan kepada satu Tuhan Yesus Kristus, Anak tunggal Yahweh,
dilahirkan dari Bapa sebelum segala ciptaan; Cahaya dari cahaya
Tuhan sejati; dilahir, bukan dicipta, sehakikat dengan Bapa
dan daripadaNya segala sesuatu diciptakan.
Untuk kita dan keselamatan kita, Dia turun dari syurga,
menjelma semula dengan kuasa Roh Kudus
dilahirkan menerusi Sang Dara Maria dan menjadi manusia
Kerana kita Dia disalibkan oleh Pontius Pilatus
menderita dan dikuburkan
Dan menurut Alkitab bangkit semula pada hari ketiga
Dan naik ke syurga dan kini duduk di sebelah kanan Yahweh Bapa
Dia akan kembali dalam kemuliaan, untuk menghakimi yang hidup dan yang mati
dan kerajaanNya akan kekal selama-selamanya:
Kami percaya kepada Roh Kudus, Tuhan dan Sumber Kehidupan
yang timbul dari Yahweh Bapa
Bersama Yahweh Bapa dan Anak, disembah dan dimuliakan.
Dia telah bersabda menerusi Rasul-rasulNya
Kami percaya kepada gereja yang kudus, esa dan am
Kami percaya kepada baptisan sebagai tanda penebusan dosa,
Kami menantikan hari di mana yang mati akan bangkit semula
dan kehidupan yang kekal sesudahnya.
Amin.

Maka telah jelas kepada kita betapa iman Kristian berkenaan Yesus itu Tuhan dan konsep Trinity adalah suatu penyelewengan yang berlaku di zaman pemerintahan Konstantin. Dan penyelewengan2 tersebut berlaku di atas dasar ajaran dari Paulus. Maka saya menyeru kepada kaum Kristian yang membaca tulisan ini, agar kembali lah ke pangkal jalan. Jangan lah mengatakan Yesus itu anak Tuhan atau salah satu dari Tuhan atau Tuhan 3 dalam 1. Kerana Yesus hanya lah seorang Rasul / Utusan dari Allah seperti mana juga rasul2 lain. Dan akui lah kerasulan Nabi Muhammad S.a.w serta terima lah ajarannya. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Esa. Wallahu a’lam :)

Rujukan :

1 - Wikipedia

2 - History Channel

3 - http://answering-christianity.com

Wednesday, September 03, 2008

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai x tidur malam

kah3... kata-kata yg lebih cenderung untuk memujuk diri sendiri. Mengantuknya ana sekarang ni, hanya Allah saja yang tau... dari semalam hingga ke saat ini, ana belum tidur sepicing pun. Kronologinya?
- pagi selasa, pegi kelas tutorial. Sampai turn ana present.. hasilnya? ntah, ana serahkan semuanya kepada Allah
- sejam lepas tu, p tengok2 buku d library, untuk bahan assignment. biasa la
- ada la lebih kurang 2 jam melepak d library.
- balik bilik. Cuci kain???
- kul 3, g Sg. nibong ngn lin. Tapi, kaunter belum jual tiket balik mlaka. So, ke Sg. Nibong hari tu merupakan satu aktiviti yang ana kategorikan sebagai "sia-sia"
- balik, n singgah kt sg. 2, beli tiket dr. agen. Encik razali. Harga tiket? RM48!!! balik mlaka. Bak kata kakak kaunter, harga perayaan. Adoi la.... harga perayaan ka, harga penyembelihan?
- n then, siap untuk p berbuka puasa d masjid.... makan free.. hehe
- jemaah solat maghrib.. x dapat buat solat tarawih (walaupun teringin sangat...) sebab ada meeting ppg214.
- meeting drama sampai pukul 11....
- buat slide mikro-teaching... sampai sekarang...
Adoi la... ni kerja puan Sola ana belum buat. Nti la lepas mikro-teaching. InsyaAllah..
sempat kot....

Tuesday, September 02, 2008

2 ramadhan 1429 H


Dah 2 ramadhan. Bermakna, hari ini masuk 2 hari ana akan menjalankan kewajipan berpuasa. Alhamdulillah... alhamdulillah kerana ana dipertemukan dengan bulan yang penuh berkat ini. Bulan yangterdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan oty.. Bulan bonus. Betapa pemurahnya Allah. Semakin jauh hambanya meninggalkanNya, semakin dekat DIA menghampiri. Ingin dibelaiNya hamba-hambaNya. Namun, hamba-hambaNya tetap menjauh. Tetap giat menjarakkan diri denganNya. Betapa ruginya kita jika kita juga tergolong dalam golongan yang sebegitu. Naudzubillah. Semoga ana diberi kekuatan oleh Allah untuk menggandakan amalan di bulan ini dan diizinkanNya untuk bertemu dengan malam lailatu Qadar. Amin...

Namun, hati ana tetap terusik. Bertambahnya sehari ini, bermakna bertambahlah sehari lagi jarak waktu yang memisahkan ana dengan arwah mak. Al-fatihah. Mudah-mudahan Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Betapa janggalnya memulakan puasa tanpa mendengar suara mak terlebih dahulu. Suara yang membuatkan ana terasa selalu dekat dengannya walaupun berjauhan. Ibu yang sangat memahami, sangat penyayang, sangat... tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bertuahnya ana mendapat mak sebagai ibu. Betapa terkilannya ana kerana tidak sempat membalas segala jasa ibu me'manusia'kan ana. Hanya Engkau yang dapat membalas segala jasa ibu ya Allah.... Hanya Engkau yang mampu..

Ya Allah ya Rahman...

Engkau jadikanlah kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi kepadaku sebagai pelindungnya menghadapi fitnah kubur ya Allah... Engkau jadikanlah setiap titisan peluhnya mencari nafkah membantu ayahku sebagai cahaya menerangi kegelapan liang lahadnya ya Allah... Engkau jadikanlah setiap sentuhan kasih sayangnya kepadaku sebagai teman yang baik untuknya di alam barzakh sana ya Allah... dan Engkau jadikanlah setiap titisan susu ibuku sebagai mahar untuknya masuk ke dalam salah satu pintu syurgaMu ya Allah..Ya rabbul alamin... hanya itu ya Allah.. hanya itu pintaku... kabulkanlah ya Allah... kabulkanlah...

Monday, September 01, 2008

Selamat datang Ya Ramadhan- 1429 Hijrah

Satu Ramadhan...
bestnya... tadi alhamdulillah... sempat juga ana pergi menunaikan solat sunat tarawih di masjid. Mudah-mudahan diterima Allah.. amin...