Ana sedih mendengar dan melihat apa yang sedang berlaku di palestin sekarang. Betapa kejamnya orang yahudi itu memperlakukan orang-orang arab di palestin. Betapa tidak berperikemanusiaannya dan betapa biadapnya mereka!
Betullah, apabila hati telah buta dengan keindahan dunia, lantas manusia akan rela melakukan apa saja untuk membeli dunia, tanpa sedar telah menempah tiket ke neraka jahannam dan sekaligus menggadaikan tiket ke Syurga. Naudzubillah. Janganlah KAU biarkan aku, keluargaku dan generasi selepasku nanti menjadi golongan yang bodoh seperti ni ya Allah.
Kemudian, dalam hebatnya perang yang berlaku di Asia Barat itu, rupa-rupanya pemimpin dan golongan pencinta bahasa Melayu negara kita juga sedang hebat berperang. Perang fahaman. Perang yang berkait dengan dasar PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang telah digubal 5 tahun dahulu. Masing-masing bercakaran mempertahankan hujah masing-masing. Dan tentulah yang menang hujahnya ialah para Pencinta Bahasa Melayu yang sememangnya telah memperlihatkan hujah yang kukuh, konkrit dan berpaksikan rasional. Pemimpin yang bertanggungjawab menggubal dasar PPSMI itu pula hanya mampu berkata "tunggu..", "Kita ada masa kerana apa juga keputusan hanya boleh dilaksanakan tahun depan. Saya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan pelbagai pihak berkenaan". Seperti kehilangan modal mempertahankan pendirian kerana sememangnya telah terbukti "dasar bodoh yang telah mereka gubal dan telah dilaksanakan selama 5 tahun itu sia-sia sahaja".
Justeru, bagaimana untuk menanggapi perkara ini?. Sudah terang lagi bersuluh keputusan mengubah dasar PPSMI pada tahun 2003 itu bukan berpaksikan kepada rasional, tetapi telah dipengaruhi oleh ketaksuban pihak atasan untuk mencapai kemajuan dengan menggunakan jalan singkat yang penuh onak dan akhirnya membawa ke jalan buntu. Yang menjadi mangsa keadaan ialah para pelajar luar bandar. Bukan mereka, tetapi para pelajar luar bandar!. Sedang mereka bergembira dengan kehidupan mewah mereka, mereka lupa terdapat ramai murid lepasan UPSR luar bandar acuan PPSMI sana menangisi nasib diri kerana mendapat keputusan yang jauh meleset daripada apa yang dijangkakan.
Walaubagaimanapun bentuk perangnya, kesudahannya tetap sama : Yang terkorbannya ialah mereka yang tidak berdosa.
Siapa musuh utama kita?
21 hours ago
No comments:
Post a Comment