Thursday, April 30, 2009

semua tentang kita

Heheh... semua tentang kau dan aku yang akan menjalani Program Latihan Internship I atau ROS yang bermula pada 3 atau 4 mei 2009 ini. Hihih...

Sebenarnya ROS ni apa?

OK. Mengikut pembacaan dan kefahaman aku, ROS ni ialah program khusus kepada pelajar Pendidikan tahun 3 yang bakal menjalani Latihan Mengajar pada semester akhir...kononnya bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang situasi di sekolah... dari segi pengurusan dan aktiviti-aktiviti di sekolah....

Dan, melalui taklimat yang diberikan oleh Dr. Shuki, program ROS ini wajib dilaksanakan dan wajib pula lulus... Kalau tidak dilaksanakan, secara automatiknya akan gagal, dan pelajar yang gagal akan secara automatiknya tidak dibenarkan menjalani Latihan Mengajar pada semester akhir iaitu semester 8, dan pelajar tidak menjalani Latihan Mengajar pada semester akhir, bermakna pelajar tersebut akan extend... kerana perlu pula menjalani Latihan Mengajar pada semester yang kesepuluh?. Entah.

Oh! Aku cemas mendengar akibat2 kegagalan tersebut. huhu~

Oleh itu, aku telah membuat sedikit tinjauan? berkenaan ROS, dan alhamdulillah... Nasib baik UPSI memuat naik buku panduan bagaimana melaksanakan ROS dalam format pdf.. dan, rasanya aku faham apa yang perlu aku buat nanti. Terima kasih UPSI!!

Semakin

"Semakin aku fikirkan, terasa ia semakin menyesakkan. Sungguh!"

Aku terpana apabila terbaca satu kata-kata. "Kamu akan diuji dengan apa yang kamu bicarakan". Kadang-kadang, apabila akal jahatku datang, aku mula berfikir ingin hidup di "zon selesa". Mula berfikir untuk menyerahkan sahaja tugas "ini" kepada mereka yang lebih layak. Pengetahuanku sendiri belum cukup luas dan pertahanan aku sendiri belum cukup ampuh untuk menangkis sebarang ujian.

Namun, jika aku terus berfikiran begini, dan sepuluh, atau seratus, atau seribu, atau sejuta lagi umat Islam juga berfikiran seperti aku, ingin hidup di "zon selesa" atau dalam erti kata lain, berfikiran ==>"lantaklah apa nak jadi kepada kau nanti!", mencari kebenaran dan apabila telah menjumpainya, kemudian menyimpannya hanya untuk kesejahteraan diri sendiri, jadi siapa lagi yang boleh diharapkan?

Aku sedih apabila ramai dalam kalangan mereka yang telah "disuapkan" dengan kebenaran, tetapi sengaja menolaknya kerana tidak sanggup menelan "kepahitan" yang bakal dirasai. Di sini, aku ingin kongsikan satu kata-kata khusus untuk kau dan aku iaitu "TERIMALAH KEBENARAN WALAUPUN PAHIT". Namun, aku lagi sedih apabila lebih ramai dalam kalangan kita yang telah "menelan" kebenaran itu, namun, marah kepada orang lain yang ingin "menyuapkan" kebenaran itu kepada mereka yang belum menemui kebenaran. Atau, berasa tidak senang apabila dinasihati. Sebab apa? Sebab merasakan, agama ini milik ustaz dan ustazah sahaja. Jadi aku dan mereka yang bukan ustaz dan ustazah tidak layak memberi pandangan.

Tapi, rasanya, aku boleh berlapang dada dan lega selepas ini kerana, rasanya, aku telah menjalankan tanggungjawab wajib aku sebagai khalifah di bumi ini. Kini, hanya tinggal, kau gunakan akalmu yang waras, untuk menilai sama ada menerima atau tidak.

tidak faham


Ustaz ditahan miliki dadah, VCD lucah

BACHOK - Seorang "ustaz" berumur 60-an ditahan kerana dipercayai memiliki dadah dan video cakera padat digital (VCD) lucah di rumahnya di Kampung Beris Kubor Besar di sini baru-baru ini.

Dia ditahan selepas bersembahyang Maghrib dan memberi ceramah agama di sebuah surau di kampung tersebut.

Suspek kemudiannya membawa polis ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh berkata, di rumah lelaki itu, polis menemui berpuluh-puluh VCD lucah yang disusun rapi di dalam bilik tidurnya dan menemui beberapa bungkus dadah di beberapa tempat di dalam rumah itu.

"Pada mulanya lelaki terbabit tidak mengaku menyimpan dadah, tetapi setelah polis mahu menunjukkan VCD berkenaan di tempat dia menyampaikan kuliah agama, lelaki terbabit membuat pengakuan memilik dadah," kata Yahya. - Bernama

Enggan saman isu Altantuya

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan- cogan kata NTR?


Wednesday, April 29, 2009

Aku yang bersalah

Setelah sekian lama aku tidak membaca hasil tulisan bro hamka, alhamdulillah, hari ini aku diberi peluang untuk membaca lagi tulisannya. dan seperti biasa, selepas membaca hasil tulisannya, aku akan kaku merenung skrin komputer. Kali ini, buat sekian kalinya, aku sedar, aku yang bersalah. Maafkan aku. Aku benar-benar minta maaf. Di sini, aku kongsikan apa kata bro hamka.

Mukadimah:
Agungnya pengorbanan Rasulullah SAW berdakwah:-

Diriwayatkan, Nabi SAW ke Taif. Nabi kena baling batu sampai berdarah2. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi berjalan bunyi macam org berjalan kat tempat basah…isk..isk…lalu Malaikat datang offer untuk datangkan bala kat sana, tak kiralah taufan ke, gempa ke, tsunami ke, tapi Nabi tolak..Nabi SAW rasa itu adalah salah dia yang tak pandai berdakwah..oh.., dan Nabi doa agar cucu cicit org taif dapat hidayat pulak..

Maaf yer bro Hamka, aku copy paste kesemuanya...

Alkisahnya... kata bro Hamka

Pada suatu hari di sebuah opis… Kelihatan, ada beberapa orang sedang berdebat, berbincang, bermuzakarah, berkenaan isu-isu semasa.. kelihatan juga ada seorang lelaki sedang membelakangi mereka sambil mengadap computer, (baca blog lah tu!!!)

Perbincangan menjadi hangat, dari isu artis nak kahwin kepada isu politik dan ugama, aku rasa tentu batuk batuk (kononnya) nama orang yang begitu kerap mereka lafazkan seperti Siti Nurhaliza, datok K, Pak Lah, Dr M, dan Lina JOY!!!

Setelah puas berdebat isu syarikat tak nak bagi bonus, (nak bagi camne, asyik berdebat je kat opis..) tajuk tak rasmi mereka yang seterusnya adalah isu murtad, tentang siapa yang bersalah?, ada yang salahkan kerajaan, ada yang salahkan ibu bapa, ada yang salahkan sekolah, ada yang salahkan Menteri kerja raya, ada yang salahkan Polis, ada yang salahkan kebebasan internet, ada yang salahkan Parti tu, ada yang salahkan Parti ni, ada yang salahkan ibu mengandung, bla bla bla bla..(lantak korangler)

Walaubagaimanapun, akhirnya, mereka masih tidak dapat menjawab secara tepat akan siapakah yang patut di salahkan dalam isu permutadan ini.. lalu mereka menganggu aku yang sedang mengadap computer..

Oi, Hamka! Kau tau tak? Sekarang ni dah ada borang untuk murtad di jabatan ugama setinggi ni!!! (sambil membuat isyarat dengan mengangkat tangan setinggi paras lutut…),

Sambung nya lagi,: Siapakah yang patut di salahkan dalam isu murtad ini?

Rujukan: Soalan ini di tanya oleh Mr. S(S-adalah nama sebenarnya di permulaan huruf)

Aku berhenti menaip, (membalas komen korang dalam blog sebenarnya..oh)…
Darahku mula berkejolah.. aku mula nak marah!!!
Aku bangkit dari kerusiku lalu berdiri di hadapan mereka..(sambil bercekak pinggang)

Aku berkata sambil marah-marah: “Siapa cakap borang Murtad setinggi ni ?, siapa ?
(sambil mebuat isyarat dengan mengangkat tangan setinggi paras lutut…),

Mereka semua senyap…

Engkau dah tengok ke borang murtad setinggi tu?, ni aku nak marah ni.!!!, bercakap tanpa fakta yang tepat!!! Ikut sedap mulut sajer..!!! sebenarnya borang murtad tu setinggi INI!!!
(sambil mebuat isyarat dengan mengangkat tangan setinggi paras DADA!!!…),

Wah!!!…mereka mula kagum dengan info ria aku..he he he..

Aku menyambung lagi…
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN KERANA RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD ADALAH…..”

Mereka saspen

Aku kata:
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN KERANA RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD ADALAH…..”

Aku diam sejenak..menelan air liurku..

Mereka kesaspenan…

Lalu ujarku…
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN KERANA RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD ADALAH…..”
.......
….

AKU!!!!..(di ucapkan dengan nada sedih, tapi jelas)

Mereka semua senyap! Kelu mulut, kuku, dan kaki…!
Diam seribu bahasa.
Mereka diam tak terkata apa-apa, nafsu berhujjah di matikan oleh aku yang bersalah, mereka mencari siapa yang bersalah, sedangkan hakikatnya orang yang bersalah sudah ada di depan mata.., akulah yang bersalah..
Mungkin patut aku tulis tajuk post ini “Aku yang bersalah..”

Aku menyambung lagi:
“Salah aku orang islam kerana tidak melapangkan masa untuk berjumpa dengan orang yang jauh dari Allah, sebaliknya aku sibuk dengan kerja dunia (tulis blog, baca blog), dan buat macam macam hal lagi sehingga orang yang jauh dari Allah semakin jauh dan jauh… akhirnya mereka murtad…

Dan aku mengaku, aku tak pernah pujuk orang yang murtad masuk islam balik, mungkin sebab bukan orang yang aku kenal, (aku tak kenal Lina joy) , tapi adakah ini cukup untuk aku bagi alasan pada Allah di hari pengadilan kelak, atau sebab mereka bukan dari kalangan keluarga aku atau sahabat aku, maka aku dah ‘cuci tangan’ lalu menyalahkan kerajaan atau undang undang yang benarkan mereka murtad.. sudah selamatkah aku dari Azab Allah?

Adakah aku menangis mengenangkan nasib mereka yang murtad ?

Adakah aku ada buat solat hajat supaya mereka kembali kepada Islam ?

Adakah aku ambil tahu akan apakah sebab musababnya mereka murtad?

Adakah mereka murtad kerana masalah jodoh? Akidah? Inginkan kebebasan, Atau tekanan perasaan ?

Apabila seseorang itu tak nak buat sesuatu perkara, pasti ada alasannya

Sebagai contoh, dalam bab solat, aku ‘pecah-kecil’kan ummat islam dewasa ini kepada 5 golongan.

1.Golongan solat berjemaah

2.Golongan Solat awal waktu kat rumah

3.Golongan Solat lengah-lengah

4.Golongan Solat jarang jarang

5.Golongan tak Solat

Dan aku nak tanya kepada 5 golongan ini:

1. Korang yang dah biasa solat jemaah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat berjemaah? Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu kat masjid…

2. Kemudian, korang yang dah biasa solat beberapa waktu kat masjid, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang solat lengah-lengah, …Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka yang solat lengah-lengah supaya kembali solat di awal waktu macam korang, walaupun tidak di masjid..

3. Ok, korang pulak yang dah biasa solat 5 waktu lengah-lengah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat 5 waktu, just solat jummat…Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu ..walaupun lengah-lengah..oh..

4. Dan.. korang yang dah biasa solat jumaat sajer, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat walaupun solat jumaat? Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka sekurang2nya kembali solat jummat sajer macam korang?

5. Last, korang yang tak solat langsung, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang nak keluar islam(murtad)? Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka kembali kepada islam walaupun menjadi sekurang-kurangnya orang islam yang tak solat langsungpun macam korang ..pernah tak?

Aku pernah buat dan berikut adalah hasil keputusan rambang apabila aku jumpa 5 golongan di atas... (baik kan aku ni?-huh!! pergi mampos)

Antara jawapan mereka:

“Wajib ke solat jemaah?”

“Aku solat awal waktu ok, apa,! Lebih baik dari orang yang solat lengah lengah..!”

“Walaupun aku solat lengah lengah, yang penting aku dah solat…”

“Nasib baik aku solat jummat(sahaja), kalau aku tak solat langsung? Huh!”

“Walaupun aku tak solat, tapi aku tak de lah nak murtad macam Lina Joy”…

Aku menangis.. mereka beramai-ramai memelukku-ops!! ok, aku mengaku adegan menangis berpelukkan itu aku tambah supaya nampak lebih drama dan tragis

Sambung balik,
Sekarang, betapa bahayanya ummat ini dan betapa pentingnya satu usaha perlu di buat untuk jumpa mereka dan pujuk mereka kepada mengamalkan islam yang benar… …sebab mereka mereka ini, jika di biarkan takut takut mereka juga akan murtad..Oh, … dan seperti biasa bila mereka murtad korang mulalah nak salahkan kerajaan, ibu bapa, sekolah, Menteri kerja raya, Polis, kebebasan internet, Parti tu, Parti ni, salahkan ibu mengandung, bla bla blab blahh!!

SEDANGKAN!!!
ORANG YANG PATUT DI SALAHKAN DALAM SEMUA ISU DI ATAS ADALAH SAYA!!! SAYA, SAYA DAN SAYA!!
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT JEMAAH,
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA TAK SOLAT AWAL WAKTU,
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG LENGAH LENGAHKAN SOLAT,
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT DAN SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG MURTAD!!!!

(Saya yang sibuk menulis blog dan membaca blog ini yang tidak melapangkan masa lapang saya untuk jumpa mereka dan pujuk rayu mereka kepada mengamalkan islam yang sebenar..)

Ketahuilah…sebuah info duka…

1. Golongan yang tak Solat akan menerima azab seperti orang kapir…

2. Golongan yang Solat jarang jarang akan diseksa dalam neraka selama 60 tahun bagi setiap solat yang di tinggalkan

3. Golongan yang Solat lengah-lengah pula, akan di azab dalam Neraka khas untuknya…

4. Dan golongan yang tak pergi solat jemaah menurut seorang sahabat Nabi SAW, wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.!!! Dan Nabi SAW sendiri nak bakar rumah mereka..oh..

5. Dan Golongan yg paling rugi adalah golongan MURTAD! Kerana mereka telah terlepas satu-satunya peluang untuk selamat dari azab api neraka dan peluang untuk pulang kembali ke shurga!..oh!

..........

Baru baru ni ada berlaku rebut kecil kat terengganu, bila aku balik kampong aku tengok ada yang atap rumah tercabut dan kereta kemik kerana di timpa kayu/kelapa, dan orang kampong sibuk repair kereta dan rumah masing-masing…
Aku tanya:
tak kerja ke hari ni?

Jawab orang kampong:
kerja, tapi ambik cuti sebab nak kena baiki atap dan kereta, siapa lagi nak baiki kalau bukan aku, sebab rumah aku yang tercabut atap, dan kereta aku yang kemik di timpa kelapa..

Aku berfikir.. Hari ini amalan ugama pada diri ummat islam dah banyak yang rosak di timpa ‘ribut’ besar! Kenapa takde orang yang nak ambik cuti untuk baiki diri supaya dapat amal ugama yang sempurna? Kalau kereta aku rosak,dah tentu aku yang baiki, tapi kenapa amalan ugama aku rosak, just buat tak tahu!!! Oh!!!, atau kerana aku tak rasa ugama ni aku yang punya, adakah islam ini ugama ustaz dan ulamak sahaja? ..oh! Kerana itu ramai yang murtad agaknya..isk..isk..

Sebenarnya jika korang faham tentang hakikat taubat, (macam lah aku faham..) Allah HANYA akan ampunkan segala dosa korang dan tolong korang HANYA apabila korang mengaku akan segala kesalahan korang…
Masalah ummat hari ini dan juga masaalah aku (sebenarnya)adalah tak mengaku salah, atau munkin tak tahu akan diri ini bersalah atau tidak, tak tahu bahawa diri berada dalam keadaan berdosa kerana hanya nampak salah orang lain, rasa diri betul, orang lain semua salah!!
Rasa dapat masuk shurga, dapat layanan first class dalam kubur, dapat minum air dari tapak tangan NAbi di padang mahsyar kelak…padalah, inilah sifat ajub sebenarnya..sifat ajub yang boleh membawa ke neraka..oh..

Perkara ini terjadi kerana tidak belajar ugama dengan betul, tidak rujuk ustaz yang betul, dan otak pulak tak nak berfikir dengan betul!!! berfikir ikut nafsu…!! (aku ler nie..isk), jika kita rujuk sejarah akan cerita para Nabi Nabi alaihisalam, apabila berlaku satu satu peristiwa, dirinya lah yang pertama sekali akan di salahkan…

Di padang mahsyar kelak, semua Nabi takut jumpa Allah, kerana masing masing mengaku berdosa dengan Allah SWT. (rujuk ustaz)

-Nabi Adam a.s takut dengan dosanya makan buah khuldi..

-Nabi Nuh a.s takut dengan dosanya kerana gagal dakwah anak dan isteri

-Nabi Musa a.s takut dengan dosanya bercakap besar -Nabi Yunus a.s takut dengan dosanya yang lari dari azab Allah -Nabi Ibrahim a.s takut dengan dosanya menipu kaumnya..

-Nabi Isa a.s takut dengan dosanya lantaran ummatnya menentang Nabi Muhammad saw..

Dan, Nabi Muhammad SAW sendiri, dalam riwayat menyatakan baginda bertaubat/beristigfar kurang lebih 70 kali setiap hari walaupun baginda tiada dosa…

Maka aku yang jika di andaikanlah atau di ibaratkanlah malaikat ada sifat boring, maka dah tentu malaikat yang menulis kebaikan aku akan rasa boring sebab takde kerja..oh..isk..isk..

Cerita popular Nabi SAW ke Taif. Tapi kat sini cerita sedihlah..Nabi kena baling batu sampai berdarah2. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi berjalan bunyi macam org berjalan kat tempat basah…isk..isk…lalu Malaikat datang offer untuk datangkan bala kat sana, tak kiralah taufan ke, gempa ke, tsunami ke, tapi Nabi tolak..Nabi SAW rasa itu adalah salah dia yang tak pandai berdakwah..oh.., dan Nabi doa agar cucu cicit org taif dapat hidayat pulak..

Maka aku hari ini, ada mintak supaya orang yang murtad kembali islam? Sebaliknya aku benci mereka, aku hina mereka, aku pulaukan mereka…

Kepada Allah aku meminta ampun dan kasih saying, ajarlah aku berkasih sayang..isk..isk..

So, jom kita jumpa mereka ini,

Tapi Hamka… kat sini mana ada orang murtad?

Ok, apa kata kita jumpa orang islam yang tak solat atau solat jarang jarang atau yang solat lengah lengah atau yang tak pergi solat kat masjid, aku rasa banyak kat opis kita ni.. yang dah murtad tu nak buat macam mana, yang ada depan mata takut pulak murtad.. jom!

Tambahan:
Walaupun begitu dalam mendakwah golongan di atas perlu ada hikmah, sebab, jika tak kena gaya(tak ikut sunnah) boleh murtad, korang nak ke borang murtad setinggi ni? (sambil membuat isyarat dengan tangan di angkat lebih tinggi dari kepala)

Satu cerita benar, di ceritakan oleh ustaz M, seorang alim telah menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. dengan berkata tegas bahawa haram berseluar pendek dalam islam…pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!org alim ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yg remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..

apa itu hikmah?
Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yg mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah korang guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak.. Apa guna jika ular mampos dan tongkat pulak dah patah sebab pukul terlalu kuat, mamposlah korang di gigit ular lain pulak!!!

Kalau org tak solat kita marah2, pukul mereka…mereka rasa tertekan, silap silap menjadi murtad, Boss mana yang tak marah kat pekerjanya yang menyebabkan pelanggan tetap lari?..oh..

Nota untuk mua’alaf: pukul anak yang berumur 10 tahun tapi tak nak solat adalah di galakkan dalam islam, namun anak yang umur 20 tahun korang baru nak pukul.. jadilah begini: “kalaulah 10 tahun dulu bapak pukul sazali, (kerena tak solat)…sazali tak jadi begini bapak..arghh aku dah melalut.(rujuk filem anakku sazali)

Sambung balik,
Cerita lain pulak, kisah aku dan Mamat..
Mamat tak nak pergi solat jemaah kat masjid kerana katanya: bahawa dia telah melihat banyak keburukkan “ahli surau”Jarang bersama anak bini…Cakap benda sama.Abaikan dunia…Pakaian macam org arabRasa diri bagus…Suka bersembang…Tak ada masa depan…Membazir harta org ramai(masjid)…Buat bising…

Aku kata:Aku dah 29 tahun memeluk ugama islam dan dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam…Merompak…Berzina…Rasuah…Membunuh…Sumbang Mahram…Mengedar dadah…Mengfitnah…Jerangkong dalam almari, Haruan makan anak, Anjing tersepit yang dilepaskan…Rogol-bunuh-bakar!
Tapi aku tak tinggalkan ugama islam…
Aku harap kau tidak murtad Mamat…
Kerana ramai yg murtad bila tengok keburukkanJuga ramai yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan ‘ahli surau’…
Bukankan Allah bagi dua mata?
Satu lihat baik orang
Satu lihat buruk sendiri..
Barulah mata hati akan faham kebenaran….

Alhamdulillah, Mamat sampai sekarang tak delah murtad, aku jer yang merepek bukan bukan..oh!

Cerita lain pulak

“kenapa kau masih kapir?”

Tanya aku kepada seorang sahabat non muslim sebab dulu dia ada azam nak masuk islam, pandai baca bismillah, alhamdulillah, selalu mengucap kalimah tauhid , bagi salam, membaca buku-buku islam dan lain-lain.kemudian, si engineer itu,(non muslim).. telah bagi hujah dan alasan kenapa dia masih kapir (sepatutnya aku tulis: dia masih tidak memeluk ugama islam-lebih harmony dan rasional rasanya-oh)..

Aku ingat nak tulis alasannya dengan penuh ilmiah kat sini..tapi panjang sangat, antara sebab dia tak masuk islam walaupun dari segi teori islam itu indah adalah kerana dari segi amali(practical) org islam mempunyai rekod yg buruk seperti pengganas, penzalim, perompak, pembunuh, perogol, penagih dan lain-lain…

Aku kata: memang tak di nafikan bahawa akhlak kebanyakkan (ramai-termasuk aku) orang islam ini buruk ! menyebabkan orang kafir benci islam dan ada yang murtad kerana malu.. akan tetapi mereka orang islam yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak dosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana ada iman hatta sebesar zarahpun, akan tetapi orang kapir yang hanya melakukan satu dosa yakni tak nak masuk islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya…

Hamka, buat apa kau bagi peringatan kepada mereka yang tak percaya kepada tuhan dan hari kemudian?

Baiklah, betul jugak kata korang… ok, aku tujukan nasihat ini kepada orang islam pulak..

Wahai orang islam yang tak solat atau solat jarang jarang atau yang solat lengah lengah atau yang tak pergi solat kat masjid, memang tak di nafikan bahawa akhlak kebanyakkan (ramai-termasuk aku) ahli surau ini buruk ! menyebabkan orang yang tak pergi surau benci dan malu serta malas nak solat kat surau.. akan tetapi mereka ahli surau yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak perkara yang korang anggap dosa dan memang berdosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana Allah berfirman dalam al –Quran (aku tak suka quote al quran, tapi aku terpaksa, namun aku sedia di tegur jika salah),
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18) Bermakna Allah iktiraf iman mereka, akan tetapi orang yang tak nak solat kat surau atau masjid… maafkan aku kerana tak jumpa dan pujuk korang isk..isk… salah aku pasal sibuk tulis blog..oh..!!! hingga korang benci pada aku dan murtad kerana amal buruk ku..oh…!

Nota: aku pun banyak gak tinggal solat jemaah,..oh.., aku berdosa kepada Allah dan ummat manusia, dah jadi mayat kelak baru pergi masjid, duduk depan sekali, kaki imam dekat kepala.. baru aku tahu SIAPA SALAH dan SIAPA AKU dan SIAPA ALLAH!!!!

NEXT
Dan satu perkara yang paling menakutkan bila bercakap tentang murtad adalah bila terkenangkan hasrat setan yang akan memurtadkan kita masa nak jadi mayat kelak.. Kalau korang tahu, la ni setan baru buat usaha 10% dan korang dah percaya dengan semua berita yang karut marut 100%..masa nak mati kelak, setan akan buat usaha 90% untuk murtadkan korang, setan akan menjelma jadi arwah nenek korang atau mak bapak korang atau siapa sajer yg korang akan percaya..dan cakap..matilah dalam ugama yahudi, itulah ugama yg membawa kau masuk shurga!!!
Atau setan bagitahu mayat Nabi reput dalam kubur yang menyebabakan korang was was dengan islam sedangakan itu hanya ilusi.. huh, time tu, kalau iman korang kuat jer yg boleh menafikan tipu daya setan tu!!! So, kita yang tak murtad lagi ni jangan rasa selamat sebab hidayat di tangan Allah, Allah boleh bolak balikkan hati manusia.. ini yang taaakuutt nie..isk..isk..

Berbalik kepada yang murtad..
Adakah korang ingat Allah cipta org kapir dan orang murtad tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kapir yang mati tanpa di dakwah oleh orang islam, dan satu orang murtad mati tanpa dipujuk masuk islam kembali,.. maka semua org islam berdosa tau!
Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi Muhammad SAW jawab, tahukah kamu? bahawa mereka akan kekal selama lamanya dalam neraka... dan kalaulah aku jumpa dia sekali lagi, mungkin dia akan dapt hidayat Allah (lebih kurang)

Kepada Lina Joy…
Aku adalah salah seorang orang islam yang bersalah terhadap anda, maafkan aku, jika di takdirkan tuhan, kita berjumpa, boleh cerita panjang, sambil minum teh’tarik.. insyaAllah..

Maafkan aku seorang islam yang beraklak buruk ini… jika aku pernah jumpa kau sekali dulu, mungkin kau akan dapat hidayat Allah (atau aku yang turut murtad-naduzubillah)

Keputusan Allah adalah yang terbaik!!!! Ya Allah jangan lah Kau ambil nikmat iman dan islam pada diri yang hina ini…Janganlah Ya Allah..Oh! Aku tahu aku bersalah Ya Allah, janganlah azab aku!!! Jangan matikan aku dalam ugama yang lain selain islam!! Isk..isk..

(hingus mulai berleluasa di hidungku, sedang air liur meleleh-aku memang burghok)

Penutup
Jadi marilah kita jumpa mereka dan penting supaya jangan mengkritik mereka kerana mereka mungkin jahil dan tidak berpeluang untuk belajar ugama yang betul, maka di sini penting aku dan korang jumpa mereka dan pujuk rayu mereka…Jangan mendesak mereka …

Ps: Tiada paksaan dalam ugama yang korang telah tinggalkan ini… Selamat tinggal saudara seugama, kita sudah tidak bersaudara lagi, tapi aku dan engkau tetap bersaudara dengan mayat…

(Dari aku yang bersalah…)

TAG dari Shimawar

huh..huh..huh.. Aku penat ni sebenarnya Shim. Baru balik dari blog kau, menyelongkar segala isi entri untuk mencari TAG-TAG yang telah berkurun lama kau hadiahkan kepada aku. Aku mohon maaf sebab baru berpeluang menyudahkan TAG-TAG dari kau sebab, seperti biasa, aku yang perasan sibuk tidak ada masa kononnya membuat TAG sebelum ini. Hihihi... Susah juga TAG kau ni. hoho

♥ Senaraikan 10 Perkara Pasal Shimawar

1. Nama timangan kau ialah Shim (sekurang2nya, aku panggil kau begini) hihi
2. Suka sangat kaler ungu.
3. Satu sekolah dengan Mai, juga bestfriend aku.
4. Dari Kota Tinggi
5. Akan menjalani ROS di sekolah yang sama dengan Mai pada cuti semester ini (adakah jawapan ini valid?. haha)
6. Sedang mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa raga
7. Budak kaca mata. haha
8. Mempunyai kecenderungan untuk menjadi novelis jika tidak dibendung. Hihi~.
9. Tinggal di aras 4, bangunan H34, Cahaya Gemilang.
10. Satu bilik dengan cousin aku. Hahaha

Bumi yang bulat ini berputar. Dan, di dalamnya terdapat kau dan aku. Aku akui, aku tidak tahu banyak tentang kau, tapi, selagi bumi yang bulat ini berputar, selagi itulah kau adalah kawanku. Hihi~ Friend forever.

Novel Kegemaran Shim :
Sudah tntu novel-novel cinta. hihihi~

5 benda kesayangan aku :

Laptop aku, bantal busuk(spongebob dan Kuma-Kuma. Hihi~), Semua file yang ada dalam laptop, Henset, dan Gambar arwah Mak.

Insan terpilih:
Lin
Lai
En. Kim


TAG SETERUSNYA - TAG Kau tetap dalam anganku- Azie

Arahan :
1. Put Your I-Tunes, Windows Media Player, Etc. On Shuffle.
2. For Each Question, Press The Next Button To Get Your Answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 Friends.
5. Everyone Tagged Has To Do The Same Thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Tanpa-sixth Sense
Jika seseorang bertanya tentang keadaan aku pada sesuatu ketika, aku akan selalu mengatakan "aku ok" walaupun betapa "tidak OKnya" perasaan aku pada masa itu. Hm... Kenapa ya?, kita sering mengharapkan org lain berlaku jujur kepada diri kita, tapi tanpa sedar, kita selalu menipu diri kita sendiri... Hm...

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Here I am - Bryan Adams
Yeah! Here I am... seorang insan yang sedang belajar mengenal erti hidup. hihi~

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Eyes - Rogue Waves
Hm... ya. Aku akui, mata yang cantik akan mampu menarik perhatian aku untuk memandang seseorang, tetapi itu bukanlah faktor utama untuk aku menyukai seseorang. Aku akan lebih tertari kepada orang yang "sedar dirinya tidak sempurna".

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Love like this - Natasha Bedingfield ft Sean Kingston
apakah benar tajuk lagu ini menggambarkan perasaan aku hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini? Oh! Apakah??

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
TanpaMU- Inteam
Aku sering mendambakan CintaNYA dan RedhaNYA. Dan, aku sangat berharap aku mampu MencintaiNYA. Ya Allah... TanpaMU, aku tidak mampu melangkah.

WHAT’S YOUR MOTTO?
Anak Soleh-Aeman
Menjadi anak yang soleh bukan semudah mengucapkannya. Namun, inilah antara motto hidup aku. Boleh ke ada banyak motto hidup? hihi~~

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Antara dua cinta - The Zikr
Hm... kadang-kadang, kita akan berasa dipinggirkan oleh sahabat kita. Tapi, pada aku, jika kawan-kawan aku tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada aku sepertimana yang aku harapkan, bukan bermakna mereka telah melupakan aku, tetapi mereka juga sedang terperangkap dalam persoalan "antara dua cinta". Hihi~

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Atas Nama Cinta- Rossa
Aku tahu dengan sesungguhnya, atas nama CINTA, kedua
-dua insan tersayang iaitu ibu dan ayah, amat menyayangi aku. TANPA SYARAT. Dan, aku juga menyayangi mereka denagn setulus hati aku.

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Balqis- UNIC
Balqis? Jawapan kali ini sungguh tidak menjawab soalan. hihi~ Tapi, aku pernah terfikir, kalaulah aku menjadi sekaya Balqis ini, kemudian, dapat pula seorang suami semulia Sulaiman... Wa... alangkah bahagianya hidup...

WHAT IS 2 + 2?
Sebelum Terlena-Hijjaz
Oh! Aku hampir terlena menjawab soalan2 ini. Oh!... Tapi, kalau la aku mempunya 2 batang aiskrim dan 2 biji karipap ayam sekarang ni, alangkah bahagianya....

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Epilog Seorang Hamba- Brothers
Mereka juga sedang menghadapi pelbagai mehnah dalam hidup ini. Oh! apakah yang sedang aku katakan ini...

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Wanita-De Hearty
Aku wanita. hihi~

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Pemergianmu-Inteam
Aku banyak cita-cita semasa kecil. Tapi semua cita-cita itu pergi meninggalkan aku sekarang. Oh, aku sangat bersyukur degan pemergianmu wahai cita-cita kecilku. Huh, tidak dapat aku bayangkan kalau cita-cita aku untuk menjadi Power Rangers Pink tercapai, sudah tentu aku terpaksa memakai costum ketat yang sangat tidak selesa itu. huhu~

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Lilin Seorang Guru-Inteam
Aku akan memandangnya sebagai seorang bakal guru yang akan berjasa kepada negara pada satu hari nanti. =P

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Kasih Abadi-Inteam
Hm... Mungkin aku tidak akan menari, cuma akan menyanyikan lagu kasih abadi khas untuk bakal suami aku. hihi~~

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Mahar Cinta-Devotees
Kalau mereka memainkan lagu ini semasa hari pengkebumian aku, aku akan bawa mereka masuk kubur bersama aku. Huhu!

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Doa Perpisahan-Mirwana
Aku tidak suka perpisahan, tetapi aku suka nyanyi lagu ni. hehe

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Andaiku pergi-Mirwana
Bohong kalau aku katakan aku tidak gentar langsung menghadapi kematian. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang maksum itu merasakan betapa pedihnya saat roh ditarik dari badan. Apatah lagi aku yang dahlah tidak maksum, kemudian sering terlupa meminta ampun ini. Adoi la... tapi, Andaiku pergi... Ingatilah aku dalam doamu.. hanya itu yang aku harapkan

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Carilah Cinta-Raihan
Semua perkara yang berkaitan dengan cinta akan kekal menjadi rahsia. Akan kekal mejadi misteri. Kerana, hanya ALLAH yang tahu rahsianya. Hanya ALLAH yang mampu merungkai misterinya.

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Sebuah Pertemuan-UNIC
Aik.. macam tahu-tahu ja lagu ni perasaan aku sekarang ni. Hihi... sememangnya, aku amat mengharapkan sebuah pertemuan dengan orang-orang yang aku sayangi sekarang ini. Aku amat merindui mereka.

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Salam Terakhir-Sudirman
Jika benar malam ini adalah malam terakhir aku, hayatilah lagu ini wahai kawan-kawanku.. Salam terakhir.. salam yang teristimewa untukmu teman

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Kau tetap dalam anganku- Azie
Kau tetap dalam anganku wahai shima kerana memberikan aku TAG yang punya la banyak soalan ini. NAsib baik seronok. hihi...

Insan yang akan menjadi mangsa keadaan yang seterusnya ialah... jeng..jeng..jeng...

1. Lai
2. Lin
3. Lan
4. En. Kim

Tuesday, April 28, 2009

TAG dari Lin

Lagi aku kena TAG. Kali ni dari Lin pula. Hm... suka betul men'tag' aku. Anyway, thanks. Sebenarnya, banyak lagi hutang TAG dari, Shimawar n Mrs. Ambuyat yang aku belum buat. Macam malas pula "menyelongkar" blog2 mereka. Huhu~... Sudah tentu sukar mencari TAG2 yang mereka bagi berkurun lama dulu. Mesti telah ditimbun dengan entri2 mereka yang baru. Apatah lagi cik Shimawar yang rajin berblog. hihi....

Ni soalan2 yang perlu aku jawab ea Lin? hihi...

1)Anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang?
Lebih suka karipap kentang sebab, karipap sardin ada bawang. Oh no!! Aku tidak suka bawang!!

2)Anda suka air kelapa atau air tebu?
Kelapa. x sabarnya balik kampung... balik rumah nanti, boleh minum air kelapa yang fresh gitu... depan rumah ja. Hihi~

3)Apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang?
Nonsense!. Hihi~. Well, ini pandangan aku sebagai "penggemar tegar" kacang. Hihi~. xtau la orang lain, tapi aku, makan kacang atau tidak, tetap naik jerawat. Apa kes?

4)Anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yang macam mana?
Yang sedar dirinya tidak sempurna.

SOALAN YANG MEMERLUKAN ANDA BERFIKIR DENGAN LEBIH MENDALAM
1)Andaikan ada org yang menghina ahli keluarga anda.
Biarkan saja... Dah penat, pandai la dia diam sendiri. Anggap saja mereka seperti debu-debu yang berterbangan. Bila angi bertiup, hilanglah debu. Hihi~~

2)Adakah anda akan tolong kawan anda yang dalam kesusahan walaupun dia pernah khianati anda?
Entah. Aku tidak pernah merasainya. Alhamdulillah... Tapi, mungkin juga aku akan tolong. Susah la... empati terlalu tinggi. Eheks!

3)Andaikan besok hari terakhir anda hidup. apakah perkara yang anda ingin buat sebelum mati?
Bagaimana ya keadaannya, jika kita tahu bila waktunya kita akan mati??. Maaf sebab tidak menjawab soalan. Cuma, aku tidak tahu jawapannya.

4)Adakah anda akan pilih orang yang anda cintai atau orang yang anda sayangi sebagai pasangan hidup?
Kalau cinta, of coz la sayang tu ada... hihihi~~. Jadi, mungkinlah, aku memilih org yang aku cintai. Huhu~~.. Dan, alkisahnya... menurut Imam Bukhari dan Muslim, Seseorang akan bersama orang yang ia cintai. Jadi, aku harap, aku tidak tersalah menyalurkan rasa cinta kepada orang yang salah. Hm.... bahasa perasaan ini terlalu sukar untuk diterjemahkan kepada gelombang-gelombang akustik yang bermakna. Hm...

5)Apakah yang membuatkan anda bersemangat untuk hidup sampai sekarang?
Semuanya kerana DIA. Allah yang satu.

6)Andaikan masa dapat diputarkan balik, apakah yang ingin anda betulkan?
Betulkan semua kesilapan. Haha~ Tapi, semua itu tidak akan berlaku sebab, semalam dan esok bukan milik kita. Hm..

7)Adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal.
Aku akan give up dan mula memikirkan mungkin aku mempunyai rezeki yang lebih baik daripada ini. Tolong bagi pendapat, adakah bagus aku berfikiran begini? oh!

8)Apakah anda akan memaafkan orang yang telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda?
Tengoklah jenis kerosakan yang dialami. hihihi~

9)Andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit, adakah anda akan masih berkawan dengan dia?
Aiman tak kisah

10)Sesetengah orang mengatakan budak2 amatlah menyusahkan. Apakah pandangan anda?
Jangan la kata "menyusahkan..."... gunakan perkataan yang lebih sopan agar mereka tidak tersinggung seperti "budak-budak bijak" sambil membelai rambut mereka walaupun pada masa itu, mereka sedang menarik tudung anda, atau sengaja mengotorkan baju anda dengan aiskrim coklat... kata-kata itu doa. ingat tu. heheh....

Monday, April 27, 2009

Sesi membayar hutang TAG. huhu~

1.Nyatakan usia blog anda
==> 8 bulan. Alhamdulillah... x sangka. hihi~~

2.Terangkan kenapa anda berblogging
==> Aku memang suka menulis. hihi~~

3.Nyatakan blog pertama yang anda baca
==> Hm... apa ya? hihi. lupa....

4.Letakkan entri pertama dalam blog anda
==> Intro blog. hihi~~ tengok sendiri la ya. Tajuknya, setelah sekian lama.

5.Huraikan entri tersebut
==> Aku copy paste la. Malas pula buat ulasan. Lagipun, entri 1st aku ni pendek ja...

"Akhirnya ana berkesempatan juga untuk membuat/mencipta sebuah lagi laman sesawang sebagai wadah untuk kita berkongsi cerita. Walaupun sebenarnya pada masa dan ketika ini, ana teramat sibuk dengan assignment yang menimbun. Sampaikan ana dapat rasa yang otak ana sudah "stuck" dan perlu di"format". Hehe..

Antara assignment yang telah men"jam"kan otak ana ialah assignment prof Ishak. Sekarang, baru ana sedar betapa susah menjadi guru. Sedangkan aana yang hanya belajar teori menjadi guru ini "pening-pening lalat", inikan pula para guru yang sudah bertahun mengaplikasi teori-teori mengajar dan berdepan pula dengan para pelajar yang berminda "glokal"( global+nakal).

Adoi la....

Kalau tahun 2008 ini perangai para pelajar terutama pelajar bandar sudah begini, tahun 2010 nanti, bagaimana agaknya?? Berjayakah Islam Hadhari (had hari) yang diperkenalkan oleh YAB Abdullah itu mengekang keruntuhan akhlak para pelajar?

Ya Allah....tabahkan lah hatiku dan juga hati para guru di luar sana. Tetapkanlah iman kami. Tetapkanlah pendirian kami. Amin..."

hihi~~

6.Letakkan satu picture paling anda suka dalam blog anda
==> Hm... x letak bleh? hihi~

7.Harapan anda

==> x suka mengharap. huhu~..


8.Tag orang lain

==> Siapa2 ja la yang sudi buat tag ni. hihi~~

Thursday, April 09, 2009

Biarlah DIA yang menentukan...

Hari ini, aku menghadiri ceramah tentang "penggunaan nama Allah dalam Al-Quran dan Bible: Satu Tinjauan". Penceramahnya ialah Anthony Samy Parumal a.k.a Tuan Haji Ayub Abd. Rahman bin Abdullah. Aku pernah menghadiri ceramahnya sebelum ini dan rasanya aku pernah menulis tentangnya dalam entri sebelum ini. namun, biarlah aku perkenalkan biodata beliau sekali lagi. Beliau merupakan bekas paderi yang bertaraf pengampun dosa antarabangsa (International sin forgiver) di Jerman satu ketika dulu sebelum beliau mendapat hidayah dan masuk Islam pada tahun 1972 ( if i'm not mistaken).

Al kisahnya, tadi aku dan kawan terlewat sedikit menghadiri ceramah tersebut. Ceramah tersebut sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi, dan kami sampai pada pukul 9.30pagi. Faktor hujan melewatkan ke"bangun"an. hahaha... Apa tidak, aku bangun untuk ulangkaji (hihi...) pukul 3 dan tidur semula pada pukul 5 dan bangun semula pada pukul 6 untuk sola subuh dan tidur semula sampailah pukul 8.30. Hahaha...

Sampai sahaja kami ke dewan, aku sangat terkejut (haha) apabila melihat para hadirin. Semuanya "old-old". Rasanya ramai daripada para hadirin terdiri daripada mereka yang sudah bekerja. Para pensyarah, peguam, datuk-datuk dan entah apa lagi. Aku berandaian begini kerana apabila tiba sesi soal jawab, ada penyoalnya bergelaran datuk, seorang peguam. Yang menariknya, ada seorang lelaki cina yang free thinker menghadiri ceramah ini. Sebenarnya, sebelum hari ini, aku terjumpa dengan beliau minggu lepas di hadapan pintu masuk ke perpustakaan. Sementara, pelajar USM yang hadir aku rasa boleh dibilang dengan jari bilangannya. Aduh!! Tapi, kami pun dengan selambanya mengambil tempat duduk tengah-tengah. Nasib baik penceramah jemputan belum sampai pada ketika itu, jadi, kiranya kami tidaklah malu sangat kerana ceramah belum bermula. hehe...

Tidak lama selepas itu, barulah Tuan Haji Ayub sampai... Kesian juga la kerana belum panas kerusi yang diduduki oleh beliau, Tuan Pengerusi terpaksa mempersilakan beliau untuk memulakan ceramah kerana para hadirin telah lama menunggu. Perkara pertama yag beliau utarakan ialah jenis bahasa yang boleh beliau gunakan sepanjang sesi ceramah tersebut. Beliau meminta para hadirin memilih sama ada bahasa Jerman, Inggeris, Melayu dan Tamil. hihi... Beliau mengatakan bahawa beliau kurang fasih berbahasa Melayu. Boleh berbahasa Melayu, tetapi memerlukan masa yang lama untuk membina ayat. Hm... patutlah semasa ceramah dia yang lepas, dia agak janggal untuk berbahasa Melayu. Namun, pada waktu itu, beliau terpaksa menggunakan bahasa Melayu kerana hadirin pada masa itu lebih ramai pelajar daripada golongan bekerja. Hm...

Dan akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Nasib baik. Kalau bahasa Jerman atau Tamil, mungkin aku dah lama meninggalkan dewan dan pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji (konon...) hahaha... dan nasib baik juga la aku bolehlah juga memahami bahasa Inggeris ini. hahaha

Intipati pada awal ceramah yang telah diketengahkan oleh beliau ialah tentang faktor non-muslim tidak tertarik untuk memeluk agama Islam. Menurut beliau, faktornya ialah kurangnya pengetahuan non-muslim terhadap Islam. hal ini kerana kita (orang islam ini) tidak menunjukkan nilai-nilai islam yang sebenar kepada mereka. Kita merupakan model kepada Islam. Kita merupakan al-Quran dan Sunnah bergerak. Non-muslim akan menilai Islam berdasarkan pemerhatian mereka kepada kita. Jika mereka lihat sesetangah dalam kalangan kita meminum arak, melakukan sumbang mahram, melakukan zina, berjudi, tidak menutup aurat, tidak bersolat, tidak berpuasa pada bulan ramadhan, dan sebagainya, maka mereka akan menganggap al-Quran dan as-sunnah kita mengajar kita begitu. Jadi, di manakah keindahan islam itu. Mereka tidak akan dapat melihat keindahan islam itu kerana kita, umat Islam ini telah memberikan gambaran yang salah kepada mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka membaca al-Quran untuk memahami Islam. Nah, go and read!! Tidak!. Jadi, bagaimana mesej al-Quran itu dapat disebarkan? Melalui teladan... Kita, umat Islam ini, bertanggungjawab untuk memahamkan mereka tentang Islam. Bertanggungjawab membuka mata mereka untuk melihat keindahan Islam. Jika kita tidak mampu berhujah, cukup dengan memperlihatkan nilai-nilai islam yang sebenar dalam berperilaku. Harap aku diberi kekuatan untuk melakukan ini dengan sebaiknya hingga akhir hayat. Amin~

Setakat tinjauan beliau, jika non-muslim ditanya tentang pengetahuan Islam. Mereka akan menjawab, orang Islam boleh berkahwin empat, tidak boleh makan babi dan minum arak, kadang kala pada bulan tertentu mereka akan berpuasa, dan pada hari jumaat, sesetengah mereka akan pergi bersolat ke masjid. Tidak ketinggalan ada juga non-muslim yang menganggap orang islam berpuasa kerana terpaksa. Kerana takut ditangkap oleh jabatan agama. Hal ini berdasarkan pengalaman beliau apabila beliau pergi ke rumah seorang datuk. Isteri datuk tersebut menyediakan makanan pada bulan puasa, dan datuk tersebut menjemput beliau untuk makan temgahari bersama.

Datuk : Tuan haji, jemput makan.
Tuan Haji : Tidak mengapa. Saya berpuasa.
Datuk : Tidak mengapa... saya tidak akan melaporkan perkara ini kepada jabatan agama. Tuan Haji boleh makan bersama kami.
Tuan Haji : Saya berpuasa.
Datuk : Tidak boleh makan sama sekali?
Tuan Haji : Tidak. Bagaimana datuk boleh berfikir pada bulan puasa saya dibolehkan tidak berpuasa?
Datuk : Few years ago, saya ada seorang pekerja Melayu. Dan tiba bulan puasa, dia tidak berpuasa.

Contoh ini cukup ostensif untuk menjelaskan kepada kita tentang pentingnya penghayatan agama itu dalam diri kita. Kita ini model Islam. Jika kita berperilaku tidak seperti yang dituntut dalam Islam, maka implikasinya non-muslim akan menganggap ajaran Islam itu sendiri yang bermasalah. Sanggupkah kita menjadi penyebab orang lain menghina agama Allah ini?. Apakah masih ada rasa cinta kita kepada ajaran Nabi Allah ini. Adakah masih ada harapan yang dapat diharapkan daripada usaha Rasulullah dan para sahabat menegakkan syiar islam selama ini?

Selain itu, beliau juga banyak mengulas tentang agama kristian. Tentang orang kristian yang mempunyai 490 mazhab. Namun, walaupun mereka mempunyai pelbagai mazhab, mereka tetap bersatu. Kenapa? Sebagai muslim, kita patut mula berfikir. Jika sudah terfikir, maka teruskan berfikir.

Tentang penggunaan nama Allah dalam kitab bible, pendirian beliau: Boleh gunakan nama Allah dalam bible jika dan hanya jika konsep "Allah" yang mereka maksudkan bertepatan dengan maksud yang terdapat dalam surah al-ikhlas :



  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Konsep "Allah" yang mereka maksudkan mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan dalam surah al-Ikhlas ini. Hal ini bermakna, jika mereka masih memegang konsep trinity (3 tuhan), maka nama Allah tidak boleh mereka gunakan dalam kitab bible!. Konsep trinity sudah melanggar syarat pertama iaitu "Allah yang maha esa". Allah itu Esa (Satu). Bukan dua bukan tiga!.

Surah Al-Maidah: 73

“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan : “Bahawasanya Allah salah seorang daripada yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa, jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih”.


Allah itu kekal. Jika konsep "Allah" yang mereka maksudkan menepati sifat Allah dalam ayat kedua ini, maka baru boleh digunakan perkataan Allah dalam kitab bible.


Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Jika mereka menepati sifat Allah ini, maka mereka boleh menggunakan nama Allah dalam kitab bible. Namun, ini tidak akan berlaku kerana pegangan mereka ialah trinity. (tiga dalam satu : Tuhan bapa, Jesus dan ruh kudus). Hm... dan syarat terakhir, tidak ada sesiapapun yang serupa denganNYA.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi terlalu apologetik menghadapi isu-isu yang sebegini. Kita mempunyai sumber-sumber yang authentik, yang membolehkan kita mempertahankan kesucian namaNYA. Biarlah DIA yang menentukan bagaimana namaNYA digunakan.

"the truth is out there". Carilah kebenaran.

Melayu

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajamya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan j alur sej arah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumab sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah clan agama dihinajangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

SN Datuk Usman Awang

Sunday, April 05, 2009

Kita dan mereka berbeza

Begitu banyak hal yang berlaku. Rasanya, tidak perlulah aku mengulas isu pelantikan NTR sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2 April 2009 itu. Walaupun sangat mengecewakan, namun kita pada hari ini perlu menerima kenyataan. Bagaimana agaknya nasib malaysia umumnya dan nasib rakyat Malaysia khususnya pada 10 tahun akan datang? ataukah aku terlalu optimis sehingga memberikan masa yang begitu panjang kepada beliau untuk melakukan "perubahan" kepada nagara kita ini umumnya dan nasib kita ini khususnya?. Bagaimana dengan isu PPSMI? Bagaimana dengan isu rasuah?. Bagaimana dengan isu~~ oh!! banyak sangat masalah yang menuntut fikrah yang waras dan "bersih" daripada seorang pemimpin negara ini.

Dan, persoalannya, adakah pemimpin baru kita ini mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berkurun abad tidak selesai ataukah akan menyebabkan masalah ini terus melingkupkan negara kita ini umumnya dan nasib kita ini khususnya. Naudzubillah!

Kita, hari ini, saat ini, detik ini, walaupun menangis air mata darah sekalipun tidak mahu dan tidak restu, hakikatnya kita ini umumnya dan suara tangisan kita ini khususnya tidak akn mampu menggugat kedudukannya di atas sana. Hurm.... sekecil inikah kita di mata mereka?

Kemudian, Dr. M, setelah meninggalkan parti selama hampir setahun, kembali menjadi ahli setelah lucutnya jawatan Mr. Clean Umno. Aku bukanlah penganalisis politik, dan aku tidak suka politik, tetapi keadaan negara kita pada hari ini, menyebabkan kita umumnya dan aku khususnya perlu tahu sedikit sebanyak tentang apa yang sedang berlaku?

Apa-apa hal pun, semoga mereka diberi hidayah untuk menjadi lebih "bersih". Ulas banyak-banyak pun x guna juga. Kita dan mereka berbeza.

Wednesday, April 01, 2009

Hidup ini ialah satu proses pembelajaran

Saya belajar bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.

Saya belajar bahawa perlukan waktu bertahun-tahun untuk membina sebuah kepercayaan
dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya.

Saya belajar bahawa sahabat terbaik sentiasa bersama saya
dan kami dapat melakukan banyak hal bersama

Saya belajar bahawa orang yang saya anggap ialah orang yang jahat sebenarnya ialah insan yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta insan yang begitu prihatin terhadap saya

Saya belajar bahawa persahabatan sejati sentiasa mekar
walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati

Saya belajar bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya

Saya belajar bahawa sebaik-baik sahabat itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan saya, dan untuk itu saya harus memaafkan mereka

Saya belajar bahawa saya harus mengampuni diri sendiri
dan orang lain jika tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus

Saya belajar bahawa persekitaran dapat mempengaruhi peribadi saya,
namun saya harus bertanggungjawab untuk apa yang telah saya lakukan

Saya belajar bahawa dua insan dapat melihat sebuah benda,
tapi kadang kala dari sudut pandangan yang berbeza

Saya belajar bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
tapi yang penting ialah siapa saya ini sebenarnya

Saya belajar bahawa tidak ada yang mudah dan cepat di dunia ini,
semuanya perlukan proses dan perkembangan kecuali jika saya mahu sakit hati

Saya belajar bahawa saya harus memilih sama ada
menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya

Saya belajar bahawa saya ada hak untuk marah
tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan bersikap tidak sopan

Saya belajar bahawa kata-kata manis tanpa tindakan ialah
saat perpisahan dengan orang yang saya cintai.

Saya belajar bahawa orang-orang yang saya kasihi
sering diambil segera dari kehidupan saya

Love doesn’t make the world round
Love is what makes the ride worth while

Sehingga kini.. saya masih belajar.
Saya sedar, perjalanan ini masih panjang dan terlalu banyak lagi yang saya perlu pelajari.