Wednesday, March 25, 2009

Mereka ketawa





















Kesenangan yang datang tidak akan selamanya
beitulah selepas susah ada kesenangan
sepeerti selepas malam datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada TUHAN
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

ujian ialah tarbiah dari ALLAH
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya ialah nikmat dari TUHAN

=)

Monday, March 23, 2009

sungguh benar kata-kata ini

Pada entri yang lalu, aku ada mengepos entri yang mengandungi kata-kata "jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya". Sangat benar kata-kata ini. Hari ini, aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa tidak lama dahulu, aku telah memulakan satu langkah dengan terburu-buru tanpa memikirkan implikasinya. Satu langkah yang sedang menjerat leher aku sendiri. Satu langkah yang secara senyap membuang jauh diri aku jauh dari jalan hidup aku yang sebenar. Aku seperti tersesat di jalan hidup aku sendiri. Oh!! alangkah malangnya.

Aku tidak ingin menyalahkan orang yang telah melibatkan aku secara langsung dengan keputusan memulakan langkah itu. Tidak!! Sebab, aku sedar dengan sesungguhnya bahawa orang lain tidak akan dapat mempengaruhi diri kita jika kita sendiri tidak membenarkan ianya berlaku. Jadi, dalam hal ini, aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa aku yang bersalah secara total. Aku tidak ingin meletakkan beban dosa ke atas orang lain. Aku tidak berhak meletakkan kesalahan yang aku sendiri lakukan ke atas bahu orang lain. Aku amat sedar bahawa aku yang bersalah. Jadi, jika insan yang terlibat bersama aku semasa memulakan langkah itu terbaca entri ini, maka jangan risau, aku tidak pernah menyalahkan kamu ke atas apa yang telah berlaku.

Satu waktu dahulu, aku amat menyesal memulakan langkah ini, namun, rasa menyesal ini ditelan sedikit demi sedikit oleh propaganda fitnah. Kemudian, aku terus bersenang-lenang. Tetapi, hari ini, aku rasa benar-benar menyesal. Sepanjang perjalanan itu, aku seperti telah kehilangan diri aku sendiri. Aku menjadi seperti orang lain. Aku bukan aku yang dulu.

benarlah, jika ada langkah prtama, maka PASTI akan ada langkah seterusnya! jangan sesekali memulakan langkah jika kita tidak pasti, apa yang akan kita lakukan pada langkah seterusnya! Jangan! Sebab, implikasinya bukan sahaja ke atas kita, tetapi ianya juga akan mempengaruhi orang lain di sekekliling kita. Rupa-rupanya, kita bukanlah apa yang kita fikirkan, tetapi sebenarnya kita adalah seperti apa yang telah ALLAH rencanakan. Allahualam...

"Jika ini takdirMU, aku redha ya Allah... Namun, sukakanlah hatiku dengan ketentuanMU ini ya ALLAH... ameen..."

Tuesday, March 17, 2009

Kerana kau wanita

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:` Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."( surah an-Nur ayat 30-31 )

Tuesday, March 10, 2009

Antara kegilaan aku time boring

Untuk lari dari kerunsingan, kadang-kadang lari dari kebiasaan juga merupakan kaedah yang berkesan.hehe... dan melukis adalah antara kaedah untuk aku melepaskan tension dan kegilaan aku time boring. Walaupun tidaklah secantik mana, tapi, aku puas kalau berjaya menghasilkan sebuah lukisan. Tapi, aku biasanya hanya melukis kembali apa yang orang lain lukis. Hehe... memandangkan aku tidak mengambil subjek lukisan secara intensif masa sekolah dulu, jadi aktiviti peng"copy"an aku tu boleh lah dimaafkan...kan? kan?. hehehe


hehe... Katun ni aku lukis masa exam semester lepas. Esok paginya ada paper x silap aku. Masa tu aku dah boring tahap sidratul muntaha menghadap buku dan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja aku.. haha



Katun ni baru ja aku lukis 2 minggu lepas. hehe... semasa kesibukan menyiapkan assignment. Hehehe..., tali kasut sebelah kanan aku terlepas pandang untuk melukisnya. hehehe...



hehe... ini juga semasa exam semester lepas. Nampak lagi tangan aku. Adeh!! Ohya!! memandangkan aku menangkap gambar menggunakan henset murah aku ni, jadi kualitinya pun kurang. Hehe... Ni karikator UBI(pelukis "In" dan "Aku dan Volkswagen" yang lukis.

Anyway, sebenarnya, terdapat banyak cara untuk kita melepaskan tension. Selamat melepaskan tension. Hehehe...

Thursday, March 05, 2009

Cherry Tomato


"Cherry Tomato" depicts the poverty-stricken life of an old man and his granddaughter in a realistic way that evokes a strong sense of sympathy. But the ultimate emotion the film triggers is, for better or worse, helplessness.

The debut feature by former television producer Jeong Yeong-bae wastes no time highlighting the key theme: poverty. Park-gu (played by veteran actor Sin Goo) is barely scraping by with his granddaughter Da-seong (Kim Hyang-ki), and their life is unbearably miserable.

Living in a shabby single-room rented house, they do not have enough money to feed themselves. Park-gu works as a porter for a shopping mall in Seoul but he soon finds himself kicked out of the place. In his 70s, Park-gu tries to survive by collecting papers and recyclable stuffs on the street, but the money he earns is always too small to buy a decent meal.

His granddaughter, 6, seems mature for her age, possibly due to her trouble-laden life. After her mother left away years ago and her father was put behind bars, she has been raised by her foul-mouthed grandfather. What is remarkable -- and emotional -- is that Da-seong knows her friends happily go to kindergarten and lead a normal life that is so different from hers, but she does not complain to her grandfather or anybody else.

She feels always hungry, but hunger is not the only problem. Suffering a form of congenital corneal opacity and deprived of specially designed glasses, she frequently stumbles and falls flat on the ground. Yet she does not cry that much.

The trouble doubles when her father Chun-sam (Kim Yeong-ho) abruptly returns home. Da-seong, however, gets only a small pot of cherry tomatoes when her father steals the tiny sum of money her grandfather has so far saved and runs away.

As if testing the sympathy level of audiences, director Chung stacks up another layer of challenge for Park-gu and Da-seong. One day, a redevelopment company, flanked by hired goons, attack the villagers to push ahead with an apartment construction project.

In Korea, this type of land redevelopment project generates highly lucrative profits for the wealthy real estate businessmen, but the old villagers are usually forced to leave their houses with nominal compensation. Many of them often end up living on the streets.

The confrontation between villagers and the hired thugs destroys Park-gu's bicycle-drawn cart, his sole tool for making money. Confronted with this shattering development, Park-gu decides to face up to the president of the construction company, Kap-su (Kim Byeong-choon), but through a chain of unexpected events he and his granddaughter sneak into Kap-su's luxurious mansion while the owner is away on a trip. Hiding inside the house, Kap-sun and Da-seong enjoy nibbling at expensive cookies and other delicacies.

From this point on, the movie constantly contrasts the hunger of Kap-su and Da-seong with the luxury imposed on Kap-su's dog. It turns out that this wealthy man cares so much about his pet, he never spares money for serving only high-quality food to the dog. Every day, a package of meat is delivered to the house, and Kap-su's household manger Dong-hun (Choi Dong-gyun) has to feed the dog on time.

But Dong-hun does not respect his boss. In fact, he hates him so much so that he develops a scheme for revenge: poisoning the meat bowl for the dog at a slow pace in an attempt to break Kap-su's heart.

What Dong-hun fails to forecast is that the meat bowl might be consumed by somebody else -- people who are hungry enough to touch their hands on that tantalizingly well cooked meat.

By Yang Sung-jin

Sebuah filem yang menyayat hati. Benar-benar menggambarkan senario kehidupan sekarang. Mereka yang kaya bertambah kaya, dan mereka yang miskin bertambah miskin. Kemanakah hilangnya nilai kemanusiaan? Mereka yang kaya tetap memandang ke langit, menyombongkan diri. Sesungguhnya, mereka tertipu dan terkeliru dengan apa yang mereka miliki.

Di Penang ini sendiri, apabila tiba pasar malam tiap hujung minggu, pasti ramai pengemis dalam kalangan warga tua yang mengemis di tepi jalan. Aku yang miskin ini (kiranya bolehlah dikatakan bertaraf "orang yang wajib menerima zakat fitrah") tidak mampu memberi sedekah kepada setiap pengemis yang berada di pasar malam. Maka, setiap kali melintas di hadapan pengemis-pengemis yang tidak dapat aku berikan sedekah ini, menyebabkan aku takut. Takut jika sekiranya hati aku terdidik untuk bersikap keras hati melihat kesusahan orang lain. Bukan tidak mahu, tapi tidak mampu. Fenomena ini benar-benar meruntun jiwa raga. Inikah sebenarnya buah tangan "kemajuan" yang dicanang-canangkan? Bermula dari awal merdeka, bermacam pelan dirangka dan fokus utamanya ialah menghapuskan kemiskinan. Namun, isu kemiskinan ini tidak ada kesudahannya. Di mana silapnya?

Tuesday, March 03, 2009

Marikh kekal menjadi misteri

Manusia membina semula peradaban di Marikh

Planet marikh sejak sekian lama menjadi misteri. Banyak persoalan belum terjawab. Walaupun manusia kini sudah mencapai kemajuan yang begitu besar dalam bidang sains angkasa, marikh masih menjadi misteri yang meruntun jiwa untuk diterokai. Berpuluh misi dilancarkan untuk menerokai jiran terdekat bumi itu dilancarkan sejak 1960-an. Terbaru, kapal angkasa spirit (MER-A) dari rusia sedang dalam perjalanan dan dijangka tiba di marikh pada disember ini.

Apa yang membuatkan manusia terlalu ingin untuk menjejakkan kaki di tanah marikh yang diketahui tandus, berpasir dan gersang itu? Keinginan ini sudah tentu sebahagiannya dipengaruhi oleh andaian yang mengatakan bahawa pernah terdapat kehidupan di planet yang berwarna merah itu suatu waktu dahulu.

Andaian ini dibuat sejak 2000 tahun dahulu bermula dengan penemuan berterusan pada tahun 1877. Ia diikuti dengan ahli astronomi lain yang berusaha mengesan air dan oksigen yang terpeluwap di planet itu. Pada tahun yang sama, Aspah Hall menemui dua bulan di marikh yang dinamakan Phobois dan Deimos.

Namun apabila manusia mengetahui jarak antara bumi dengan marikh ialah 55 juta kilometer, ramai yang beranggapan usaha menerokainya adalah mustahil. Bagaimanapun, pada tahun 1964, kapal angkasa EST Mariner 4 telah berjaya melawat Marikh setelah menempuh perjalanan selama 228 hari. Kejayaan ini disusuli oleh Mariner 9 pada tahun 1971. pada 1976, Viking pula mendarat di Marikh untuk menyiasat contoh tanah di permukaannya.

20 tahun kemudian, manusia dikejutkan oleh mikrofosil dalam seketul tahi bintang (meteor) yang disahkan berasal dari marikh berusia 4.5 billion tahun dan berkemungkinan tiba di bumi kira2 13 ribu tahun lalu apabila sebuah astroid melanggar marikh. Serpihan itu ditemui di antartika pada tahun 1984 dan keputusan kajian yang didedahkan pada 1996 mendakwa bahawa bakteria yang terperangkap di dalamnya mungkin turut berasal dari marikh.

Seterusnya, teknologi satelit membuat penemuan baru yang menunjukkan penemuan baru yang menunjukkan kemungkinan suatu masa dahulu marikh sama seperti bumi-penuh dengan pelbagai hidupan, tanah yang menghijau, laut yang membiru dan kepulan awan putih yang menghiasi langit.

Satelit Mars Global Survivor berjaya mengambil beribu-ribu gambar permukaan marikh. Biarpun marikh kering kontang melalui gambar yang diambil, kita dapat melihat jalur yang seakan kesan lembangan sungai yang berliku-liku, berpecah dan bercantum semula. Saintis berpendapat bahawa jalur dan lembah yang seperti itu hanya mampu dibentuk oleh air yang mengalir. Marikh juga penuh dengan kawah yang terhasil daripada hentaman astroid yang banyak. Pada dinding kawah itu, terbentuk bekas laluan air yang mengalir turun yang kelihatan seperti baru bagaikan sehari sebelumnya. Timbul pendapat bahawa air beku di bawah permukaan air telah cair lalu naik ke permukaan dan kemudian menyerap kembali ke dalam tanah.

Ini menyebabkan saintis di seluruh dunia bersepakat berpendapat terdapat banyak air dalam bentuk ais yang terperangkap di bawah permukaan marikh. Justeru, di mana ada air, di situlah ada kehidupan. Sains membuktikan bahawa air boleh dipecahkan menjadi hidrogen dan oksigen lalu seterusnya menghasilkan bahan api.

Hujan juga boleh dihasilkan dengan cara mencairkan ais yang terperangkap itu dan mengempangkannya menjadi tasik yang besar. Apabila matahari bersinar, air akan menyejat naik ke atas lalu membentuk awan. Sekiranya ada awan, sudah pasti akan ada hujan. Selain itu, air juga akan menyuburkan tanah dan memungkin planet merah marikh itu menampung kehidupan. Fakta mengenai kepentingan air ini selaras dengan bukti di dalam al-quran yang jelas menyatakan bahawa air adalah sumber kehidupan.

Selain air yang terperangkap, satelit juga merakamkan banyak gambar yang menarik untuk dibuat kajian terus menerus. Antaranya ialah gunung berapi setinggi 27 kilometer, gaung yang panjangnya berpuluh-puluh kilometer dan panorama matahari terbenam yang amat cantik. Gunung berapi bergelar olympus Mon itu jauh lebih tinggi daripada gunung Everest yang terdapat di bumi. Gaung itu pula lebih hebat daripada Grand Crayon yang kita banggakan di bumi sebagai satu fenomena alam yang menakjubkan. Sekiranya gaung di marikh direntangkan di tengah-tengah Amerika Syarikat, panjangnya adalah dari timur ke barat negara tersebut. Matahari yang memancar di marikh kelihatan lebih merah dan indah.

Apa pun, rakaman gambar melalui satelit tidak segempar penemuan gambar objek yang kelihatan seolah-olah dihasilkan oleh makhluk berakal seperti kita di bumi. Malah, ada yang berpendapat bahawa objek itu menyerupai piramid di mesir. Hinggakan timbul pendapat yang mengatakan bahawa piramid di mesir telah didirikan oleh makhluk berakal yang suatu waktu dahulu menghuni planet marikh.

Penemuan gambar itulah yang lebih menguatkan andaian bahawa pernah ada kehidupan di planet merah itu.

Persoalannya, jika benar ada kehidupan di sana, kenapa umat bumi beria-ia mahu membuktikannya? Jawapan kepada persoalan ini tentu berpunca daripada rasa tidak selamat dan tidak yakin kepada bumi sendiri. Hari ini, kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan ke atas bumi oleh penduduk bumi sendiri. Kemungkinan perang nuklear misalnya amat menakutkan penduduk bumi kerana ia dapat menghancurkan bumi dalam sekelip mata. Selain itu, terdapat juga kebimbangan yang lambat laun asteroid mungkin akan melanggar bumi. Andaian ini dibuat berdasarkan kajian yang mengesahkan punca kepupusan dinasour, haiwan purba penuh misteri itu.

Jelas, penduduk bumi sedang mencari alternatif lain sekiranya bumi tidak lagi selamat untuk dihuni. Penduduk bumi kini sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi terburuk yang mungkin akan berlaku terhadap bumi. Justeru, ramai yang ternanti-nanti bilakah masanya saintis akan mengumumkan penemuan terbaru mengenai marikh.

Minat terhadap markih semakin meningkat pada bulan ogos dan september tahun 2003 apabila planet itu dapat dilihat dengan mata kasar, tergantung di langit bagaikan sebutir bintang berwarna merah. Seluruh dunia berpusu-pusu keluar melihatnya. Pelbagai acara, pameran, ceramah, kempen, tayangan gambar dan aktiviti melihat marikh dianjurkan oleh pelbagai agensi berkaitan dengan astronomi di seluruh dunia.

Tarikh 27 ogos 2003 menjadi kemuncak kepada aktiviti melihat marikh kerana pada hari berkenaan, marikh berada pada jarak yang paling dekat dengan bumi. Kali terakhir marikh berada pada jarak itu ialah pada 60 000 tahun yang lalu, ketika manusia masih lagi dalam keadaan primitif.

Berbalik kepada misteri marikh yang belum terungkai, umat islam perlu merenungnya dengan akal yang tajam dan penuh keimanan. Segala misteri perlu dirujuk kepada al-quran kerana terbukti bahawa sains menemui rahsia alam semesta lebih lewat daripada apa yang tercatat dalam al-quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun dahulu.

Sebagai contoh, penemuan sains mengatakan bahawa alam semesta ini bermula dengan satu ledakan dahsyat (big bang). Menurut penemuan itu, suatu waktu dahulu, bumi dan langit bersatu dalam bentuk asap dan kemudiannya terpisah disebabkan oleh ledakan dahsyat itu. Penemuan itu selaras dengan ayat Al-Quran yang berbunyi : Dan apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka, mengapa mereka tidak juga beriman? (21 : 30)

Sesuatu yang lebih meyakinkan umat islam tentang kuasa Allah S.W.T ke atas alam semesta ialah tidak ada mana-mana saintis yang mampu menjelaskan apakah punca ledakan dahsyat itu.

Sementara itu, dalam usaha menyingkap misteri marikh, kita mungkin perlu merenung bumi sendiri sebagai perbandingan. Di bumi, mana-mana pelusuk kita akan mendapati wujudnya pelbagaian jenis hidupan. Di gurun yang tandus, di dasar laut yang jauh dari matahari, dan di antartika yang membeku, tetap ada hidupan yang boleh hidup dengan selamat bersesuaian dengan persekitaran fizikal masing-masing. Justeru, tidak mustahil planet lain dalam sistem suria juga mempunyai hidupan lain yang bersesuaian dengan ciri fizakial yang telah ditentukan.

Satu persoalan lagi, andai benar pernah wujud kehidupan di marikh pada satu waktu dulu, lalu apakah yang telah terjadi sehinggakan mereka pupus sama sekali?

Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu merujuk ayat al_quran mengenai kisah kaum yang pupus dari muka bumi ini. Kaum saba’, Lut dan Ad kerana mereka engkar kepada perintah Allah yang satu dan yang maha berkuasa. Bandar Pompeii yang maju di italic pernah terbenam jauh ke tanah akibat letupan gunung berapi yang dahsyat. Biarpun pupus dari muka bumi namun tinggalan firaun, Bandar Pompeii, dan kaum Ad yang menjadi batu masih boleh dilihat pada masa kini dan mungkin akan dapat dilihat oleh generasi akan datang.

Allah menjelaskan dengan terang di dalam al-Quran bahawa akan ditinggalkan kekufuran kaum terdahulu sebagai pringatan kepada generasi selepas mereka. Kita juga mendapat bukti bahawa kaum yang terdahulu itu lebih tinggi dari segi peradaban.

Namun, peradaban yang tinggi itu tidak bermakna sekiranya mereka engkar daripada menyembah Allah. Justeru, mungkinkah kita boleh membandingkan peristiwa silam itu dengan apa yang berlaku kepada marikh?

Mungkinkah Marikh suatu waktu dulu lebih cantik daripada bumi dan dihuni oleh makhluk yang lebih cantik daripada manusia? Lalu Allah musnahkan semuanya kerana mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah?

Apapun kebenarannya, tiada siapa yang mampu menjawab persoalan ini kerana segala tentang marikh masih kekal sebagai misteri.

Sumber : Majalah (apa ntah). Majalah dulu-dulu. Info ini pun sudah lama.

Sunday, March 01, 2009

Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya

Salam alaik... lantaran terlalu sibuk (malah pada saat dan ketika ini, aku masih menguras otak untuk membuat "assignment") jadi aku tidak dapat memberi penilaian aku sendiri terhadap ketiga-tiga perkara ini. Maka, izinkan aku "mengepastekan" artikel orang lain dalam "page" aku ni. Sesiapa yang ingin membuat penilaian, seperti biasa, bolehlah memberi komen...

Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya
1. Oleh: shahabudeenjalil

"Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini.

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

"Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.

"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan.

Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya".40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.

3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Perintah tersebut berbunyi:''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian''.
Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak.

Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.

Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. "Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya ".

Lelaki Melayu ler ni...
Oleh: Amru_Amiri

"Hari ini Melayu sudah hilang budi bahasa. Sopan santun entah ke mana, lemah lembut bertukar longlai dan lesu lalu Tanah Melayu jadi Malaysia, Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia dan KTM jadi Keling Tipu Melayu. Hari ini Melayu hanya tinggal cakap-cakap dan sembang kosong di Parlimen. Tahu hunus dan goyang keris tetapi tidak berani menusuk.

Hari ini, 19 February 2009, saya malu mengaku melayu. Orang melayu, satu masa dahulu, terkenal dengan lemah lembut, budi bahasa dan sopan santunnya. Tidak gemar berkonfrantasi tetapi bila ditekan dan didesak secara melampau, inilah bangsa yang mudah mengamuk. Arwah atuk saya, sebelah emak, is a soft spoken man, selalu tersenyum tetapi bila hilang sabar, harimau lapar pun menikus bila berhadapan dengan Wan Mohd Amin Bin Wan Adnan Bin Wan Seman, bila matanya (atuk) mengecil.
Hari ini Melayu sudah hilang budi bahasa. Sopan santun entah ke mana, lemah lembut bertukar longlai dan lesu lalu Tanah Melayu jadi Malaysia, Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia dan KTM jadi Keling Tipu Melayu. Hari ini Melayu hanya tinggal cakap-cakap dan sembang kosong di Parlimen. Tahu hunus dan goyang keris tetapi tidak berani menusuk.

Kenapa saya malu mengaku melayu? Laporan Malay Mail 18hb February 2009, muka surat 3 dengan tajuk Now, where’s Hilmi, Ex Boyfriend membuat saya begitu.
Jika anda baharu sahaja keluar dari hutan belantara, ingin saya maklumkan bahawa si Hilmi tu adalah bekas boifren Elizabeth Wong. Elizabeth Wong adalah wakil rakyat PKR yang letak jawatan kerana gambar bogel si Mary tu (orang putih, kalau nama Elizabeth, nama panggilan dia jadi Mary sahaja) dah tersebar luas.
Inilah yang membuatkan saya malu hendak mengaku melayu. Kebetulan saya part bugis dan bukan melayu asli.

Seorang wanita Cina telah sudi menaruh kasih kepada jejaka melayu. Fikir senang ke amoi nak beri kasih dan ... pada mamat melayu. Mamat sengkek pulak tu. Kalau amoi jatuh cinta dengan millionaire melayu, mungkin kita kata kerana duit. Ini pembantu peribadi seorang wakil rakyat PKR. Berapa sen sangatlah gaji si Hilmi tu, yang boleh membuatkan si Mary layu di pangkuan melayu.

Bukankah manis kalau budak Hilmi tu ajar Mary tentang Islam. Tunjukkan bagaimana ikhlas dan berintegritinya seorang penganut Islam. Kalau si Mary ajak ringan-ringan, beritahu Mary, jangan, tak baik dan tak manis buat macam tu. Kalau Mary nak londehkan skirt, tarik balik skirt ke pinggang dan beritahu Mary, berdosa make love sebelum ijab kabul.

Lama kelamaan Mary tentu terpegun dengan kecantikkan budi pekerti pemuda Islam lalu dia akan canangkan kepada semua amoi-amoi dan janda cina di Malaysia malahan di People’s Republic of China dan Taiwan supaya memeluk agama Islam dan kahwin dengan lelaki Melayu Malaysia.

Kalau kita berpandangan jauh, akan lahirlah anak-anak MELACI (MelayuCina), akan ujudlah bangsa malaysia dan akan berkembanglah Islam di Malaysia. Budak Hilmi tu betul-betul tolak tuah. Kalau dia berakal, dah lama Mary atau Elizabeth memeluk agama Islam, kahwin dengan Hilmi dan Hilmi akan dapat isteri yang tak bersunat. Woooo ... mak datuk ,,, phheehhh!!!!.

Ini tidak, diajarnya amoi tu telanjang-telanjang, di sexually exploit nya budak cina tu, ambil gambar, belah dan lepas tu sebar gambar bogel amoi tu, yang dibenarkan diambil atas dasar cinta. Inilah yang dinamakan menodai cinta.
Lepas ini saya gerenti, semua amoi dan wanita India yang ada kekasih melayu, akan putuskan hubongan dengan boyfriend melayu masing-masing. Kerana angkara seekor berok Melayu, ranap peluang semua mamat melayu nak kepit amoi. Siapa yang rugi, kita jugak.

UNTUK DIFIKIRKAN OLEH KAUM LELAKI
Anda bukan lelaki kalau guna pujuk rayu dan tipu helah untuk masuk dalam kain seorang wanita. Itu jantan sial namanya.
Anda lelaki sejati kalau wanita yang paksa anda masuk dalam kain dia.


Aku dilamar cinta
Oleh : Aku sendiri. heheh

"cintaku milik siapa?
Adakah aku sudah jatuh cinta?
bagaimana aku perlu menguruskannya?
adakah aku bercinta kerana Cinta?"

Esok aku akan menghadiri forum ini. Forum "Aku dilamar cinta". Ahli panel Ustaz Akli bin Ahmad, dan Ustazah Nor Azlina bt Zakaria. Harap dapat menjawab semua persoalan tentang cinta. InsyaAllah, kalau aku terlapang masa, dan tidak ter"busy", aku akan membuat sedikit ulasan tentang forum ini. Aku akan postkan juga satu entri mengenai hal ini, tapi bila, aku tidak pasti. Takut membuat janji. =)