Dalam kerakusan kerajaan untuk mengejar kemajuan menjelang 2020, maka dengan bengongnya, PPSMI digubal. Kemudian, belayarlah PPSMI di bahtera kehidupan para pelajar, guru-guru, taukeh2 percetakan, dan secara tidak langsungnya dalam semua lapisan masyarakat. Ada yang mengutuk kelahirannya, ada yang mensyukuri kelahirannya (kerana ianya idea "orang pandai??" negara)dan tidak kurang juga ada yang tidak ambil kisah langsung.
Dengan tidak semena-mena, PPSMI yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana kamus (DBP, Oxford, apatah lagi kamus arab!) dibincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat! Kehadirannya umpama kudis (em... kutu pun boleh juga dijadikan analogi. hehehe). Menumpang dan amat membebankan. Tidak ada cara untuk membuang PPSMI ini dalam hidup masyarakat selama lima tahun sejak kelahirannya pada tahun 2003 sehinggalah sekarang kerana PPSMI dilahirkan oleh jentera pentadbiran tertinggi. Akibatnya, PPSMI terus menumpang, membebani dan menghantui. Selama 5 tahun sejak kelahirannya, yang paling parah menerima akibat ialah murid luar bandar. (kenapa? kata nabil, lu pk la sendiri).
Dijadikan cerita, sebenarnya ( -pelaksanaan PPSMI ini) idea "org pandai" untuk mencapai kemajuan itu merupakan sesuatu yang bagus dan pemikiran jauh beliau harus dicontohi dan diteladani. Namun, menukarkan bahasa pengantar pendidikan bukanlah idea yang bijak. Teori mencatatkan bahawa MURID AKAN LEBIH MENGUASAI SESUATU ILMU JIKA ILMU TERSEBUT DIAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA MURID TERSEBUT. Dalam Al-Quran, ayat ke-4 surah Ibrahim : KAMI TIDAK MENGHANTAR SEORANG WAKIL PUN MELAINKAN DENGAN BAHASA KAUMNYA, SUPAYA DIA DAPAT MENYAMPAIKAN PENERANGAN DENGAN JELAS KEPADA MEREKA.
Jadi, siapa kita untuk melanggar firman Allah?. Asas untuk membantah dasar PPSMI ini bukanlah terletak pada harga bahasa Melayu itu sendiri. Itu persoalan sampingan! Memandangkan penggubalan dasar ini kerana ingin mencapai kemajuan menjelang 2020 yang dilihat hanya boleh dicapai melalui penguasaan sains dan teknologi murid, maka sewajarnya kepentingan PENGUASAAN MURID DALAM BIDANG TERSEBUT PERLU DIAMBIL KIRA. Dan dijadikan cerita,
TEORI pendidikan sudah dibentangkan. Tapi biarlah ana ulangi disini "murid akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu ilmu jika ilmu tersebut diajarkan dalam bahasa ibunda murid tersebut". Jadi, bijakkah namanya jika dengan hanya berpegang kepada alasan "“ …jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris..’, justeru tiba2 langkah ini diambil?. "Memandaikan murid berbahasa Inggeris" dengan "memandaikan murid dalam bidang sains dan metamatik dengan menggunakan bahasa Inggeris merupakan dua perkara yang berbeza".
Sejarah juga mencatatkan kebanyakan negara maju lahir dengan menjunjung bahasa ibunda mereka dalam sistem pendidikan mereka. Contoh terdekat, Jepun. Jepun, walaupun belajar teknologi dari barat, namun pada akhirnya, mereka tetap mengeluarkan produk-produk Jepun. Jam Jepun, Kereta jepun, Trak Jepun, TV Jepun dll. Kenapa? Kerana sistem pendidikan mereka tetap mengekalkan budaya Jepun Bahasa Pengantarnya tetap Bahasa Jepun. Jadi, minda mereka tetap berminda Jepun. Mereka tidak akan terikut-ikut dengan minda barat dalam memperkembang ekonomi mereka. Para sarjana mereka belajar teori dari barat dan kemudian mengajarkan teori tersebut menggunakan cara, pendekatan Jepun. Mereka tidaklah kejam dengan mengarahkan murid seawal 7 tahun mempelajari ilmu asing dengan bahasa asing yang sememangnya asing bagi mereka. Tidak! Mereka menerapkan ilmu kepada murid dengan menggunakan bahasa mereka.
Adakah mereka ini mengkaji Al-Quran? Allahu Alam...
Bagaimana dengan "orang pandai" negara kita?? Adakah mereka x mengkaji Al-Quran? Allahu Alam...
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment