Wednesday, February 11, 2009

++Love before marriage++

Semalam aku telah menonton kembali video forum yang bertajuk "Petua Mencari Jodoh" yang dipengerusikan oleh En. Aziz Desa dan ahli panelnya ialah Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Bagi aku, forum tersebut merupakan forum yang sangat menarik. Di samping disajikan dengan perbincangan topik yang menarik, ahli panel juga menyerikan lagi suasana dengan jenaka spontan mereka. Siapa yang tidak mengenali Dr. Fadzillah Kamsah dan juga Dr. Mashitah Ibrahim yang kedua-duanya sering dilihat di kaca TV untuk memberikan ceramah motivasi?. Atas alasan itu, jika ada juga dalam kalangan pembaca yang tidak mengenali kedua-dua hamba Allah ini, maka aku nasihatkan agar kamu menukar taraf kewarganegaraan menjadi warganegara Timor Leste. he..he..

Terdetiknya hati aku untuk menonton kembali video ini kerana ingin mencari jawapan tentang hukum (adakah istilah ini sesuai?) atau lebih elok jika aku menggunakan istilah posisi "bercinta sebelum kahwin" dari perspektif Islam. Setelah mendengar forum yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 11 minit itu, akhirnya aku berkesimpulan bahawa kedua-dua ahli panel tersebut membenarkan fenomena bercinta sebelum kahwin. Aku berkesimpulan begini apabila terdapat seorang penonton bertanya lebih kurang begini:

"adakah bercinta selepas kahwin lebih baik daripada bercinta sebelum kahwin?"

Dan Dr. Fadzillah Kamsah menjawab lebih kurang begini:

"...it's doesn't matter la sebenarnya... Sebenarnya ini merupakan satu perkara yang relatif, sebab masing-masing punya nasib. Ada orang yang kahwin dahulu baru bercinta. Adakah bercinta selepas kahwin better than before? It is not necessary so... banyak juga kes yang saya terima, banyak orang bergaduh sebab tidak ada keserasian. Banyak kes. Dan banyak kes sebegini kebanyakannya sebab berkahwin dahulu baru bercinta. Jadi bagi saya, ia terpulanglah kepada nasib masing-masing..."

Potongan ayat di atas sudah terang menunjukkan bahawa Dr. Fadzillah Kamsah menyetujui dan merestui fenomena bercinta sebelum kahwin. Tapi, betulkah ianya dibenarkan dalam Islam?. Setakat ini, aku tidak menjumpai sepotong hadis dan ayat dari al-Quran yang mengatakan tentang bercinta sebelum kahwin. Mungkin juga ada, tetapi atas kelemahan aku maka aku tidak memahaminya. Atau.... juga disebabkan "ketidakhabisan" aku menelaah hadis-hadis nabi dan firman-firman Allah. Adoi.

Tapi, setakat yang aku tahu, jika sesuatu perkara itu bersifat memudharatkan diri kita dan juga orang lain di sekeliling kita, maka secara automatik perkara tersebut menjadi haram. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang Ummi, mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf (kebaikan) dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka..."~ Surah Al A'raaf : 157)

Jadi, di sini jelas menunjukkan bahawa Allah mengharamkan sesuatu yang buruk. Adakah bercinta sebelum kahwin itu buruk? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu rasional. Aku tidak mengatakan bahawa bercinta sebelum kahwin itu sesuatu yang buruk, tidak baik dan sebagainya. Sebab, ia sebenarnya bergantung pula kepada cara kita menguruskan cinta itu. Ada orang yang bercinta, mereka masih mengekalkan adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti yang telah disyariatkan dalam Islam, tidak berjumpa berdua-duaan,jarang bermesej dan amat jarang pula bergayut di telefon. Tidak dinafikan, memang ada kes-kes bercinta seperti ini. Tapi bilangannya sangat kecil.

Hakikatnya, majoriti dalam kalangan kita yang bercinta hari ini yang telah melupai adab-adab bergaul antara lelaki dan wanita. Ber"dating" berdua-duaan, "girlfriend" membonceng motor "boyfriend", berpegang-pegangan tangan dan sebagainya. Bergayut sampai ke lewat malam itu sudah menjadi rutin. Jadi, dimanakah kebaikannya bercinta sebelum kahwin itu?

Sedih apabila aku melihat kawan dalam kalangan kawan-kawan rapat. Kawan-kawan yang dahulunya ialah pelajar beraliran arab, mengambil subjek Syariah, menghafal Quran dan Sunnah. Kawan-kawan yang dahulunya pastilah sama-sama mempertahankan nilai-nilai Islam. Bersama-sama berjuang memupuk nilai-nilai Islam itu dengan memperlihatkan cara berpakaian yang sopan dan menutup aurat. Tentulah mereka ini lebih memahami hukum-hukum agama.

Namun setakat yang aku kenali, ramai yang telah menggugurkan satu demi satu kebaikan yang ada pada mereka setelah terjebak dalam dunia bercinta. Ada seorang kawan aku, yang aku kenali sebagai wanita yang menutup aurat dengan sempurna pada mulanya. Kemudian, tidak lama selepas aku mengenalinya, tiba-tiba aku mendengar kisah percintaannya. Memang, pada mulanya semuanya masih kekal. Stokin kakinya masih elok terletak, tudungnya masih elok labuh menutup dadanya, bajunya masih elok besar dan tidak memperlihatkan bentuk-bentuk lekuk. Kemudian, tidak lama selepas itu, aku mula mengesan perubahannya. Stokin kakinya sudah tertanggal. Tapi, tudung dan bajunya masih elok terletak. Alhamdulillah... Kemudian, selepas beberapa ketika, aku mengesan lagi perubannya. Bajunya sudah mula mengecil. Aku tidak pasti, adakah dia yang semakin berisi atau bajunya tiba-tiba mengecut. Tapi, yang pastinya, tudungnya masih elok terletak. Labuh menutup auratnya. Kemudian, terbaru aku melihatnya, fesyen tudungnya juga berubah. Fesyen bertudung yang tidak menutup keseluruhan aurat dadanya. Fesyen bertudung masa kini.

Jadi, aku berkesimpulan bahawa setelah bercinta, satu demi satu kebaikan kita akan gugur menyembah kejahilan. Satu demi satu. Dan apabila satu demi satu kebaikan gugur, mahu tidak mahu, "sesuatu" perlu menggantikan tempatnya. Jika dahulu semasa kita berstokin kaki untuk menutup aurat kaki, kita akan berasa malas untuk keluar rumah kerana perlu pula berstokin. Apatah lagi jika hari hujan. Namun, apabila sudah tidak berstokin, maka dengan keadaan apa sekalipun, kita akan keluar rumah. Pendek kata, halangan untuk kita keluar rumah untuk berjumpa kawan itu menjadi semakin kurang. Apatah lagi dengan berkembangnya penggunaan telefon bimbit!. Dengan hanya menghantar mesej yang tidak sampaipun 1 minit, temujanji boleh berlaku. kemudian, diikuti pula dengan pertemuan demi pertemuan untuk mengenal hati budi masing-masing al-kisahnya...

Umum diketahui, Iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam as hingga ke hari kiamat. Jadi, apabila sudah sering berjumpa, dengan "girlfriend" yang memakai baju yang ketat, maka disitulah anak-anak iblis, seperti hasut, bergabung dengan nafsu untuk menumpaskan anak cucu Adam dan Hawa. Dengan berbekalkan iman yang lazim diumpamakan nipisnya sama dengan nipis kulit bawang, maka dengan mudahnya kita terhasut dan akhirnya tersesat dan kemudian terseksa.

Arakian, bersandarkan hakikat ini, maka kita harus sedar diri. Dengan berbekalkan iman yang begitu nipis, mampukah kita menumpaskan bala tentera Iblis yang berkoyan-koyan ramainya itu? Kita tahu bahawa Allah telah menangguhkan kematian bangsa Iblis ini. Jadi, bayangkan betapa ramainya tentera Iblis di alam ghaib sana sedang berusaha memesongkan jalan kita jauh dari jalan Allah. Bukanlah bermaksud kita harus takut kepada mereka, kerana mereka juga hamba Allah. Namun, dengan berbekalkan iman yang begitu nipis, maka sanggupkan kita mempertaruhkannya? Mampukah iman kita itu bertahan dengan godaan syaitan yang pelbagai cara dan datang dari pelbagai arah?

Kita bukanlah hidup di zaman Rasulullah dan para sahabatnya. Yang mana iman mereka seteguh karang di lautan. Kita hidup di zaman ICT, zaman serba moden, zaman serba mudah. Maka, manifestasi daripada kesenangan itu telah melahirkan umat Islam yang lemah. Jika dahulu umat Islam berhadapan dengan dugaan iman secara terang-terangan. Diseksa, dibunuh siapa-siapa yang beragama Islam. Siapa yang tidak mengenali Sumaiyah, wanita yang disula kerana memeluk agama Islam. Bilal bin Rabbah yang dijemur di bawah terik matahari dengan diletakkan batu di atas badannya. Seksa. Namun kita sekarang sedang diserang dan diuji dengan ideologi. Ujian tidak datang secara terang-terangan, namun secara tersembunyi. Syaitan secara senyap menusuk jarum kepada nafsu dan kemudian nafsu secara senyap cuba merosakkan hati. Dan cara yang paling mudah ialah dengan mempengaruhi cucu-cicit Adam ini jatuh cinta. Begitu mudah.

Ungkapan "dari mata jatuh ke hati" sememangnya betul. Sebab itulah Allah mensyariatkan kita untuk menjaga pandangan. ~ iklan.

Sebenarnya, cinta itu tidak salah. Seorang insan yang waras tidak akan menafikan kepentingan cinta. Cinta itu anugerah. Tanpa cinta, maka semua insan akan bermusuhan. Begitu juga dengan "bercinta". Siapa kata bercinta itu salah. Tidak!! Yang bersalahnya ialah kita kerana telah tersalah mengambil pendekatan bercinta.

3 comments:

DH said...

salam....just wanna share my naive opinion here...blh diterima & blh ditolak:)
mengenai hal wanita yang semakin longgar dlm penjagaan aurat dia, bagi aku tu sebenarnya kelemahan wanita itu sendiri...x semestinya sebab dia bercinta dia akhirnya kurang jaga aurat..bagi aku, tu sebenarnya dia sendiri yang x kuat iman...nak nampak cantik...nak menarik seperti orang lain:)
mengenai hal bercinta sebelum kahwin, i can accept it, not a total NO from me...tapi mcm yg u sendiri cakap, tu berbalik lagi dgn mcm mana diorang mengurus cinta...kalau sudah melanggar syariat, niat hanya untuk suka...bagi aku tu membazir masa pasangan tu sendiri walaupun memberi 'kebahagiaan' sementara kepada dia....tetapi kalau pasangan itu bercouple dgn perancangan akan berkahwin x lama lagi, tahu mengawal pergaul, tahu limit...for me its ok la kan...
bak kata pepatah lama: tepuk dada tanya akal...pepatah baru: lu pikir la sendiri :)

Apple said...

Tak salah rasanya jk bercinta sblm kawin. Kebaikannya jelas melalui prospek saling memahami. Juga bercinta itu adlh berkasih (x melibatkan nafsu jahat). Hnya kini shj berkasih itu melibatkan perbuatan yg agak sumbang sedikit lalu merosakkan akidah dsb. Sm seperti sentuh tngn, jk seorang lelaki menyentuh tngn seorang kanak2 pompuan buta melintas jln, disitu tidak ada nafsu jahat terlibat maka ianya adalah elok.
Bukan salah cinta tapi salah manusia itu sendiri. Kebanyakan pompuan bertudung masa kini jadi begitu sebab lalai dalam berkasih, hingga menurut segala kemahuan teman lelaki. Its human again. Sy bersetuju ngan Hurul Aini btw.

Ratu Sulaman said...

==> Hurul...dialu-alukan untuk mengemukakan pendapat. hehe..

"mengenai hal wanita yang semakin longgar dlm penjagaan aurat dia, bagi aku tu sebenarnya kelemahan wanita itu sendiri...x semestinya sebab dia bercinta dia akhirnya kurang jaga aurat..bagi aku, tu sebenarnya dia sendiri yang x kuat iman...nak nampak cantik...nak menarik seperti orang lain:)"

==> Sememangnya kerana kelemahannya. Kerana ingin kelihatan cantik dan menarik kemudian sanggup membuang jauh hukum wajib menutup aurat. Kenapa dia ingin kelihatan cantik dan menarik? Sebab dia ingin menarik perhatian org lain. Siapa? Mungkin juga BF atau orang yang dia minati dsb. maaf kerana menyempitkan skop "sebab" yang mendorong gejala semakin longgar menutup aurat ini kerana bagi ana, ini ialah sebab yang dominan.

Ryu,

"Tak salah rasanya jk bercinta sblm kawin."

==> Entah la Ryu.

"Juga bercinta itu adlh berkasih (x melibatkan nafsu jahat)"

==> Macammana untuk tidak melibatkan nafsu jahat tu Ryu? Dengan berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ini, rasanya bolehkah mengawal nafsu jahat tu untuk mengikut waras akal?. Bolehkah rasanya menjadi benteng menahan panahan-panahan syaitan yang menyerang dari pelbagai arah dan menggunakan bermacam-macam cara?

"Hnya kini shj berkasih itu melibatkan perbuatan yg agak sumbang sedikit lalu merosakkan akidah dsb."

==>Bukan sedikit Ryu. Perbuatan sumbang tu sudah berada pada tahap parah. Jika kita hidup pada zaman nabi dahulu, mungkin sudah lama gunung-gunung, pulau-pulau diterbalikkan untuk menghempap kita yang banyak dosa ni sebab Kemurkaan Allah kepada dosa-dosa yang kita lakukan. Tapi, Allah telah menangguhkan azab untuk umat nabi Muhammad ini. Jadi, hiduplah kita pada hari ini dengan bersenang-lenang, bergelumang dosa...
Tapi, kenapa berlaku Tsunami? Maka, kita harus mula berfikir tahap kemurkaan Allah itu kepada kita sudah berada pada tahap mana. Allahu Alam...

"Sm seperti sentuh tngn, jk seorang lelaki menyentuh tngn seorang kanak2 pompuan buta melintas jln, disitu tidak ada nafsu jahat terlibat maka ianya adalah elok."

==> "Menolong anak orang" dan "bercinta dengan anak orang" tidak sama Ryu..

Menolong orang melibatkan simpati, simpati melahirkan kasihan, kasihan mencetuskan keinsafan, keinsafan membawa kita mengingati Allah, mengingati Allah itu adalah zikir, maka siapa yang berzikir kepada Allah, maka Allah akan melimpahkan rahmatnya.

Bercinta dengan anak orang melibatkan nafsu. Nafsu berkawan dengan Syaitan. Syaitan ialah musuh iman.

"Bukan salah cinta tapi salah manusia itu sendiri. Kebanyakan pompuan bertudung masa kini jadi begitu sebab lalai dalam berkasih, hingga menurut segala kemahuan teman lelaki. Its human again."

==> Betul3!!

Ini juga pandangan ana saja, boleh ditolak dan diterima. =)

Jazakallah Khair...