Monday, March 23, 2009

sungguh benar kata-kata ini

Pada entri yang lalu, aku ada mengepos entri yang mengandungi kata-kata "jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya". Sangat benar kata-kata ini. Hari ini, aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa tidak lama dahulu, aku telah memulakan satu langkah dengan terburu-buru tanpa memikirkan implikasinya. Satu langkah yang sedang menjerat leher aku sendiri. Satu langkah yang secara senyap membuang jauh diri aku jauh dari jalan hidup aku yang sebenar. Aku seperti tersesat di jalan hidup aku sendiri. Oh!! alangkah malangnya.

Aku tidak ingin menyalahkan orang yang telah melibatkan aku secara langsung dengan keputusan memulakan langkah itu. Tidak!! Sebab, aku sedar dengan sesungguhnya bahawa orang lain tidak akan dapat mempengaruhi diri kita jika kita sendiri tidak membenarkan ianya berlaku. Jadi, dalam hal ini, aku mengaku dengan sesungguhnya bahawa aku yang bersalah secara total. Aku tidak ingin meletakkan beban dosa ke atas orang lain. Aku tidak berhak meletakkan kesalahan yang aku sendiri lakukan ke atas bahu orang lain. Aku amat sedar bahawa aku yang bersalah. Jadi, jika insan yang terlibat bersama aku semasa memulakan langkah itu terbaca entri ini, maka jangan risau, aku tidak pernah menyalahkan kamu ke atas apa yang telah berlaku.

Satu waktu dahulu, aku amat menyesal memulakan langkah ini, namun, rasa menyesal ini ditelan sedikit demi sedikit oleh propaganda fitnah. Kemudian, aku terus bersenang-lenang. Tetapi, hari ini, aku rasa benar-benar menyesal. Sepanjang perjalanan itu, aku seperti telah kehilangan diri aku sendiri. Aku menjadi seperti orang lain. Aku bukan aku yang dulu.

benarlah, jika ada langkah prtama, maka PASTI akan ada langkah seterusnya! jangan sesekali memulakan langkah jika kita tidak pasti, apa yang akan kita lakukan pada langkah seterusnya! Jangan! Sebab, implikasinya bukan sahaja ke atas kita, tetapi ianya juga akan mempengaruhi orang lain di sekekliling kita. Rupa-rupanya, kita bukanlah apa yang kita fikirkan, tetapi sebenarnya kita adalah seperti apa yang telah ALLAH rencanakan. Allahualam...

"Jika ini takdirMU, aku redha ya Allah... Namun, sukakanlah hatiku dengan ketentuanMU ini ya ALLAH... ameen..."

2 comments:

DH said...

salam...
kenapa ni?...
hehe...neway, i wish u all the best..you hv the strength to change what you wanna change, so do it :)

Ratu Sulaman said...

Ujian yang datang dan pergi,
tanda sayang Allah kepada hambaNya
Aku amat bersyukur dengan ujian ini
Hanya yang aku pinta, semoga aku terus kuat menghadapi ujian ini.
Semoga aku tidak hanyut digamit rasa tidak bersyukur dengan ketentuan Allah ini. Semoga aku dapat mencari jalanku kembali. Aku ingin kembali. Kembali seperti dahulu. Cuma, aku hanya perlukan sedikit lagi kekuatan. Kekuatan untuk aku berjuang lari dari kemelut masalah yang tidak bernoktah ini. Ya! aku perlu lari. Aku tahu melarikan diri dari masalah bukanlah satu tindakan yang rasional, namun kadang-kadang akan menimbulkn lebih banyak persoalan dan tanda tanya, namun aku sudah penat. Penat dengan perosalan-persoalan yang belum terjawab. Biarlah. Biarlah masa yang menjawab segala persoalan ini. Jika ini takdirNya, maka aku redha.

Hurul,
thanks.=)