Monday, September 07, 2009

Sabar ya Bi...

Hanya beberapa minggu lagi. Sabar ya... segala-galanya akan selesai...InsyaAllah...mungkin, apabila sudah tidak bertemu muka, apabila sudah tidak berbalas bicara, apabila sudah tidak berkongsi cerita. Kau akan mampu menghadapinya. InsyaAllah...

Bukan tidak pernah kau menghadapi kesulitan seperti ini. Dulu, apabila kau diuji begini, kau juga menyerahkan jalan penyelesaiannya kepada masa. bukan begitu?. Jadi, mungkin kali ini, masa juga dapat menyelesaikan masalah ini. Memang, kau kata, kau perlukannya, kau mahukannya. Namun, ingatlah! Allah pasti ada perancangan yang lebih hebat lagi. Bersabar sajalah. Jika betul itu takdirnya, pasti Allah akan memberikannya juga. Tapi, mungkin bukan sekarang kerana Allah lebih tahu, bila masanya DIA perlu memberikannya.

Kepada kawan-kawan...

Yang pernah aku sakiti tanpa sengaja, maafkan aku. Aku juga manusia biasa. Percayalah, aku bukan siapa-siapa. Aku juga punya jiwa. Aku juga punya rasa. Jangan anggap aku sebagai wanita sakti yang terlepas daripada mainan jiwa. Mungkin juga aku terlalu angkuh ketika itu. Beranggapan aku akan terlepas daripada ujian ini. Tapi, benarlah kata seorang sahabat nabi, "Kamu akan diuji dengan apa yang kamu bicarakan". Sungguh benar kata-kata itu.

No comments: