InsyaAllah...kurang 2 minggu lagi, kita umat islam akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri...apa perasaan kau?
Apabila diimbas kembali kira-kira 17 kali (ini jumlah hari raya berdasarkan kesudah fahaman aku tentang hari raya la....) begitu banyak pengalaman, suka duka hari raya yang telah aku tempuhi. Tapi, kalau aku ceritakan berdasarkan tahun demi tahun, alamatnya, sampai ke esok aku mengarang. Jadi, biarlah aku ceritakan pengalaman hari raya aku berdasarkan tahun yang aku ingat dan sedikit berkesan di hati aku ni... eheks!!
Hari raya tahun 2005 merupakan hari raya pertama aku berpeluang berhari raya besama kawan-kawan dan juga raya terakhir aku beraya sebagai seorang anak kepada seorang ibu. Entah macammana, tiba-tiba kawan-kawan sekelas mengajak aku untuk beraya bersama-sama mereka, berkonvoi dari rumah ke rumah menggunakan van salah seorang kawan kami. Memang best la masa tu. hehe..
Bayangkan, perjalanan dari pagi sampai ke petang. Yang teruknya, safrin la, sebab dia yang terpaksa drive dan sebenarnya, aku xtau siapa yang sponsor minyak, sebab aku memang sah2 hanya menjadi liabiliti dalam van tu. Turun dari kereta dengan selamba badak hanya mengucapkan terima kasih. hahaha... sorry la kawan, nanti2 aku da kaya, aku pula sewa bas untuk anak-anak kau beraya.
Dan tahun itu juga merupakan tahun terakhir aku berpeluang berhari raya bersama-sama mak aku...(al fatihah, semoga ruhnya dicucuri rahmat...amin..)
Hari raya tahun 2006, hari raya pertama aku sebagai pelajar dan inilah pengalaman raya yang paling mengecewakan di abad ini. Memandangkan masih tahun pertama dan masih bengong-bengong lagi, jadi aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana hari raya pada tahun itu. Tapi, aku bertekad tidak akan cuba untuk tidak balik kampung untuk hari raya berikutnya. Sungguh! Bayangkan, hari raya pertama, aku dan kawan-kawan bangun pukul 10 pagi. Aku memang "cuti umum" waktu itu, jadi tidaklah merancang untuk bangun awal pergi ke masjid solat sunat hari raya. Apabila kami bangun, solat sunat hari raya sudah berakhir dan suasana menjadi kembali normal. seperti tidak ada apa-apa yang berlaku pada waktu itu. Sungguh! Dan akibat hari raya, semua gerai makanan ditutup. Jadi, akhirnya, pada hari raya pertama, kami beramai-ramai menjamu mee segera sahaja. Sedihnya....
Hari raya tahun 2007 pula, apabila aku sudah pandai menjaga diri sendiri, maka aku dan kazen balik berhari raya di rumah abang aku di Melaka.... Namun, oleh kerana kami tidak mempunyai ramai saudara mara di sini, dan kawan-kawan abang aku pun balik berhari raya di kampung halaman masing-masing, jadi hari raya pada tahun itu juga kurang meriah. Tapi, suasananya baik sedikit daripada hari raya tahun 2006 laa... sekurang-kurangnya, aku tidaklah makan mee segera pada hari raya pertama.. hahaha
Hari raya tahun 2008 juga aku balik ke Melaka (dah situ ja tempat yang aku boleh pergi..adeiii.) Hari raya pertama lagi, kami sekeluarga tidak pergi berhari raya, tetapi sebaliknya ke gunung ledang. Bermandi manda. Haha. Entah la macammana abang aku boleh terfikir untuk ke situ pula pada pagi hari raya aidil fitri, aku pun x faham. dan mungkin x akan faham perangai pelik abang aku tu walaupun sampai ke mellinium hadapan. hahaha
dan kesimpulannya, 3 tahun aku berhari raya di sini, 3 tahun itu jugalah, aku berhadapan dengan suasana raya yang tidak best. huuh..
Mudah2an, raya tahun ni menjanjikan kebahagian kepada kita semua.... Salam Aidil fitri.. Maafkan segala salah dan silap yang pernah aku lakukan pada kau selama ini. Mari kita mulakan hidup baru.
"kemaafan merupakan titik permulaan untuk menjalani sebuah kehidupan yang lebih bahagia"
Siapa musuh utama kita?
3 days ago