Showing posts with label Isu Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Bahasa. Show all posts

Sunday, January 25, 2009

Tong Hua by Guang Liang

Dalam era globalisasi ini, kebolehan berbahasa lebih daripada satu bahasa (multilingual) dalam diri seseorang individu merupakan satu anugerah. Apatah lagi jika bahasa yang dikuasai itu ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Sepanyol, Korea dan jepun!. Namun, mempelajari bahasa tidak semudah mempelajari ilmu lain misalnya ilmu sains.

Keperluan mempelajari sesuatu ilmu selain daripada bahasa ialah hanya pengajar dan pelajar tersebut perlu mahir menggunakan bahasa. Bermakna, Jika guru dan murid tersebut mahir berbahasa Melayu, maka seharusnya sesuatu ilmu itu perlu diajarkan dalam bahasa yang telah sedia mereka kuasai bagi memudahkan "yang mengajar" mudah memahamkan ilmu "kepada yang diajar". Namun entri ini bukanlah mengulas isu PPSMI, tapi lebih kepada kesedaran mempelajari lebih daripada satu bahasa untuk diri ana. Namun, menyedari bukan mudah mempelajari bahasa, maka kita perlu kreatif. Oleh itu, ana, dalam usaha mempelajari bahasa mandarin, maka ana sekarang ini berjinak-jinak dengan lagu mandarin. hahaha..

Jom belajar bahasa mandarin

Wang le you duo jiu
Zai mei ting dao ni
Dui wo shuo ni zui ai de gu shi
Wo xiang le hen jiu
Wo kai shi huang le
Shi bu shi wo you zuo cuo le shen me

#
Ni ku zhao dui wo shuo
Tong hua li du shi pian ren de
Wo bu ke neng shi ni de wang zi
Ye xu ni bu hui dong
Cong ni shuo ai wo yi hou
Wo de tian kong xing xing dou liang le

*
Wo yuan bian cheng tong hua li
Ni ai de na ge tian shi
Zhang kai shuang shou
Bian cheng chi bang shou hu ni
Ni yao xiang xin
Xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Xin fu he kuai le shi jie ju

Repeat # and *

Wo yao bian cheng tong hua li
Ni ai de na ge tian shi
Zhang kai shuang shou
Bian cheng chi bang shou hu ni
Ni yao xiang xin
Xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Xin fu he kuai le shi jie ju

Wo hui bian cheng tong hua li
Ni ai de na ge tian shi
Zhang kai shuang shou
Bian cheng chi bang shou hu ni
Ni yao xiang xin
Xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Xin fu he kuai le shi jie ju

Yi qi xie wo men de jie ju

Ekceli ana x faham pun menatang apa maksud lirik lagu ni. Adeh! cmne nak pandai bahasa mandarin nih? nati la ana try tanya chinese coursemate ana. InsyaAllah...

Friday, January 23, 2009

Sejenak tentang PPSMI

Dalam kerakusan kerajaan untuk mengejar kemajuan menjelang 2020, maka dengan bengongnya, PPSMI digubal. Kemudian, belayarlah PPSMI di bahtera kehidupan para pelajar, guru-guru, taukeh2 percetakan, dan secara tidak langsungnya dalam semua lapisan masyarakat. Ada yang mengutuk kelahirannya, ada yang mensyukuri kelahirannya (kerana ianya idea "orang pandai??" negara)dan tidak kurang juga ada yang tidak ambil kisah langsung.

Dengan tidak semena-mena, PPSMI yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana kamus (DBP, Oxford, apatah lagi kamus arab!) dibincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat! Kehadirannya umpama kudis (em... kutu pun boleh juga dijadikan analogi. hehehe). Menumpang dan amat membebankan. Tidak ada cara untuk membuang PPSMI ini dalam hidup masyarakat selama lima tahun sejak kelahirannya pada tahun 2003 sehinggalah sekarang kerana PPSMI dilahirkan oleh jentera pentadbiran tertinggi. Akibatnya, PPSMI terus menumpang, membebani dan menghantui. Selama 5 tahun sejak kelahirannya, yang paling parah menerima akibat ialah murid luar bandar. (kenapa? kata nabil, lu pk la sendiri).

Dijadikan cerita, sebenarnya ( -pelaksanaan PPSMI ini) idea "org pandai" untuk mencapai kemajuan itu merupakan sesuatu yang bagus dan pemikiran jauh beliau harus dicontohi dan diteladani. Namun, menukarkan bahasa pengantar pendidikan bukanlah idea yang bijak. Teori mencatatkan bahawa MURID AKAN LEBIH MENGUASAI SESUATU ILMU JIKA ILMU TERSEBUT DIAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA MURID TERSEBUT. Dalam Al-Quran, ayat ke-4 surah Ibrahim : KAMI TIDAK MENGHANTAR SEORANG WAKIL PUN MELAINKAN DENGAN BAHASA KAUMNYA, SUPAYA DIA DAPAT MENYAMPAIKAN PENERANGAN DENGAN JELAS KEPADA MEREKA.

Jadi, siapa kita untuk melanggar firman Allah?. Asas untuk membantah dasar PPSMI ini bukanlah terletak pada harga bahasa Melayu itu sendiri. Itu persoalan sampingan! Memandangkan penggubalan dasar ini kerana ingin mencapai kemajuan menjelang 2020 yang dilihat hanya boleh dicapai melalui penguasaan sains dan teknologi murid, maka sewajarnya kepentingan PENGUASAAN MURID DALAM BIDANG TERSEBUT PERLU DIAMBIL KIRA. Dan dijadikan cerita,

TEORI pendidikan sudah dibentangkan. Tapi biarlah ana ulangi disini "murid akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu ilmu jika ilmu tersebut diajarkan dalam bahasa ibunda murid tersebut". Jadi, bijakkah namanya jika dengan hanya berpegang kepada alasan "“ …jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris..’, justeru tiba2 langkah ini diambil?. "Memandaikan murid berbahasa Inggeris" dengan "memandaikan murid dalam bidang sains dan metamatik dengan menggunakan bahasa Inggeris merupakan dua perkara yang berbeza".

Sejarah juga mencatatkan kebanyakan negara maju lahir dengan menjunjung bahasa ibunda mereka dalam sistem pendidikan mereka. Contoh terdekat, Jepun. Jepun, walaupun belajar teknologi dari barat, namun pada akhirnya, mereka tetap mengeluarkan produk-produk Jepun. Jam Jepun, Kereta jepun, Trak Jepun, TV Jepun dll. Kenapa? Kerana sistem pendidikan mereka tetap mengekalkan budaya Jepun Bahasa Pengantarnya tetap Bahasa Jepun. Jadi, minda mereka tetap berminda Jepun. Mereka tidak akan terikut-ikut dengan minda barat dalam memperkembang ekonomi mereka. Para sarjana mereka belajar teori dari barat dan kemudian mengajarkan teori tersebut menggunakan cara, pendekatan Jepun. Mereka tidaklah kejam dengan mengarahkan murid seawal 7 tahun mempelajari ilmu asing dengan bahasa asing yang sememangnya asing bagi mereka. Tidak! Mereka menerapkan ilmu kepada murid dengan menggunakan bahasa mereka.

Adakah mereka ini mengkaji Al-Quran? Allahu Alam...
Bagaimana dengan "orang pandai" negara kita?? Adakah mereka x mengkaji Al-Quran? Allahu Alam...

Tuesday, January 13, 2009

Bahayanya jika "mencari pasal" dengan ahli-ahli akademik

Tindakan undang-undang terhadap Kerajaan mengenai PPSMI

Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Setiausaha II Gapena melaporkan bahawa Gapena sudah mengadakan perbincangan dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Malaysia berhubung dengan pelaksanaan PPSMI, kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan ini dibuat akibat kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan mengenai PPSMI sebelum 31 Disember 2008.

Di samping itu, beliau juga menyatakan Gapena sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia bagi mengadakan pertemuan, dan sedang menunggu maklum balas daripada mereka.


Tahniah GAPENA.

Inilah akibatnya apabila "orang pandai" dengan "orang pandai" berperang. Ana harap, janganlah berlaku ketidakadilan dalam perang ini. Kedua-dua pihak harus rasional.
Tapi, pada ana lah... baik dimansuhkan saja dasar ini. Bukan apa, terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan jika ingin memandaikan anak-anak bangsa kita berbahasa Inggeris. Jadi, kenapa memilih jalan yang sudah ternyata salah dan dilihat "memperlekehkan" bahasa ibunda sendiri?.

Seperti kata Prof Awang Sariyan, orang arab dulu "dalam usaha mereka mendapatkan ilmu" mereka (orang-orang yang bertanggungjawab mendapatkan dan mempelajari itu) sahaja yang perlu belajar bahasa ilmu tersebut, dan barulah pula mereka menterjemahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka dengan tujuan mengembangkan ilmu tersebut kepada anak bangsa. Bukannya PARA PELAJAR YANG BERUMUR SEAWAL 7 TAHUN MEMPELAJARI ILMU YANG ASING BAGI MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA ASING".


Sunday, January 11, 2009

Perang dan mangsa perang

Ana sedih mendengar dan melihat apa yang sedang berlaku di palestin sekarang. Betapa kejamnya orang yahudi itu memperlakukan orang-orang arab di palestin. Betapa tidak berperikemanusiaannya dan betapa biadapnya mereka!

Betullah, apabila hati telah buta dengan keindahan dunia, lantas manusia akan rela melakukan apa saja untuk membeli dunia, tanpa sedar telah menempah tiket ke neraka jahannam dan sekaligus menggadaikan tiket ke Syurga. Naudzubillah. Janganlah KAU biarkan aku, keluargaku dan generasi selepasku nanti menjadi golongan yang bodoh seperti ni ya Allah.

Kemudian, dalam hebatnya perang yang berlaku di Asia Barat itu, rupa-rupanya pemimpin dan golongan pencinta bahasa Melayu negara kita juga sedang hebat berperang. Perang fahaman. Perang yang berkait dengan dasar PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang telah digubal 5 tahun dahulu. Masing-masing bercakaran mempertahankan hujah masing-masing. Dan tentulah yang menang hujahnya ialah para Pencinta Bahasa Melayu yang sememangnya telah memperlihatkan hujah yang kukuh, konkrit dan berpaksikan rasional. Pemimpin yang bertanggungjawab menggubal dasar PPSMI itu pula hanya mampu berkata "tunggu..", "Kita ada masa kerana apa juga keputusan hanya boleh dilaksanakan tahun depan. Saya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan pelbagai pihak berkenaan". Seperti kehilangan modal mempertahankan pendirian kerana sememangnya telah terbukti "dasar bodoh yang telah mereka gubal dan telah dilaksanakan selama 5 tahun itu sia-sia sahaja".

Justeru, bagaimana untuk menanggapi perkara ini?. Sudah terang lagi bersuluh keputusan mengubah dasar PPSMI pada tahun 2003 itu bukan berpaksikan kepada rasional, tetapi telah dipengaruhi oleh ketaksuban pihak atasan untuk mencapai kemajuan dengan menggunakan jalan singkat yang penuh onak dan akhirnya membawa ke jalan buntu. Yang menjadi mangsa keadaan ialah para pelajar luar bandar. Bukan mereka, tetapi para pelajar luar bandar!. Sedang mereka bergembira dengan kehidupan mewah mereka, mereka lupa terdapat ramai murid lepasan UPSR luar bandar acuan PPSMI sana menangisi nasib diri kerana mendapat keputusan yang jauh meleset daripada apa yang dijangkakan.

Walaubagaimanapun bentuk perangnya, kesudahannya tetap sama : Yang terkorbannya ialah mereka yang tidak berdosa.