Sebuah novel yang telah membejatkan kewarasan akal ana pada hari ini. Sebuah karya Ramlee Awang Murshid yang telah berjaya meletakkan waras ana di antara logik dan mistik, antara sedar dan khayal dan antara asyik dan penat. haha
"Ekceli" sudah lama buku ini diterbitkan pada 16 jun 2008... tapi ana baru berpeluang membacanya hari ini?( di tengah2 kesibukan menyiapkan laporan??. haha). Adoi... sepagi dan sepetang dan separuh malam juga la ana menghabiskan novel setebal 511 halaman itu. Alahai la... Nasib jalan cerita, teknik penceritaan dan juga kesudahannya memuaskan hati (tapi, kalau sudah dari awal teknik penceritaannya boring, biasanya ana akan tutup buku awal-awal). Tapi, sejarah membuktikan bahawa karya Ramlee Awang Murshid memang tidak akan mengecewakan. Sekurang-kurangnya setakat ini la.... Tapi, ana harap Ramlee akan terus berjaya. Huhu....
Banyak ilmu baru yang boleh diperoleh dari novel ini. Bezanya karya Ramlee dengan karya novelis lain ialah karya Ramlee banyak membuat penghuraian cerita berdasarkan fakta. Misalnya, dalam novel ini, beliau telah mengaitkan halusinasi yang disebabkan tindak balas pendebungaan. Dan banyak lagi la... Sekurang-kurangnya, selain dibentangkan dengan idea penulis, pembaca juga berpeluang mencedok ilmu berdasarkan fakta sebenar... dan ana nampak usaha yang gigih dan jitu yang dilakukan oleh Ramlee untuk menghasilkan sebuah novel yang berkualiti.
Ramlee juga bijak bermain dengan unsur mistik dalam novel ini. Dan kemudian, mistik itu pula dilogikkan pada akhir cerita dengan penerangan saintifik. Misalnya dalam novel ini, kisah pembunuhan di sebuah vila yang pada mulanya dianggap berlaku kerana puaka? dan hantu rupa-rupanya disebabkan oleh tindak balas Ungu Karmila (sejenis bunga kacukan bunga Ros dengan bunga liar dari hutan yang kononnya dijaga oleh satu semangat hutan). Proses pendebungaan menyebabkan sfora memenuhi udara. Sfora itu pula jika disedut akan menghasilkan halusinasi.
Maksudnya, apabila seseorang terhidu udara yang dipenuhi debu bunga itu, seseorang itu akan berhalusinasi-menganggap apa yang difikirkannya sebagai benar. Jadi, dijadikan cerita, oleh kerana terpengaruh dengan mitos mengatakan vila tersebut berpuaka, maka mereka sering memikirkan hantu, dan apabila berhalusinasi, mereka akan menganggap hantu itu benar2 wujud. Begitulah lebih kurang yang ana faham.. hehehe. Tapi, ianya merupakan satu lagi idea bernas yang berjaya menarik minat ana sampai membaca dalam pelbagai posisi hari ini (baring, duduk, terlentang, tiarap semua sudah. "so tired but can't stop till the very end". Adoi....
Syabas RAM.
Keep up the good work!! hehehe
Kenapa ada suami MANJA?
3 weeks ago

