Showing posts with label Aku dan Diriku. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Diriku. Show all posts

Monday, September 07, 2009

Sabar ya Bi...

Hanya beberapa minggu lagi. Sabar ya... segala-galanya akan selesai...InsyaAllah...mungkin, apabila sudah tidak bertemu muka, apabila sudah tidak berbalas bicara, apabila sudah tidak berkongsi cerita. Kau akan mampu menghadapinya. InsyaAllah...

Bukan tidak pernah kau menghadapi kesulitan seperti ini. Dulu, apabila kau diuji begini, kau juga menyerahkan jalan penyelesaiannya kepada masa. bukan begitu?. Jadi, mungkin kali ini, masa juga dapat menyelesaikan masalah ini. Memang, kau kata, kau perlukannya, kau mahukannya. Namun, ingatlah! Allah pasti ada perancangan yang lebih hebat lagi. Bersabar sajalah. Jika betul itu takdirnya, pasti Allah akan memberikannya juga. Tapi, mungkin bukan sekarang kerana Allah lebih tahu, bila masanya DIA perlu memberikannya.

Kepada kawan-kawan...

Yang pernah aku sakiti tanpa sengaja, maafkan aku. Aku juga manusia biasa. Percayalah, aku bukan siapa-siapa. Aku juga punya jiwa. Aku juga punya rasa. Jangan anggap aku sebagai wanita sakti yang terlepas daripada mainan jiwa. Mungkin juga aku terlalu angkuh ketika itu. Beranggapan aku akan terlepas daripada ujian ini. Tapi, benarlah kata seorang sahabat nabi, "Kamu akan diuji dengan apa yang kamu bicarakan". Sungguh benar kata-kata itu.

Tuesday, August 04, 2009

Lewat ini

"kemaafan ialah titik permulaan kita untuk terus hidup".~ iklan~

Hurm... apa ya? aku pun x tahu apa yang aku rasa sekarang. Apa yang perlu aku luahkan sekarang. Tapi, aku tahu, aku perlu meluahkan sesuatu. Tapi apa?. Kekesalan?. Kegembiraan?. Kesedihan?. Entah. Seperti yang aku katakan tadi, AKU SENDIRI TIDAK PASTI, AKU PERLU BEREAKSI BAGAIMANA UNTUK PERKARA YANG BERLAKU KE ATAS AKU SEKARANG INI.

ooh!

Allah berfirman yg bermaksud "sesungguhnya, RahmatKU melebihi KemarahanKU".

Tuesday, July 28, 2009

Nur Kasih dan aku

Salam...erm.. walaupun aku bz tahap sidratul muntaha skg ni, tapi oleh sebab desakan diri aku sendiri (haha), maka aku pun menulis di sini...

Semua orang tahu cerita nur kasih yg disiarkan di TV 3, setiap hari jumaat ni, aku pasti tentang itu sebab cerita yang berunsur islamik ini sangat "hot" sekarang. Aku, walaupun suka cerita ni, tapi percaya atau x kalau aku katakan aku hanya pernah menonton beberapa episod cerita ini... 2 episod di rumah dan apabila balik ke sini, aku suda tidak dapat mengkuti drama yg best ni.. =( sebab aku malas bersesak-sesak di bilik tayangan sambil mendengar ulasan para penonton yang ramai ketika iklan.. huuh..

Tapi... heheh...thanks to peminat nur kasih yang telah memuat naik drama ini episod by episod di youtube...itu pun bukan aku yang download...sebab hotspot block the URL ma... alahai...kawan aku yang tolong download, sebab dia tahu cara masuk dan download video dari youtube guna KAMPUShotspot aku ni juga... macammana caranya, aku tak tau la...tapi apa yang pasti, secara haram la.. hahaha... ada juga kawan kepada kawan dia ajar aku tempoh hari, dan aku da pernah try, tapi sebab mungkin Allah tak nak aku buat jahat lagi, jadi, laptop aku pun pura-pura lembab (kononnya, padahal memang lembab macam siput sesat pun laptop aku ni, da tahap kronik...alahai..) dan tidak dapat la aku men"dajal" download apa dari youtube... hurm...

Sepanjang minggu ni juga, aku berada dalam ke"confuse"an yang teramat. Ok. Cuba kau baca dengan teliti situasi ini. Ini masalah kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku la...Ada insan A, B, C... B kata dia pernah "kapel" dengan A, tapi bila C tanya A, A kata, dia tak pernah? kapel dengan B. C pun confuse... tapi, C kata, dia tak kisah kalau pun, A pernah kapel dengan B... itu sejarah... semua orang ada sejarah. Dan hakikat sejarah, tidak dapat diubah lagi, walaupun kita meraung, menangis air mata darah sambil hentak-hentak kaki mahu sejarah berubah. Tapi, soalnya di sini, kenapa perlu ada dua cerita untuk sejarah yang sama? Adakah B salah faham? atau A yang erm... bahasa yang lebih sopan ialah...."terlebih baik sehingga A salah faham? atau apa? Jadi, kalau kes B merupakan salah faham, adakah kes A dengan C juga merupakan salah faham? Tak cukup complicated lagi ke tu? huuh.. otak aku yang pandai ni pun boleh jam. Apatah lagi berfikir dengan keadaan batuk yang melelahkan ini. Alahai... wahai batuk ku... pergilah kau dari hidupku... aku sudah penat membawa engkau ke sana dan ke sini... huuh...( batuk lagi)

Ni lirik lagu nur kasih yang aku culik dari blog orang.. haha.. sorry lupa ambil link. Apapun...layan....

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Monday, July 13, 2009

Aku penat!

Aku penat. Hanya itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan aku detik dan saat ini. 3 hari yang lepas, aku mengambil keputusan drastik untuk balik ke Port Dickson. Perjalanan yang cukup panjang dan memenatkan. Dari Penang ke KL kemudian sampai ke PD lebih kurang pukul 11 malam. Esoknya, pergi lagi ke Sg. Buloh, menjemput adik aku, jalan2 lagi ke Putrajaya kemudian balik ke PD lagi. Kemudian barulah kembali ke Penang... Perjalanan yang sangat memenatkan. Sebab aku balik, biarlah aku simpan sendiri...hal keluarga. huhu...

Kemudian, hari ini, aku meneruskan kuliah seperti biasa dan sekarang ni, aku sebenarnya baru lepas dari mencari-cari maklumat tentang tajuk tugasan.... tentang konsep "Satu Malaysia". Kau tau apa yang aku jumpa? blog2 yang ditulis dan dikomen oleh orang-orang yang sudah gila. Mencarut ntah apa2... aku penat membaca!!

Penat!!

Thursday, July 02, 2009

apa-apa aja lah...

salam semua...
Seperti mana kau merindui aku, ketahuilah bahawa aku juga merindui blog aku ni. hekhekhek. "apa-apa aja lah, yang penting bahagia". Ya ka?

Thursday, April 30, 2009

Semakin

"Semakin aku fikirkan, terasa ia semakin menyesakkan. Sungguh!"

Aku terpana apabila terbaca satu kata-kata. "Kamu akan diuji dengan apa yang kamu bicarakan". Kadang-kadang, apabila akal jahatku datang, aku mula berfikir ingin hidup di "zon selesa". Mula berfikir untuk menyerahkan sahaja tugas "ini" kepada mereka yang lebih layak. Pengetahuanku sendiri belum cukup luas dan pertahanan aku sendiri belum cukup ampuh untuk menangkis sebarang ujian.

Namun, jika aku terus berfikiran begini, dan sepuluh, atau seratus, atau seribu, atau sejuta lagi umat Islam juga berfikiran seperti aku, ingin hidup di "zon selesa" atau dalam erti kata lain, berfikiran ==>"lantaklah apa nak jadi kepada kau nanti!", mencari kebenaran dan apabila telah menjumpainya, kemudian menyimpannya hanya untuk kesejahteraan diri sendiri, jadi siapa lagi yang boleh diharapkan?

Aku sedih apabila ramai dalam kalangan mereka yang telah "disuapkan" dengan kebenaran, tetapi sengaja menolaknya kerana tidak sanggup menelan "kepahitan" yang bakal dirasai. Di sini, aku ingin kongsikan satu kata-kata khusus untuk kau dan aku iaitu "TERIMALAH KEBENARAN WALAUPUN PAHIT". Namun, aku lagi sedih apabila lebih ramai dalam kalangan kita yang telah "menelan" kebenaran itu, namun, marah kepada orang lain yang ingin "menyuapkan" kebenaran itu kepada mereka yang belum menemui kebenaran. Atau, berasa tidak senang apabila dinasihati. Sebab apa? Sebab merasakan, agama ini milik ustaz dan ustazah sahaja. Jadi aku dan mereka yang bukan ustaz dan ustazah tidak layak memberi pandangan.

Tapi, rasanya, aku boleh berlapang dada dan lega selepas ini kerana, rasanya, aku telah menjalankan tanggungjawab wajib aku sebagai khalifah di bumi ini. Kini, hanya tinggal, kau gunakan akalmu yang waras, untuk menilai sama ada menerima atau tidak.

Monday, April 27, 2009

Sesi membayar hutang TAG. huhu~

1.Nyatakan usia blog anda
==> 8 bulan. Alhamdulillah... x sangka. hihi~~

2.Terangkan kenapa anda berblogging
==> Aku memang suka menulis. hihi~~

3.Nyatakan blog pertama yang anda baca
==> Hm... apa ya? hihi. lupa....

4.Letakkan entri pertama dalam blog anda
==> Intro blog. hihi~~ tengok sendiri la ya. Tajuknya, setelah sekian lama.

5.Huraikan entri tersebut
==> Aku copy paste la. Malas pula buat ulasan. Lagipun, entri 1st aku ni pendek ja...

"Akhirnya ana berkesempatan juga untuk membuat/mencipta sebuah lagi laman sesawang sebagai wadah untuk kita berkongsi cerita. Walaupun sebenarnya pada masa dan ketika ini, ana teramat sibuk dengan assignment yang menimbun. Sampaikan ana dapat rasa yang otak ana sudah "stuck" dan perlu di"format". Hehe..

Antara assignment yang telah men"jam"kan otak ana ialah assignment prof Ishak. Sekarang, baru ana sedar betapa susah menjadi guru. Sedangkan aana yang hanya belajar teori menjadi guru ini "pening-pening lalat", inikan pula para guru yang sudah bertahun mengaplikasi teori-teori mengajar dan berdepan pula dengan para pelajar yang berminda "glokal"( global+nakal).

Adoi la....

Kalau tahun 2008 ini perangai para pelajar terutama pelajar bandar sudah begini, tahun 2010 nanti, bagaimana agaknya?? Berjayakah Islam Hadhari (had hari) yang diperkenalkan oleh YAB Abdullah itu mengekang keruntuhan akhlak para pelajar?

Ya Allah....tabahkan lah hatiku dan juga hati para guru di luar sana. Tetapkanlah iman kami. Tetapkanlah pendirian kami. Amin..."

hihi~~

6.Letakkan satu picture paling anda suka dalam blog anda
==> Hm... x letak bleh? hihi~

7.Harapan anda

==> x suka mengharap. huhu~..


8.Tag orang lain

==> Siapa2 ja la yang sudi buat tag ni. hihi~~

Tuesday, March 10, 2009

Antara kegilaan aku time boring

Untuk lari dari kerunsingan, kadang-kadang lari dari kebiasaan juga merupakan kaedah yang berkesan.hehe... dan melukis adalah antara kaedah untuk aku melepaskan tension dan kegilaan aku time boring. Walaupun tidaklah secantik mana, tapi, aku puas kalau berjaya menghasilkan sebuah lukisan. Tapi, aku biasanya hanya melukis kembali apa yang orang lain lukis. Hehe... memandangkan aku tidak mengambil subjek lukisan secara intensif masa sekolah dulu, jadi aktiviti peng"copy"an aku tu boleh lah dimaafkan...kan? kan?. hehehe


hehe... Katun ni aku lukis masa exam semester lepas. Esok paginya ada paper x silap aku. Masa tu aku dah boring tahap sidratul muntaha menghadap buku dan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja aku.. haha



Katun ni baru ja aku lukis 2 minggu lepas. hehe... semasa kesibukan menyiapkan assignment. Hehehe..., tali kasut sebelah kanan aku terlepas pandang untuk melukisnya. hehehe...



hehe... ini juga semasa exam semester lepas. Nampak lagi tangan aku. Adeh!! Ohya!! memandangkan aku menangkap gambar menggunakan henset murah aku ni, jadi kualitinya pun kurang. Hehe... Ni karikator UBI(pelukis "In" dan "Aku dan Volkswagen" yang lukis.

Anyway, sebenarnya, terdapat banyak cara untuk kita melepaskan tension. Selamat melepaskan tension. Hehehe...

Sunday, March 01, 2009

Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya

Salam alaik... lantaran terlalu sibuk (malah pada saat dan ketika ini, aku masih menguras otak untuk membuat "assignment") jadi aku tidak dapat memberi penilaian aku sendiri terhadap ketiga-tiga perkara ini. Maka, izinkan aku "mengepastekan" artikel orang lain dalam "page" aku ni. Sesiapa yang ingin membuat penilaian, seperti biasa, bolehlah memberi komen...

Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya
1. Oleh: shahabudeenjalil

"Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini.

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

"Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.

"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan.

Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya".40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.

3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Perintah tersebut berbunyi:''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian''.
Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak.

Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.

Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. "Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya ".

Lelaki Melayu ler ni...
Oleh: Amru_Amiri

"Hari ini Melayu sudah hilang budi bahasa. Sopan santun entah ke mana, lemah lembut bertukar longlai dan lesu lalu Tanah Melayu jadi Malaysia, Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia dan KTM jadi Keling Tipu Melayu. Hari ini Melayu hanya tinggal cakap-cakap dan sembang kosong di Parlimen. Tahu hunus dan goyang keris tetapi tidak berani menusuk.

Hari ini, 19 February 2009, saya malu mengaku melayu. Orang melayu, satu masa dahulu, terkenal dengan lemah lembut, budi bahasa dan sopan santunnya. Tidak gemar berkonfrantasi tetapi bila ditekan dan didesak secara melampau, inilah bangsa yang mudah mengamuk. Arwah atuk saya, sebelah emak, is a soft spoken man, selalu tersenyum tetapi bila hilang sabar, harimau lapar pun menikus bila berhadapan dengan Wan Mohd Amin Bin Wan Adnan Bin Wan Seman, bila matanya (atuk) mengecil.
Hari ini Melayu sudah hilang budi bahasa. Sopan santun entah ke mana, lemah lembut bertukar longlai dan lesu lalu Tanah Melayu jadi Malaysia, Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia dan KTM jadi Keling Tipu Melayu. Hari ini Melayu hanya tinggal cakap-cakap dan sembang kosong di Parlimen. Tahu hunus dan goyang keris tetapi tidak berani menusuk.

Kenapa saya malu mengaku melayu? Laporan Malay Mail 18hb February 2009, muka surat 3 dengan tajuk Now, where’s Hilmi, Ex Boyfriend membuat saya begitu.
Jika anda baharu sahaja keluar dari hutan belantara, ingin saya maklumkan bahawa si Hilmi tu adalah bekas boifren Elizabeth Wong. Elizabeth Wong adalah wakil rakyat PKR yang letak jawatan kerana gambar bogel si Mary tu (orang putih, kalau nama Elizabeth, nama panggilan dia jadi Mary sahaja) dah tersebar luas.
Inilah yang membuatkan saya malu hendak mengaku melayu. Kebetulan saya part bugis dan bukan melayu asli.

Seorang wanita Cina telah sudi menaruh kasih kepada jejaka melayu. Fikir senang ke amoi nak beri kasih dan ... pada mamat melayu. Mamat sengkek pulak tu. Kalau amoi jatuh cinta dengan millionaire melayu, mungkin kita kata kerana duit. Ini pembantu peribadi seorang wakil rakyat PKR. Berapa sen sangatlah gaji si Hilmi tu, yang boleh membuatkan si Mary layu di pangkuan melayu.

Bukankah manis kalau budak Hilmi tu ajar Mary tentang Islam. Tunjukkan bagaimana ikhlas dan berintegritinya seorang penganut Islam. Kalau si Mary ajak ringan-ringan, beritahu Mary, jangan, tak baik dan tak manis buat macam tu. Kalau Mary nak londehkan skirt, tarik balik skirt ke pinggang dan beritahu Mary, berdosa make love sebelum ijab kabul.

Lama kelamaan Mary tentu terpegun dengan kecantikkan budi pekerti pemuda Islam lalu dia akan canangkan kepada semua amoi-amoi dan janda cina di Malaysia malahan di People’s Republic of China dan Taiwan supaya memeluk agama Islam dan kahwin dengan lelaki Melayu Malaysia.

Kalau kita berpandangan jauh, akan lahirlah anak-anak MELACI (MelayuCina), akan ujudlah bangsa malaysia dan akan berkembanglah Islam di Malaysia. Budak Hilmi tu betul-betul tolak tuah. Kalau dia berakal, dah lama Mary atau Elizabeth memeluk agama Islam, kahwin dengan Hilmi dan Hilmi akan dapat isteri yang tak bersunat. Woooo ... mak datuk ,,, phheehhh!!!!.

Ini tidak, diajarnya amoi tu telanjang-telanjang, di sexually exploit nya budak cina tu, ambil gambar, belah dan lepas tu sebar gambar bogel amoi tu, yang dibenarkan diambil atas dasar cinta. Inilah yang dinamakan menodai cinta.
Lepas ini saya gerenti, semua amoi dan wanita India yang ada kekasih melayu, akan putuskan hubongan dengan boyfriend melayu masing-masing. Kerana angkara seekor berok Melayu, ranap peluang semua mamat melayu nak kepit amoi. Siapa yang rugi, kita jugak.

UNTUK DIFIKIRKAN OLEH KAUM LELAKI
Anda bukan lelaki kalau guna pujuk rayu dan tipu helah untuk masuk dalam kain seorang wanita. Itu jantan sial namanya.
Anda lelaki sejati kalau wanita yang paksa anda masuk dalam kain dia.


Aku dilamar cinta
Oleh : Aku sendiri. heheh

"cintaku milik siapa?
Adakah aku sudah jatuh cinta?
bagaimana aku perlu menguruskannya?
adakah aku bercinta kerana Cinta?"

Esok aku akan menghadiri forum ini. Forum "Aku dilamar cinta". Ahli panel Ustaz Akli bin Ahmad, dan Ustazah Nor Azlina bt Zakaria. Harap dapat menjawab semua persoalan tentang cinta. InsyaAllah, kalau aku terlapang masa, dan tidak ter"busy", aku akan membuat sedikit ulasan tentang forum ini. Aku akan postkan juga satu entri mengenai hal ini, tapi bila, aku tidak pasti. Takut membuat janji. =)

Monday, February 23, 2009

Sebenarnya...

Apa yang aku cari?
Apa yang aku mahu?
Apa yang sedang berlaku?
Apa yang telah berlaku?
Apa yang akan berlaku?
Apa yang perlu aku buat?
Apa yang sepatutnya perlu aku buat?
kenapa aku mencari?
perlukah aku mencari?
atau, perlukah aku berhenti mencari?
tapi, apa yang aku cari?

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Ya Alim,
sesungguhnya aku tidak mampu merungkai persoalan-persoalan ini Ya Allah...
Aku tahu hikayat hidupku telah tertulis di Lauh MahfuzMu Ya Allah,
namun, berilah aku hidayah...
teka-teki ini menyesakkan dadaku,
membejatkan akalku dan menghilangkan warasku Ya Allah...
aku sesungguhnya tidak mampu bergerak walau sejengkalpun tanpaMU.
Bimbinglah jalanku menuju redhaMU.
Ameen...

Friday, February 06, 2009

Akhirnya

Setelah sekian lama aku tidak mencoretkan apa-apa di sini, hari ini dengan penggunaan kata ganti nama yang baru (haha) aku membuat kembali apa yang aku minati. Sejujurnya, semasa menaip ini, kepalaku masih sakit kerana diserang demam. Demam yang terhasil daripada kesibukan aku selama seminggu ini. Kesibukan yang mengundang kepenatan mental dan fizikal dan akhirnya membuahkan demam. Demam yang memaksa aku tidak menghadiri kelas dr. radiah hari ini. Haha. Tapi, aku tidaklah berasa terlalu ketinggalan sebab menurut rakan sebilik merangkap "coursemate" aku, tidak banyak yang dibincangkan semasa kuliah yang berlangsung selama 2 jam tadi.

Sepanjang seminggu ini, di samping rutin menghadiri kuliah dan kelas tutorial, aku disibukkan juga dengan aktiviti kokurikulum taekwondo. Memandangkan aku merupakan pemegang tali pinggang berwarna (colourbelt holder) dalam taekwondo, jadi aku secara otomatik diserapkan menjadi salah seorang peserta mewakili kelab taekwondo dalam program Malam Pendekar. Walaupun antara paksa dan rela. Terpaksa ~ sebab aku dimaklumkan jika mengikuti demonstrasi atau persembahan ini, kami secara otomatiknya dibolehkan untuk tidak membuat tugasan bertulis. Apabila menimbangkan antara "terpaksa berdemonstrasi" dan "tidak suka membuat tugasan bertulis", akhirnya aku akur bahawa kadar "ketidak sukaan" aku membuat tugasan bertulis lebih tinggi. Haha... Jadi, aku perlu berkorban sedikit tenaga dan masa untuk keputusan yang aku buat. Namun, semalam dr. fok merangkap penyelaras Taekwondo mengatakan bahawa, kami~ peserta-peserta demonstrasi taekwondo untuk malam pendekar itu sekali lagi diserapkan secara otomatik untuk menjadi peserta demonstrasi untuk program rakan muda yang dianjurkan oleh Kementerian belia dan Sukan. Pada kali ini, kami disogokkan pula dengan cuti sehari untuk menghadiri aktiviti kokurikulum. Adeh!! Aku sebenarnya masih tidak pasti sama ada demam aku akan kebah sebelum program Malam Pendekar pada malam ini kerana sebenarnya, pada saat dan ketika ini, aku baru menelan 2 biji panadol. Hakikat terpaksa berjalan kaki ke klinik kampus menyebabkan aku malas ke klinik pagi ini.

Malam ini juga, selain membuat beberapa gerakan taekwondo, aku juga telah dipilih untuk menjadi pemegang papan yang akan dipatahkan oleh para pemegang tali pinggang hitam. Adoi!! Aku cuma berharap aku tidak pengsan malam ini kerana ketakutan. Oh tidak!! Demonstrasi pada pagi esok anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu pula, aku masih menimbangkan sama ada mahu mengikutinya atau tidak, Jika demam aku kebah, InsyaAllah.

Kemudian, selain disibukkan oleh program Malam Pendekar, aku juga disibukkan oleh dr. Hasmidar yang telah menetapkan tarikh untuk mengadakan ujian pada minggu hadapan. Tentunya juga menuntut sedikit masa aku untuk membaca, memahami dan seterusnya mengingati beberapa topik. Dan sejujurnya, pada saat dan ketika ini aku sedang ditemani oleh beberapa helai nota untuk subjek ini. Adoi la...

Dalam seminggu ini juga aku telah menyelesaikan rakaman mengajar mikro "mikro teaching". Dan perlu pula menghadiri jemputan berlakon menjadi murid untuk rakaman pengajaran mikro rakan-rakan "se'course'" pula... Tapi Alhamdulillah... segala-galanya sudah selesai. Aku hanya perlu membuat laporan tentang rakaman dan membentangkan di samping mempertontonkan rakaman tersebut semasa kelas tutorial untuk dikomen oleh rakan-rakan setutorial. Hm...

Minggu yang sangat sibuk... dan aku perasan betapa aku seperti telah menjadikan blog ini sebagai diari aku pula hari ini. Haha...

Namun, dalam kesibukan itu juga, aku tidak ketinggalan mengikuti kisah dramatik PPSMI. Dalam seminggu ini, GMP (gerakan mansuhkan PPSMI) telah berdemonstrasi di SOGO yang dihadiri antaranya oleh Sasterawan Negara A. Samad Said, Prof Emeritus Dr. Abdullah Hassan, dan ramai lagi para cendikiawan bahasa. Nampaknya, isu ini semakin serius dan manifestasi daripada ini, kita sebagai rakyat biasa negara Malaysia ini boleh mengukur kebolehpercayaan konsep demokrasi yang diimani oleh "sesetengah daripada kita". Jika pandangan para cendikiawan juga diabaikan walaupun sudah berdemonstrasi, maka kita, para rakyat biasa perlu mula berfikir adakah suara kita akan didengar dan diambil kisah?. Apakah nasib kita pernah difikirkan?. Entah la.

Selain itu, para mujahid yang sedar akan kepentingan hidup berlandaskan hukum hakam Allah masih terus berjihad dengan meneruskan kempen boikot barangan Israel. Masih tuntas menyebarkan dakwah kepada saudara seislam (termasuklah aku) yang sedang menderita batinnya kerana menghidap penyakit wahan. Penyakit mencintai dunia dan takut mati. Alhamdulillah, apabila membaca artikel-artikel berbentuk dakwah itu, aku sedikit sebanyak akan tersedar dari mimpi dan pesona dunia ini. Alhamdulillah.. Namun, tuntutan menguruskan hal-hal dunia sepanjang seminggu, aku akui beberapa malam sudah, aku tertinggal mengerjakan tahajud dan 2 atau 3 waktu solat dalam sehari aku akan solat pada lewat waktu. Adoi!! Ampunkan aku yang lemah ini ya Allah..

Saturday, January 31, 2009

Tolong?

Hehe... Sebelum apa-apa! Assalamualaikum...

Hm... begini. Pada suatu hari, ana menerima komen yang sangat tulus dari seorang sahabat. Bunyinya begini "kenapa kau berbahasa arab ni?, pelik aku". Pernyataan sahabat ana ini sebenarnya merujuk kepada penggunaan kata ganti nama "ana" yang ana gunakan sebagai mewakili diri ana dalam blog ini. Kerana sebenarnya, dalam dunia nyata (cewah!) hehe... ketika menaip ayat ini, ana seperti berada dalam dunia ultraman. hehe... Fokus2!

Baiklah, sebenarnya, dalam "dunia nyata" ana bukanlah seorang yang lemah-lembut?. Bukan! Jadi, dalam pergaulan sehari-hari, ana lebih gemar menggunakan "aku" dan "ko==>kau". Dalam urusan rasmi pula, ana akan menggunakan kata ganti nama "saya" dan "Prof", atau "menyebut nama orang yang dilawan bercakap"( ana jarang dan merasa janggal untuk menggunakan "kamu" dan "awak". Entah kenapa..). Sama juga dengan kenyataan bahawa ana bukanlah "ahli dalam hal ehwal agama". Ana hanyalah orang biasa. Jadi, jika terdapat kekeliruan dan kejanggalan fakta mahupun buah fikiran, ana nasihatkan tolonglah belek dahulu kitab al-Quran dan buku2 sunah nabi kita Muhammad S.A.W. Jangan terima bulat-bulat. Kerana ana hanyalah manusia biasa.

Kemudian, kenapa pula ana tiba-tiba tersesat dan menyesatkan diri menggunakan "ana" untuk merujuk diri ana dalam penulisan blog ini?. Apa kes?. Ana pun baru terfikir dan ketika memikirkan jawapan, beginilah lebih kurang yang ana dapat simpulkan. Pada pandangan ana, pemilihan sesuatu perkataan itu perlulah mempunyai nilai komersial yang tinggi. Bukanlah bermaksud, perkataan itu boleh dijual... tetapi, perkataan itu boleh digunakan dalam banyak aspek (politik, sosial, agama dsb... antum tambahlah sendiri ya aspek2 tu). Jadi, dijadikan cerita, sebenarnya, pandangan ana yang satu inilah yang menyebabkan ana secara tidak sedar? memilih perkataan ini.

Apa-apa hal pun, ini hanya pandangan ana yang khilaf ini. Jadi, tolonglah ana memilih kata ganti nama yang sesuai kerana yang seksa membacanya adalah antum, bukanlah ana... hehehe... Antum bolehlah menolong ana dengan mengundi (hehe) antara (A. Ana B. Aku dan C. Saya) di papan mengundi di sebelah kiri skrin antum sekarang ni.

Segala jenis bantuan, ana dahului dengan ucapan terima kasih. Barakallah Feek...

Tuesday, January 27, 2009

Award + Pengajaran sejarah di sekolah rendah?



Award dari shima. haha... "ekceli" ana tidak tahu pun kewujudan fenomena memberi award kepada blogger ini ada dalam komuniti blogger. Haha... ini pun sebenarnya sudah agak terlewat ana menuntut award ni dari shima ( xtau pun sebenarnya sehinggalah shima tanya ana kenapa x amik award tu lagi??). hehe... Anyway, ana xtau apakah kriteria yang dilihat oleh shima sehingga memberi award ini kepada ana... tapi, thanks a lots!! hehe...

spss, crosstab, graf, carta, jadual, analisis n bla..bla..bla... all these thing yang sedang memeningkan kepala ana skg ni. Alahai la.... tapi xpa. due date 6.februari ni. Hehe...

Eh, ana dengar KPM akan memasukkan mata pelajaran sejarah dalam salah satu subjek yang akan dipelajari oleh murid sekolah rendah?. Jadi, untuk mengesahkan kesahihannya, maka ana pun menge"search" maklumat tersebut di Internet... dan macam-macam la benda yang ana jumpa....

Pertama, tentulah ana membuka laman web KPM dulu.. dan memang sah, KPM memang sedang mengkaji untuk memasukkan subjek sejarah sebagai salah satu kertas dalam UPSR dalam artikel yang bertajuk sejarah mungkin masuk dalam UPSR.

Apa motif dan alasan memasukkan mata pelajaran sejarah ini di sekolah rendah, tidak pula diterangkan secara terperinci. Tapi, menurut Datuk Razali Ismail:

''Unsur-unsur sejarah yang diberikan pendedahan ialah sejarah budaya dan sosial masyarakat Malaysia iaitu belajar hidup bersama dan bermuafakat,"

Jadi, mungkinlah objektif utama pelaksanaan projek ini ialah untuk mengajar murid sekolah rendah itu cara hidup bersama dan bermuafakat... Mungkinla.... kemudian beliau menambah lagi. Kenyataan ini yang buat ana musykil.

"Razali menambah, pihaknya tidak mahu murid-murid menghafal apa yang berlaku pada tarikh-tarikh tertentu tetapi mengambil iktibar daripadanya"

Jadi, bagaimana bentuk pengajaran itu ya?. Pengajaran sejarah yang bagaimana ya?. Sejarah apakah yang tidak mempunyai tarikh itu?. Tapi, kata orang, ada apa pada tarikh? (ada ka orang kata camni? Ke ana ja?). Haha.. sememangnya, ana bukanlah seorang yang suka mengingat tarikh. Jadi, kalaulah boleh diundurkan masa dan ana boleh mengikuti pengajaran sejarah yang tidak perlu menghafal tarikh itu. Oh!. Alangkah bahagianya... hahaha...

Kemudian, Datuk razali menambah lagi. Pernyataan yang membuat ana gelak n senyum bersilih ganti. hehehe...

"Tambah Razali, kementerian mahu murid-murid seronok ketika mengikuti subjek Sejarah"

Perkataan "seronok" tu yang x tahan. Hahaha. Huh!. Xtau la antum, tapi ana memang time sekolah menengah dulu x minat langsung subjek sejarah. Xtau la kenapa. Kena pula dengan gurunya yang dari awal tahun sampai akhir tahun menggunakan teknik mengajar yang sama - teknik bagi kuliah!. Adoi!. Apa-apa pun, good luck la kepada KPM. Mudah-mudahan eksperimen kali ini berhasil...=P.

Dijadikan cerita, apabila projek? ini dilaksanakan, maka berlakulah kekurangan guru di sekolah rendah. Jadi, siapa-siapa yang ingin memohon menjadi guru, apatah lagi mahasiswa yang berkelulusan Ilmu Kemanusiaan yang mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai major, berkemungkinan besar akan diterima. Ini berdasarkan pernyataan Datuk Razali:

"Jelas Razali, bagi murid-murid Tahun Satu dan Dua, unsur-unsur sejarah akan diterapkan melalui bidang kemanusiaan dan bahasa. "

Jadi, selamat memohon KPLI kepada sesiapa yang berminat...

Dan rancangan ini mungkin akan dilaksanakan pada tahun 2010. How fast??!!. Tapi, bab-bab membuat keputusan secara ad-hoc ni memang sudah menjadi minat dan bidang mereka kan.... So, biarkan mereka?. Jangan 5 tahun akan datang, timbul pula kisah "bantah pengajaran sejarah di sekolah rendah!" atau "kita batalkan sajalah pengajaran sejarah di sekolah rendah untuk save bajet negara". Jangan!! Kerana apabila diambil sesuatu tindakan, maka rakyat perlu, ana ulangi, rakyat perlu membayar harga yang bukan sedikit!. Bukan mereka, tetapi rakyat. Dan, ditegaskan di sini, rakyat bukan bahan yang boleh mereka "suka-suki" jadikan sebagai eksperimen. Sama seperti apa yang mereka buat sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Memperjudikan nasib rakyat pada tahun 2003 itu sudah cukup. Cukuplah!!.

Saturday, December 27, 2008

ROS

ROS a.k.a Rancangan Orientasi Sekolah. Program yang wajib dilaksanakan oleh para pelajar pendidikan tahun 3. Tapi, setahu ana, budak2 pendidikan dgn sains sosial di UMS tidak terlibat atau sengaja tidak melibatkan diri dengan program ini. Sebenarnya, ia terpulanglah kepada pengurusan di sesebuah Uni tu sendiri sebagai kesimpulannya... kan? kan? sebab, kalau ianya datang dari pihak atasan, misalnya KPM, mestilah tidak ada pengecualian kepada semua univ. Tol x??

Namun, batch ana, program ini dikenali sebagai Program Induksi Kendiri dan Latitan Internship I/II. Hurm... namanya berubah selaras dengan perubahan penyelaras yang mengendalikan program ROS ini di school ana... begitulah yang ana dapat simpulkan sebab semasa penyelaras lama, Dr...(apa ntah) yang menjadi penyelaras program ini, namanya masih "ROS".

Kemudian, selaras dengan perubahan namanya, ana masih tidak pasti adakah pengendalian program ini juga berubah? Sebab, sebenarnya, sampai sekarang, kami (pelajar2 pendidikan yang terlibat) masih belum mendapat apa2 maklumat lanjut mengenai program ini. Kami hanya tahu, kami perlu mencari sekolah dan mendapatkan kebenaran pihak sekolah untuk membuat program di sekolah tersebut. Itu pun, Dr. Penyelaras baru tu(sengaja x disebutkan namanya bagi menjaga nama baiknya) hanya mengarahkan kami mengambil borang di School (3 helai borang kesemuanya, 1 surat makluman kepada para pelajar, 1 surat untuk pengetua, dan 1 surat maklum balas).

dan dijadikan cerita, ana hanya tahu perkara tersebut melalui kawan (accidently), itu pun sebab member ana tu pinjam notes dari ana n di situ la ana tahu tentang benda alah tu semua...

Dalam surat tu, kami diarahkan untuk mencari sekolah sepanjang cuti sem dan meminta kebenaran sekolah tersebut untuk menjalankan program di situ selama 5 minggu... tanpa taklimat, tanpa tahu apa2, kami hanya diarahkan untuk mencari sekolah dan mendapatkan cop sekolah pada borang maklum balas da borang maklum balas tu pula perlu dihantar naik sem.

Ramai juga la student yang kalut... di jadikan cerita, nasib baik ana balik kg n minta untuk buat ROS di sekolah ana aja... senang. Tapi, proses mendapatkan cop sekolah itu bukanlah semudah yang disangka. Sebab, pengetua baru di sekolah ana tu datang hanya sekali setiap minggu. (faktor tinggal jauh dari beaufort). Alasan yang tidak munasabah bagi ana untuk seseorang lari dari tanggungjawabnya... jadi, selama 4 hari berturut-turut ana pergi ke sekolah tersebut semata-mata untuk berjumpa pengetua. Finally, pada hari khamis, PKP (pen. kanan pentadbiran) datang melawat sekolah... jadi ana just minta kebenaran dari PKP tu saja.

harap2, semasa program tu nanti tidak sesukar mendapatkan cop sekolah. =)

Friday, December 26, 2008

Pelangi Petang


Sebut pasal pelangi, baru2 ni, on da way balik penang, ana ternampak pelangi. Air Asia yang ana naik, betul2 atas pelangi yang ana nampak tu. wa... bestnya... ana berada di atas pelangi. Myb ana ja la yang nampak pelangi tu koz ana duduk dekat tingkap. Xtau dengan penumpang lain yang juga berada dalam posisi yang sama dengan ana (dekat tingkap). Tapi, memang cantik!! SubahanAllah!! Selalu nampak dari jauh ja. Kali ni betul2 nampak dari dekat.

Tidak hairanlah jika pelangi selalu menjadi analogi kepada "sesuatu" yang indah. kan? kan? eheks!! Teringat peristiwa semasa di langkawi...

"Assalamualaikum kak".
Goreng pisang seringgit kak. Kataku sambil memandang kakak jual pisang goreng tu. Tiba2 muncul seorang makcik. Juga membeli pisang goreng. Sama macam aku. tapi dia beli dua ringgit. hehehe... Bila aku tengok makcik tu, serta merta aku teringat kepada Arwah Mak aku. Karekter..., penampilan..., wajahnya... betul2 sama. Kemudian, dengan tiba2, tanpa disuruh, tiba2 tangan aku bergerak sendiri untuk bersalam dengan makcik tu. Aku cium tangannya seperti yang biasa aku buat kepada Arwah Mak aku dulu...

Makcik dari mana makcik? Sorang ja? Kataku.
Makcik dari rumah.. dekat sini ja... katanya sambil tersenyum memandangku. Sekali lagi aku terpana. Kemesraan dan kehangatan seperti yang aku rasai ketika bersama Arwah Mak.

owh... kataku kemudian terdiam.
"anak buat apa di sini? datang dengan apa?" tiba2 makcik tu bertanya memecah kesunyian.
"saya buat kajian makcik di sini... naik kereta.." kataku.

Marilah saya hantarkan makcik ke situ. Tawarku apabila makcik tu dan nak balik.
"ish...xpe la nak.., makcik boleh balik sendiri..." katanya.
xpe la makcik... depan situ ja.... kata ku.

Xpe la nak... em... nah.. katanya sambil memberikan aku goreng pisang yang dibelinya sebentar tadi. Sedekah. katanya...
Ish, x payah la makcik. Namun dia mendesak disamping didorong pula oleh penjual goreng pisang tu, menyebabkan aku terpaksa juga mengambil pisang goreng tu.
Namun, cepat2 aku membeli rm1 lagi pisang goreng dan kemudian memberikannya kepada makcik tu. kataku " sedekah".

Makcik dan penjual pisang goreng gelak (aku hairan, aku sedang buat lawak ka?)
"pandai betul anak ni" kata makcik tu. Sungguh menghiburkan.

"Ok". Katanya.
"Jom la hantar makcik".
Katanya tiba2. Aku tersenyum. Akhirnya dia bersetuju juga untuk aku menghantarnya.
"mana kereta anak ni?"
katanya lagi.
"owh... saya datang dengan kereta sewa makcik..., saya ingat nak temankan makcik jalan kaki ja sampai simpang tu..." kataku.
makcik tu sekali lagi ketawa.
"la... ingat anak nak hantar makcik guna kereta..."

"Xpe la nak, makcik boleh balik sendiri.... anak jaga diri baik2..." kemudian aku bersalam lagi dengannya. Makcik tu pun jalan..... jalan... dan jalan sehingga hilang dari pandangan....

Aku senyum sendiri. Kewujudannya bagaikan pelangi petang. Walaupun sementara, namun tetap menghiburkan.

Al-Fatihah buat Arwah Emak. Semoga Ruhnya dicucuri rahmat. Amin...

Friday, December 05, 2008

Harapan

8 disember nati Hari Raya Korban. kan? hm... peristiwa yang femes sempena Hari Raya Korban tentulah peristiwa Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail as. kan? Ana pasti anta/i tahu tentang kisah ini kan? pastinya. Namun, berapa ramaikah antara kita yang mengambil iktibar daripada kisah ini ya? hm... contohnya, bersabar apabila menerima ujian Allah dengan berpaksikan kesabaran Nabi Ibrahim apabila diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangannya untuk dijadikan korban. Nabi Ibrahim tanpa ragu-ragu menyahut seruan Allah itu kerana ianya seruan Allah. Dan Nabi Ismail pula, bersetuju untuk disembelih kerana perintah itu ialah perintah Allah. Tanpa ragu tanpa was-was. Betapa kuatnya iman mereka. SubahanAllah. Mudah2an ana juga diberikan kekuatan iman oleh Allah sekuat iman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Amin...

Dijadikan cerita, kalau la Allah tidak menukarkan Nabi Ismail kepada seekor kibas semasa penyembelihan itu berlaku, bagaimana ya? Tentunya kita sekarang juga akan menyembelih anak untuk dijadikan korban. Lantas, antum rasa, mampukah kita menerima ujian itu? Keadaan yang menurut kewarasan akal manusia sebagai x patut dilakukan. Namun, kerana keimanan yang tinggi yang terdapat pada nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, yang sanggup melakukan apa saja semata-mata kerana Allah, semata-mata untuk menunaikan perintah Allah, walaupun sukar dan x masuk akal, namun oleh kerana ianya perintah Allah, maka mereka sanggup melakukannnya. Kita sekarang bagaimana ya? Tuntutan menutup aurat yang diperintahkan oleh Allah pun sukar untuk kita tunaikan dengan sempurna, bagaimana agaknya kalau kita diuji dengan ujian sebesar ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu. haha..

Jadi, ana harap, ana juga akan menjadi kuat sekuat Nabi Ibrahim dalam menyahut seruan Allah, menunaikan perintah Allah. Walaupun ana lemah sekarang, namun ana tidak mahu menjadi lemah selamanya. InsyaAllah, ana akan berusaha melengkapkan apa yang belum lengkap, menutup apa yang belum tertutup, dan menambah apa yang kurang dalam diri ana. InsyaAllah...

Ana juga berharap ana boleh menjadi se"redha" nabi Ismail dalam menerima ketentuan Allah. Sentiasa berlapang dada menerima ujian Allah.

Akhir sekali, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Mudah2an peristiwa korban menjadi iktibar kepada kita untuk meningkatkan keimanan kepada Allah. Amin..

Salam aidiladha dari Ana.

Thursday, December 04, 2008

Rootkit

Bukanlah nama manusia, bukan juga nama kereta tetapi nama virus yang sedang idup bahagia di laptop ana sekarang ni. Adoi!! pening2.... tau apa akibatnya?? Laptop ana ini pandai restart sendiri bila ja ana on laptop. maksudnya, sedang all program loading, dia pandai restart sendiri. pe kes?? ana jadi takut shut down laptop sebab takut nati xle on balik. Adoi!!! camne ni? sakit jiwa ana.

Wednesday, December 03, 2008

Cintaku

Ada apalah dengan cintaku
Jika dibandingkan dengan cinta Allah kepada hamba-hambanya.
memberi tanpa dipinta,
memaafkan tanpa berkira.

Ada apalah dengan cintaku
Jika dibandingkan dengan cinta Rasulullah kepada umatnya.
Dakwah dijaja merata-rata
Semata-mata mengajak umatnya beriman kepada yang Esa.

Ada apalah dengan cintaku
Jika dibandingkan dengan cinta ayah dan bondaku
memberi kasih sepenuh jiwa
sanggup membanting tulang untuk kebajikan anak semata-mata.

Cintaku pula hanya cinta biasa,
cetusan rasa dari jiwa yang biasa.

namun harapanku,
Apabila suatu hari nanti aku ditakdirkan menemui cinta fitrahku
biarlah dia yang aku temui itu,
cintanya kepada Al-Khaliq melebihi cintanya kepada segala-galanya.

Biarlah dia yang aku temui itu,
mencintai aku bukan kerana aku,
tetapi kerana Penciptaku.
mengasihi aku bukan kerana aku,
namun kerana syurga yang telah dijanjikan oleh penciptaku.

Biarlah dia yang aku temui itu,
setia cintanya kepada Ar-Rahman
melebihi setia cintanya kepadaku.
Sehinggakan,
tatkala cintanya berbisik,
suaranya memuji TUHAN.
apabila rindunya terusik,
RASULnya menjadi pilihan.

Hanya dengan cara ini,
insyaAllah, cintaku akan menjadi luar biasa.

Lucky


Lucky??
hehe.. sedang layan lagu lucky (jason mrazz ft colbie) la skg.. eheks!! Dulu time ana muda remaja, time skolah menengah, ana layan lagu2 BI ni koz nk improve penguasaan BI. Eheks!! Memang agak berkesan.. bole la... walaupun sebenarnya xla berkesan sangat pada ana berdasarkan result BI ana masa SPM dulu. hahaha... Sebabnya? x buat dengan istiqamah. Bila da cari meaning setiap words dalam lirik lagu tu, bukan ada usaha menghafal dan taruh secara kekal dalam kepala. hehehe... jadi, usaha menjadi kurang berkesan... Lain pula dengan adik ana, sebab nk improve BI, dia sanggup baca kamus oxford tu entah berapa kali. hehehe... tapi berkesan!! sebab masa SPM dia dapat A1 utk subjek BI. Jadi, menurut teori pendidikan, ujian itu merupakan instrumen utk mengukur prestasi seseorang pelajar itu. Kalau resultnya baik, maka bermakna berkesanla teknik yg digunakan oleh individu tersebut.... Jadi kesimpulannya...sesuatu kaedah walaupun menarik, tetapi kalau tidak disertai dengan istiqamah tetap akan menjadi sia2 dan sesuatu kaedah walaupun boring tetapi diiringi dengan istiqamah insyaAllah berkesan. ka? ya ka? betul? sungguh2?? eheks!!

Tapi.... sebenarnya... faktor guru yang mengajar juga penting untuk memastikan kecemerlangan murid. Serius!! semua member2 termasuk ana mengatakan begitu. Setelah membuat servei (melalui pertukaran pengalaman secara x formal la...), memang guru2 yang mengajar di sekolah member2 ana merupakan guru2 yang dedikasi, guru2 yang masih x melupai set induksi dalam pengajaran, masih aktif menggunakan ABM semasa mengajar dan ada juga guru yang langsung tidak menggunakan ABM tetapi mempunyai kemahiran menarik perhatian pelajar dengan menerapkan unsur humor dalam pengajaran. Impak daripada perkara2 di atas menyebabkan lahirnya student2 yang cemerlang gitu.

Dan dijadikan cerita, guru BI ana tu pula jenis yang bg kerja dan buat sendiri. ekekeke...

Cikgu manju ( bukan nama sebenar) cikgu india yg mengajar fizik n kimia time aku form 4 dulu lagi haru. Adoi!! pening. Memang bermasalah. Memang silibus sbjk fizik n kimia form 4 x habis sebab dia asik x masuk kelas. Mula2 tu kitaorang pun x faham kenapa dia x masuk kelas (x siasat pun koz masa tu kitaorg lagi suka kalau cikgu x masuk kelas. hehehehe) Tapi finally, baru kami faham. Dia ada problem dgn family dia. Kenapa? sebab family cikgu ana tu x restu dengan pilihan cikgu manju ( suami dia la... x silap ana pak guard kampus tempat cikgu manju study). Jadi, dia terpaksa ulang alik semenanjung-KK utk sesaikan masalah peribadi dia tu. Adoi!! memang sedih!!Kesannya? result SPM ana memang teruk. Macammana nk bagus kalau pengetahuan basic (buat persamaan kimia) pun x reti?? haha. Alangkah baik kalau boleh diputar balik masa.... Sedih sangat. Nasib baik sbjk teras boleh back up utk masuk form 6. Adoi!!

Bukan saja2 share crita ni, tapi cedok la pengajaran di dalamnya. jadi la guru yang bertanggungjawab.

Monday, November 17, 2008

pernah fikir x?

Firstly, ana nak habaq yg saat ini ialah saat me"rest"kan otak aku yg telah dipaksa bekerja keras untuk mengumpul dan menyimpan maklumat selam beberapa hari ni. haha.. sian hang otak.

Jadi, sebagai balasan, ana biarkan otak ana melakukan apa yang dia suka... tau apa dia?? merapu di halaman blog ana ni la. ekekeke...

Semalam, pegi beli tudung. 2 helai jek. Tu pun yg hrga yg paling murah di abad ini. haha. Bila perati, skg trend tudung bunga2 ea?? haha. kembali ke zaman dahulu kan? perasan x?? Lepas tu, skg trend sarung cincin kat bawah tudung tu pula. kan? kan? ekekeke. kalu ada gambar yg bleh tolong menjelaskan maksud ana ni kan bagus. Macam yg encik zohir kata, penggunaan sumber spt.. gmbr untuk memudahkan pelajar memahami konsep. Huhu... ntah apa2 ja... adoi... ana sebenarnya da x tau n x sure apa yg ana lakukan skg ni merupakan apa yang ana mahukan atau x... maksud ana tentang course ana skg ni la..... sedangkan skg ni, semasa ana belajar teori perguruan ni, ana sudah boring n rasa macam < minat, jadi mampukah ana menjadi guru yang baik dan didikasi pada masa depan??? entah la... macam salah haluan jek skg ni. haha. lantak la apa pun. ana da malas nk fikir.

Malam ni, first time selepas masuk u ni ana melukis. membuat kembali apa yang ana minat. nati la an upload gambarnya k. hehe... gambar katun jek... hehehe. entri ana semakin merapu kan??? alahai....