Wednesday, December 03, 2008

Lucky


Lucky??
hehe.. sedang layan lagu lucky (jason mrazz ft colbie) la skg.. eheks!! Dulu time ana muda remaja, time skolah menengah, ana layan lagu2 BI ni koz nk improve penguasaan BI. Eheks!! Memang agak berkesan.. bole la... walaupun sebenarnya xla berkesan sangat pada ana berdasarkan result BI ana masa SPM dulu. hahaha... Sebabnya? x buat dengan istiqamah. Bila da cari meaning setiap words dalam lirik lagu tu, bukan ada usaha menghafal dan taruh secara kekal dalam kepala. hehehe... jadi, usaha menjadi kurang berkesan... Lain pula dengan adik ana, sebab nk improve BI, dia sanggup baca kamus oxford tu entah berapa kali. hehehe... tapi berkesan!! sebab masa SPM dia dapat A1 utk subjek BI. Jadi, menurut teori pendidikan, ujian itu merupakan instrumen utk mengukur prestasi seseorang pelajar itu. Kalau resultnya baik, maka bermakna berkesanla teknik yg digunakan oleh individu tersebut.... Jadi kesimpulannya...sesuatu kaedah walaupun menarik, tetapi kalau tidak disertai dengan istiqamah tetap akan menjadi sia2 dan sesuatu kaedah walaupun boring tetapi diiringi dengan istiqamah insyaAllah berkesan. ka? ya ka? betul? sungguh2?? eheks!!

Tapi.... sebenarnya... faktor guru yang mengajar juga penting untuk memastikan kecemerlangan murid. Serius!! semua member2 termasuk ana mengatakan begitu. Setelah membuat servei (melalui pertukaran pengalaman secara x formal la...), memang guru2 yang mengajar di sekolah member2 ana merupakan guru2 yang dedikasi, guru2 yang masih x melupai set induksi dalam pengajaran, masih aktif menggunakan ABM semasa mengajar dan ada juga guru yang langsung tidak menggunakan ABM tetapi mempunyai kemahiran menarik perhatian pelajar dengan menerapkan unsur humor dalam pengajaran. Impak daripada perkara2 di atas menyebabkan lahirnya student2 yang cemerlang gitu.

Dan dijadikan cerita, guru BI ana tu pula jenis yang bg kerja dan buat sendiri. ekekeke...

Cikgu manju ( bukan nama sebenar) cikgu india yg mengajar fizik n kimia time aku form 4 dulu lagi haru. Adoi!! pening. Memang bermasalah. Memang silibus sbjk fizik n kimia form 4 x habis sebab dia asik x masuk kelas. Mula2 tu kitaorang pun x faham kenapa dia x masuk kelas (x siasat pun koz masa tu kitaorg lagi suka kalau cikgu x masuk kelas. hehehehe) Tapi finally, baru kami faham. Dia ada problem dgn family dia. Kenapa? sebab family cikgu ana tu x restu dengan pilihan cikgu manju ( suami dia la... x silap ana pak guard kampus tempat cikgu manju study). Jadi, dia terpaksa ulang alik semenanjung-KK utk sesaikan masalah peribadi dia tu. Adoi!! memang sedih!!Kesannya? result SPM ana memang teruk. Macammana nk bagus kalau pengetahuan basic (buat persamaan kimia) pun x reti?? haha. Alangkah baik kalau boleh diputar balik masa.... Sedih sangat. Nasib baik sbjk teras boleh back up utk masuk form 6. Adoi!!

Bukan saja2 share crita ni, tapi cedok la pengajaran di dalamnya. jadi la guru yang bertanggungjawab.

Monday, December 01, 2008

22 oredi....

Happy Birthday Myspace Comments
Haha.. 22 oredi maa...



Kepenatan mencari responden d langkawi masih terasa ni. Penat tapi best. hehe... satu grup ana yg under dr. Noriah memang best. Team work gitu. best2!!

Ramai juga la responden yg kami dapat... Grup 1 dapat 200 ++ responden dan grup ana dapat 129 responden. Kira make sense juga la koz team ana cari peniaga, bukan pelancong. Jadi, 129 responden is consider ok. haha.

Rasa2nya, 3 hari ja yg the exactly time kami cari responden, 2 hari lepas tu kitaorg enjoi. haha. Tapi, turun field cari responden tu pun kira sambil melancong. ekekeke... Antara lokasi kajian kami ialah Pekan Kuah, Pantai Cenang, Makam Mahsuri n Padang Mat Sirat (tempat beras terbakar tu..).




Ni time ana n the geng posing d pantai cenang lepas penat cari responden. hehe. Budak2 laki time ni semua p mandi laut. Kecuali Lan. . Lan = lelaki unik n pelik yang pernah ana jumpa. hehe.. bgmana pelik n uniknya c lan ni, biar la ana simpan sendiri. Hehe.. Anyways!! Memang best buat fieldwork d langkawi. Best tahap sidratul muntaha.

Lan n Hafni.

Nadmi(big boss), Azri, Lan, Mai, Lai, n ana

Ana

Pian, Hafni, Shrukhkhan, Nadmi, Bob, Akim, Azri

Monday, November 17, 2008

pernah fikir x?

Firstly, ana nak habaq yg saat ini ialah saat me"rest"kan otak aku yg telah dipaksa bekerja keras untuk mengumpul dan menyimpan maklumat selam beberapa hari ni. haha.. sian hang otak.

Jadi, sebagai balasan, ana biarkan otak ana melakukan apa yang dia suka... tau apa dia?? merapu di halaman blog ana ni la. ekekeke...

Semalam, pegi beli tudung. 2 helai jek. Tu pun yg hrga yg paling murah di abad ini. haha. Bila perati, skg trend tudung bunga2 ea?? haha. kembali ke zaman dahulu kan? perasan x?? Lepas tu, skg trend sarung cincin kat bawah tudung tu pula. kan? kan? ekekeke. kalu ada gambar yg bleh tolong menjelaskan maksud ana ni kan bagus. Macam yg encik zohir kata, penggunaan sumber spt.. gmbr untuk memudahkan pelajar memahami konsep. Huhu... ntah apa2 ja... adoi... ana sebenarnya da x tau n x sure apa yg ana lakukan skg ni merupakan apa yang ana mahukan atau x... maksud ana tentang course ana skg ni la..... sedangkan skg ni, semasa ana belajar teori perguruan ni, ana sudah boring n rasa macam < minat, jadi mampukah ana menjadi guru yang baik dan didikasi pada masa depan??? entah la... macam salah haluan jek skg ni. haha. lantak la apa pun. ana da malas nk fikir.

Malam ni, first time selepas masuk u ni ana melukis. membuat kembali apa yang ana minat. nati la an upload gambarnya k. hehe... gambar katun jek... hehehe. entri ana semakin merapu kan??? alahai....

Wednesday, November 12, 2008

Demam, Ubat, Exam, Study


Semua perkara di atas merupakan perkara yang ana x sukai. Ekekekeke... Tapi most geram ialah makan ubat. Hayoh... tensi betul!! Kemudian, saat perasaan geram bertandang, teringat pula ana dengan kata-kata Imam Syafie... katanya "Jangan mengeluh kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup itu diciptakan". Kemudian, kurangla sikit aktiviti merungut sebab demam ni. Tapi, still xle lari dari merungut kalau tengok ubat. Masuk semalam, dah 3 biji panadol actifast yang ana terpaksa telan. Ayark!!!. Sabar ja la.. tapi demamnya x kebah2 juga. Adoi... pengorbanan x berbaloi. X berkesan langsung. Baik x payah jadi panadol actifast.

Semalam, berlalu 1 paper. Paper pendidikan. Pergh!! Susah gila. Terasa demam semakin tenat bila tengok soalan. Alahai... Fenin...fenin.... Memang aras tinggi punya soalan. Bukan tanya straigt tentang teori, tetapi kena aplikasikan teori. Huhu... Nasib baik bukan ana sorang jek yang rasa macam tu. bila pengawas kata "letakkan pen", terus heboh budak2 soursemate ana... perkataan pertama, Susahnye.... hehehe. Jadi, terbukti, bukan ana sorang yang merasa susahnya memikirkan jawapan. haha.

Exam kali ini membuatkan ana merasa kembali ke zaman sekolah menengah dulu, saat semangat study memuncak dan keinginan untuk mendapat result baik orang kata sedang berada pada tahap sidratul muntaha. haha. Entah.

Adik ana n 2 orang lagi anak buah ana sedang dan akan exam. Exam besar yang akan menentukan jalan hidup mereka lepas ni. Adakah terus melangkah atau statik di situ?
Tapi, bila dengar report trial exam ari tu, boleh la dibanggakan... boleh la diramal masa depan diorang tu... dan kalau diizinkan Allah..

Ohya!! di beaufort sekarang banjir.
Hope, everything will be okay. Amin....

Tuesday, November 11, 2008


...Exam Week...

Kepalaku pusing lagi,
Demamku bertandang lagi,
Risauku berlori-lori,
Tensenku menjadi-jadi.

Alahai la....
Fenin...fenin...
Universiti Apex punya pasal...
Soalan pun capai tahap sidratul muntaha susahnya.
Semua Aras Aplikasi menurut Taxonomy Bloom punya teori.

Adoi la....

Anyways!! Semoga aku sukses. Also to my younger sist n my niece yang akan ambil exam STPM 18 November nih. Niece aku yang sorang lagi having her SPM exam starting today.

Hope kitaorang sukses!!! get straight A for this final. Waa... besarnya impian aku. haha