Wednesday, January 21, 2009

Hatiku milikMu-Part 4

''Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
''Kertas apa tu?'' Banna menjeling.
''Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..
'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
''Lelaki ke?''
''Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang...''
''Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,'' nasihat seorang abang.
''Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah...Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!''
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
''Mmm.Sama-samalah kita berdoa....'' Banna mengangguk setuju.
''Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pakwe,'' bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
''A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pakwe dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pakwe dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,'' tambah Joe.''Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.
''Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pakwe dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
''Siapa?''€
''Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,''
''Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit...''
''Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,''
''Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.
''Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''
''Malam ni? Kenapa lambat sangat...sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,'' Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
''Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?''
''Hanif mana ni bang?''
''Alah, Hanif...kawan abang yang hitam manis tu. Dia ta de rupa sangat tapi agamanya, insyaAllah.''
''Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?''
Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
''Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang..''
''Maziah ingat....zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,''
''Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?''
''Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,''
''Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah....''
Tiba-tiba.....
''Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii...'' laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
''Fathil...dengar sini...''
''Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan....''
''Fathil...'' Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.''Sudahlah....tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je..'' Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga. Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
''Sabarlah Maziah, Allah tahu anti adik- beradik,''
''Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,'' luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
''Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?'' Maziah mengangguk.
''Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da'wah bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.
Dia berzikir memuji Allah. Banna datang menghampiri adiknya.
''Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
''Insyallah, bang! Err, abang...dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!'' Tanya Maziah.
''Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
''Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid. (Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da'wah...). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,''Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da'wah,'' Banna terdiam dengan kata-kata itu. (Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah. Astaghfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astaghfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
''Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.''Aku bengang betul lah!''''Bengang apa?''
''Maziah dating depan aku tadi lepas tu sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?''
''Orang dah ada pakwe, cari lain je....''
''Huh, tak semudah tu! Ni Fathil...dia belum kenal lagi siapa Fathil!''
''Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.
''Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,''
''Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.
''Bodoh! Belasah pakwe dia lah...''
''Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''
''Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas makwe aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ''
''Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
'' Kau tahu apa Umar?! Tu lah...asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?'' Umar akhirnya mengalah.

Hatiku milikMu-Part 5

''Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,'' Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu. Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya. (Kau Banna? Ah...kasihan kau!) kesal hati Umar.
''Cis, mampuslah korang berdua!'' Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.
''Woii!!'' seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka. (Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
''Woii. Korang gaduh ye?''
''Tak, kami berlatih taekwando!'' Fathil berdalih.
''Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?'' Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.
''A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,'' tambah Joe.
''Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Takde orang yang berlatih sampai berdarah cam ni,'' Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.
''Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,'' Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
''Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!'' Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
''Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?'' api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
''Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?'' Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.
''Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas makwe aku. Lepas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!'' Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
''Fathil, awak salah faham..'' Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.
''Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu makwe aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau,''
''Bodoh! Memang kau salah faham...'' Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
''Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri...'' Fathil menguatkan kenyataannya.
''Aku pun tengok!'' tambah Joe.
''Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan makwe!'' Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya. (Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?) Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motosikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.
''Anggaplah takde apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya. (Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.'
'Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi. Umar merenung wajah Banna.
''Banna, cedera nta teruk ke?''
''Sikit je,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
''Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''
''Lupakanlah..... Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni,''
'' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.
''Tak per, Umar. Lupakan... Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!'' Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
''Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang....luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
''Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,''
''Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun takpe, '' balas Banna. Mengharap.

Hatiku milikMu-Part 6

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
''Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.
''Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang.'' Fika bersuara manja. Gerak badannya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika. Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.
''Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,'' ''Tunjuk apa?''
''Abang kena janji takkan marah?''
''Kenapa abang nak marah pulak?''
''Janjilah dulu sayang...''
''Okey,abang janji takkan marah Fika,'' Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
''Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?'' Gurlp!!
''Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.
''Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.
''Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!''
''Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang...'' Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.
Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
''Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,'' ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan. Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.
''Gurlp! Diorang?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ. Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.''Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!'' Fika mencubit paha Umar.
''Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya. (Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
''Tapi...ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,''
''Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
''Jom balik!'' Umar mengajak pulang.
''Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!'' wajah Fika penuh keliru.
''Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!''
''Abang nak balik...'' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.
''Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung. Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi. (Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)''Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan. Suaranya sebak.
''Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.
''Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.
''Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!'' luah Umar penuh kesalan.
''Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar....kembali bersama kami,'' Banna memujuk.
''Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,'' lembut kata-kata Hizbi.''Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan tarbiyyah.
''Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,'' Umar betul-betul menyesal.
''Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang,'' Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.
“Aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua...Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini...” monolog hatinya yang kesal, insaf dan sedar dari kekhilafan selama ini.
''Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini,'' Syamil berhujah matang.
''Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?'' Faizi menduga.
''Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
''Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya,'' Banna menasihatkan.''Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.'' Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.
''Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.
''Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,'' Syamil tak lupa memainkan peranannya.
''Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
''Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.
''Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami,'' mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
''Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?'' Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.
''Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?'' Masing-masing terdiam.
''Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orang tuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya takde rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah..... Ada yang sanggup?''
''Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
''Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang akan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?'' Dr Azmin membuka minda mereka.
''Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi...'' Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
''Teruskan Hanif....'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
''Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,'' Hanif mengkritik tanpa berselindung.
(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.
''Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah,'' Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
''Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa takde mood nak cari sahibah,''
''Nta ni Hanif...kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta kata mustahil. Nta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh aturkan,'' Dr Azmin bersuara.''Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia....''
''Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,'''
'Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan....malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya,'' Hanif membela hujahnya.
''Siapa?'' Dr Azmin ingin tahu.
''Asiah Yusro...'' Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar terbeliak.
(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya. Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkara itu dengan mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.

Hatiku milikMu-Part 7

Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis di sebelahnya. (Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar ke ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan. (Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar... atau kerana Asiah Yusro yang Umar katakan. Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)
(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar tinggalkan aku)
Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut dengan peribadi mulia Banna? Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.
''Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilik kuliyah ni?'' Maziah tersenyum.
''Saya Maziah. Asiah Yusro....hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu,'' Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapat menolong.
''Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?'' (Err, macam ustazah!)
''A'ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..''
''Err, takpe lah. Saya....'' Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro. Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.
''Alah, jangan risau. Dia baik, jom...'' (keranamu Umar...) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas mempertemukan Fika dan Asiah Yusro. Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Banna kerana ada urusan peribadi.
''Tak sangka boleh jumpa awak...'' Fika memulakan perbualan selepas saling berkenalan.
''Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?'' (Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)
" Awak kenal Umar Al-Mujahid?" Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah Yusro.
" Kenal," ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.
" Macam mana boleh kenal?" lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.
" Dia satu sekolah dengan saya dulu,"
" Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot..awak bercinta dengannya?"
" Err.." Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!
" Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu awak memang bercinta dengannya..". Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya. (Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta..) Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di mulut Umar ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam kebahagiaan.
(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?! Mustahil! Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau sendiripun, Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada sesiapa berhak mengajarku!)
Fika sebenarnya langsung tidak berminat untuk mendapat bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah madah berhelah semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan mangsa untuknya melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan kerenggangan perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi semua itu. Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu tersenyum kerana meyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni. Tak mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku. Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku)
Asiah Yusro terus tabah. Hatinya tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian Allah. (Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas Umar daripada aku? Huh, jangan mimpilah perempuan. Umar tetap akan jadi hak aku)

Hatiku milikMu-Part 8

Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?"
" Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,".
" Mereka lebih penting daripada Fika?". Umar terdiam. Sukar bibirnya melepaskan ucap."Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,".
"Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?"
" Ya, Fika!" terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.
" Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri."
" Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang abang suruh?"
"Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun, Fika akan ajar dia!" hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata Fika.
" Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya...untuk kebaikan Fika juga,"
" Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?"
(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)
" Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro'. Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!"
" Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika benar-benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika serik," Fika berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.
(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.
" Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!"
" Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,"
" Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah.. Fika rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut. Kasihanilah Fika.." Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.
(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lain-lain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)
(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)
Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat. Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.
(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, dia meletakkannya di dalam beg itu. (Peliknya..macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)
(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi...mungkin inilah tanda cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.
" Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku.. Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu.." Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.
(Handset hilang. Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah...aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan. Tiba-tiba... Tiba-tiba...
" Uwarghhhhhhhh...." Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.