Monday, November 17, 2008

pernah fikir x?

Firstly, ana nak habaq yg saat ini ialah saat me"rest"kan otak aku yg telah dipaksa bekerja keras untuk mengumpul dan menyimpan maklumat selam beberapa hari ni. haha.. sian hang otak.

Jadi, sebagai balasan, ana biarkan otak ana melakukan apa yang dia suka... tau apa dia?? merapu di halaman blog ana ni la. ekekeke...

Semalam, pegi beli tudung. 2 helai jek. Tu pun yg hrga yg paling murah di abad ini. haha. Bila perati, skg trend tudung bunga2 ea?? haha. kembali ke zaman dahulu kan? perasan x?? Lepas tu, skg trend sarung cincin kat bawah tudung tu pula. kan? kan? ekekeke. kalu ada gambar yg bleh tolong menjelaskan maksud ana ni kan bagus. Macam yg encik zohir kata, penggunaan sumber spt.. gmbr untuk memudahkan pelajar memahami konsep. Huhu... ntah apa2 ja... adoi... ana sebenarnya da x tau n x sure apa yg ana lakukan skg ni merupakan apa yang ana mahukan atau x... maksud ana tentang course ana skg ni la..... sedangkan skg ni, semasa ana belajar teori perguruan ni, ana sudah boring n rasa macam < minat, jadi mampukah ana menjadi guru yang baik dan didikasi pada masa depan??? entah la... macam salah haluan jek skg ni. haha. lantak la apa pun. ana da malas nk fikir.

Malam ni, first time selepas masuk u ni ana melukis. membuat kembali apa yang ana minat. nati la an upload gambarnya k. hehe... gambar katun jek... hehehe. entri ana semakin merapu kan??? alahai....

Wednesday, November 12, 2008

Demam, Ubat, Exam, Study


Semua perkara di atas merupakan perkara yang ana x sukai. Ekekekeke... Tapi most geram ialah makan ubat. Hayoh... tensi betul!! Kemudian, saat perasaan geram bertandang, teringat pula ana dengan kata-kata Imam Syafie... katanya "Jangan mengeluh kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup itu diciptakan". Kemudian, kurangla sikit aktiviti merungut sebab demam ni. Tapi, still xle lari dari merungut kalau tengok ubat. Masuk semalam, dah 3 biji panadol actifast yang ana terpaksa telan. Ayark!!!. Sabar ja la.. tapi demamnya x kebah2 juga. Adoi... pengorbanan x berbaloi. X berkesan langsung. Baik x payah jadi panadol actifast.

Semalam, berlalu 1 paper. Paper pendidikan. Pergh!! Susah gila. Terasa demam semakin tenat bila tengok soalan. Alahai... Fenin...fenin.... Memang aras tinggi punya soalan. Bukan tanya straigt tentang teori, tetapi kena aplikasikan teori. Huhu... Nasib baik bukan ana sorang jek yang rasa macam tu. bila pengawas kata "letakkan pen", terus heboh budak2 soursemate ana... perkataan pertama, Susahnye.... hehehe. Jadi, terbukti, bukan ana sorang yang merasa susahnya memikirkan jawapan. haha.

Exam kali ini membuatkan ana merasa kembali ke zaman sekolah menengah dulu, saat semangat study memuncak dan keinginan untuk mendapat result baik orang kata sedang berada pada tahap sidratul muntaha. haha. Entah.

Adik ana n 2 orang lagi anak buah ana sedang dan akan exam. Exam besar yang akan menentukan jalan hidup mereka lepas ni. Adakah terus melangkah atau statik di situ?
Tapi, bila dengar report trial exam ari tu, boleh la dibanggakan... boleh la diramal masa depan diorang tu... dan kalau diizinkan Allah..

Ohya!! di beaufort sekarang banjir.
Hope, everything will be okay. Amin....

Tuesday, November 11, 2008


...Exam Week...

Kepalaku pusing lagi,
Demamku bertandang lagi,
Risauku berlori-lori,
Tensenku menjadi-jadi.

Alahai la....
Fenin...fenin...
Universiti Apex punya pasal...
Soalan pun capai tahap sidratul muntaha susahnya.
Semua Aras Aplikasi menurut Taxonomy Bloom punya teori.

Adoi la....

Anyways!! Semoga aku sukses. Also to my younger sist n my niece yang akan ambil exam STPM 18 November nih. Niece aku yang sorang lagi having her SPM exam starting today.

Hope kitaorang sukses!!! get straight A for this final. Waa... besarnya impian aku. haha

Wednesday, October 15, 2008

6 disember 2025?

Pernah terfikir x kalau suatu hari nanti negara Indonesia akan lenyap dari muka bumi Allah ini?? Ana memang x terfikir langsung. hehehe. nampak sangat betapa x prihatinnya beta terhadap isu2 dunia. hehe.. tapi pagi ini, masa ke'tensen'an membaca notes Puan Sola mencapai tahap sidratul Muntaha, ana jalan2 cari info maya. Tapi ana tiba2 xda idea nak cari apa. ekekeke... otak dah hang dan perlu diformat segera. Kebetulan masa tu, ana dgr mp3 Avril Lavinge, huhu... Kemudian, terfikir pula ana, Avril tu dari negara Australia kan? Kemudian, dengan tidak semena2, tanpa diarah dan diminta, terlakar peta dunia yang x berapa nak complete dalam otak ana...(ekekeke) Australia tu duk bawah Indonesia kan? n bawah lagi tu New Zealand kan? tapi kenapa org Australia, Englishnya lagi fluent dari kita yang kalau nampak dari peta tu lagi dekat dari benua Amerika selatan dan benua Amerika Utara yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa utama? kan? kan? tapi, kenapa kita tersesat menggunakan bahasa melayu pula ya?

Kekuasaan Allah..
Tapi, kali ini, ana tidaklah ingin mengupas pasal bahasa. Kalau nak kupas pasal kenapa bahasa melayu ini tercampak ke malaysia, kena pula belek buku hitam Dr. Noriah, buku Darwis Harahap dan yang seangkatan dengannya n dalam buku2 tu pula kena baca perdebatan antara kern, asmah dan bijak pandai yang lain. Hurm.... x habis seminggu tu. hehehe

Al kisahnya, masa cari2 peta dunia utk mengesahkan peta yg ada dalam minda aku tu, terbaca pula blog seorang hamba Allah. Tajuknya Peta Dunia Berubah 2025.

Dia kata, menurut keadaan geografi semasa, dijangka negara Indonesia akan tenggelam pada tahun 2025 nanti. Waa.... bayangkan.... macammana tu nanti.

Yang ana risau satu aja. Bayangkan, sekarang, ketika negara Indonesia masih sihat walafiat keadaan geografinya sekalipun, rakyat Indonesia sudah memenuhi setiap ceruk negeri di malaysia ini, apatah lagi pada tahun 2025 tu nanti. Jadi, berdoalah kita bersama-sama agar ramalan dunia akan tenggelamnya negara Indonesia itu sebagai tidak benar.

Kalau tahun 2025 nanti Indonesia akan tenggelam dek bah,
malaysia pula akan tenggelam dek bah Warga Indonesia.

Peace.....

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri. Juga, seperti kebiasaan masyarakat terdahulu kini dan insyaAllah pada masa akan datang, ana ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sekiranya sepanjang kita berkongsi cerita, berkongsi rasa dan sebagainya sepanjang ana menjadi blogger ini, ana ada sama ada secara sengaja atau tidak sengaja telah mengguris hati antum... telah dengan tidak semena-mena menusuk hati antum.. maka sewajarnyalah ana meminta maaf. Bukan kerana kebiasaan, tetapi kerana sudah sewajarnya ana memohon maaf.

Akhir kalam... Semoga kita berbahagia menyambut hari raya pada kali ini. Raya-raya juga, tapi ingatlah insan yang telah tiada. Kunjungilah pusaranya. Hadiahkanlah bacaan surah Yassin untuknya. Mudah2an, rohnya kekal tenang seperti sepanjang bulan puasa yang penuh barakah ini.

Kalau ada jarum yang patah,
jangan di simpan di dalam peti.
kalau ada silap dan salah,
maaf dipinta di aidil fitri.

Sekian, wasalam...