Sunday, January 25, 2009

Betul tentang cinta

ASSALAMUALAIKUM....
BERCINTALAH KERANA ILAHI...
YANG MEMBERI DAN YANG MENGURNIAI CINTA KE DALAM JIWA INSANI...
SAYANGILAH KERANA SAYANG PADA ILAHI...DENGAN IZINNYA CINTAMU KAN BEROLEH KEMANISAN...
IMANMU AKAN DIPERTEGUHKAN...
NAFSUMU MAMPU KAU TUMPASKAN...DAN KESUDAHAN CINTAMU PENUH KEREDHAAN...DIALAH YANG KAU CARI...BAKAL MENERANGI HIDUPMU DENGAN CAHAYA KESYUKURAN...
MEWARISKAN ZURIATMU SEBAGAI FATA ISLAM PENGISI PERJUANGAN.....
Ikuti lah kisah di bawah ni.. ianya kisah benar..jadikan ia sebagai pengajaran & yg penting ni BUKAN kisah hidup saya yg pastinya....
"Bahagia.... buat mereka yg bertemu cinta yg teragung."

BEGIN…
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari
apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang
boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan
lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya
ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang
wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya
hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia
menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang
membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya
tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat
bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam
siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.
Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan
perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan
baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.

Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius
sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what
you are doing right now. I haven't heard from anyone
that love before marriage is permitted. But I know
there's no relationship between male and female except
for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are
having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what Allah has
stated as wrong and proven false by the way Rasulullah
has taught us. A happy and blessed family come
from Allah, and you don't even have anything to defend
it as blessed if the first step you make is by
stepping into what He has prohibited. You can't have a
happy family if Allah doesn't help you so, and you
must know in every family that stands until their
dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from
the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya
tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air
matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah
lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib
a.s beribu-ribu tahun dahulu???

Untuk makluman, ini bukanlah kisah ana, dan harap maaf sebab ana tidak dapat me"link"kan antum ke pemilik kisah ini kerana ana terlupa meng"copy" link blogger tu semasa meng"copy" entri ini dan menge"paste"kannya di komp ana kerana ana tidak ada niat pun untuk menguploadkannya di blog ana ini untuk menjaga copyright. Tapi, hari ni, atas sebab2 tertentu, maka ana mengepos juga entri ini di sini, bukan saja-saja melainkan sengaja kerana bukan saja-saja.

Kepada pemilik kisah ini, kalau satu hari anta( pemilik kisah ini ialah seorang lelaki) terbaca kisah anta ini, maka halalkanlah kerana ana mengeposkannya untuk tujuan dakwah. InsyaAllah.. mudah2an niat suci ini akan sentiasa terpelihara kesuciannya. Amin...

Tong Hua by Guang Liang

Dalam era globalisasi ini, kebolehan berbahasa lebih daripada satu bahasa (multilingual) dalam diri seseorang individu merupakan satu anugerah. Apatah lagi jika bahasa yang dikuasai itu ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Sepanyol, Korea dan jepun!. Namun, mempelajari bahasa tidak semudah mempelajari ilmu lain misalnya ilmu sains.

Keperluan mempelajari sesuatu ilmu selain daripada bahasa ialah hanya pengajar dan pelajar tersebut perlu mahir menggunakan bahasa. Bermakna, Jika guru dan murid tersebut mahir berbahasa Melayu, maka seharusnya sesuatu ilmu itu perlu diajarkan dalam bahasa yang telah sedia mereka kuasai bagi memudahkan "yang mengajar" mudah memahamkan ilmu "kepada yang diajar". Namun entri ini bukanlah mengulas isu PPSMI, tapi lebih kepada kesedaran mempelajari lebih daripada satu bahasa untuk diri ana. Namun, menyedari bukan mudah mempelajari bahasa, maka kita perlu kreatif. Oleh itu, ana, dalam usaha mempelajari bahasa mandarin, maka ana sekarang ini berjinak-jinak dengan lagu mandarin. hahaha..

Jom belajar bahasa mandarin

Wang le you duo jiu
Zai mei ting dao ni
Dui wo shuo ni zui ai de gu shi
Wo xiang le hen jiu
Wo kai shi huang le
Shi bu shi wo you zuo cuo le shen me

#
Ni ku zhao dui wo shuo
Tong hua li du shi pian ren de
Wo bu ke neng shi ni de wang zi
Ye xu ni bu hui dong
Cong ni shuo ai wo yi hou
Wo de tian kong xing xing dou liang le

*
Wo yuan bian cheng tong hua li
Ni ai de na ge tian shi
Zhang kai shuang shou
Bian cheng chi bang shou hu ni
Ni yao xiang xin
Xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Xin fu he kuai le shi jie ju

Repeat # and *

Wo yao bian cheng tong hua li
Ni ai de na ge tian shi
Zhang kai shuang shou
Bian cheng chi bang shou hu ni
Ni yao xiang xin
Xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Xin fu he kuai le shi jie ju

Wo hui bian cheng tong hua li
Ni ai de na ge tian shi
Zhang kai shuang shou
Bian cheng chi bang shou hu ni
Ni yao xiang xin
Xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Xin fu he kuai le shi jie ju

Yi qi xie wo men de jie ju

Ekceli ana x faham pun menatang apa maksud lirik lagu ni. Adeh! cmne nak pandai bahasa mandarin nih? nati la ana try tanya chinese coursemate ana. InsyaAllah...

Kasih Abadi

Kamar hatiku sekian lama
suram dan sepi kekosongan
aku mencari insan sejati
untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakannya
disemai rasa kasih sayang
agar bersemi ketenangan
dan kedamaian di hati

ku harap hanya keikhlasan
dan ku rindukan keramahan
aku inginkan kemesraan
berkekalan berpanjangan

mengaasihimu dikasihi
menyayangimu disayangi
merindui dan dirindui
saling mengerti di hati

biar hilang kabut di wajahku
biar tenang resah didadaku
terimalah serta kabulkan harapan ini
oh Tuhan

cuba lafazkan kata penuh makna
bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
thidup mati jodoh pertemuan
ditentu Allah yang Esa
perkenankan hasrat di hatiku...

Moga impian kan dirahmati
dipertemukan serikandi/laksamana
susah dan senagn sama harungi
demi cinta yang Hakiki

~unknown error~

Friday, January 23, 2009

Sejenak tentang PPSMI

Dalam kerakusan kerajaan untuk mengejar kemajuan menjelang 2020, maka dengan bengongnya, PPSMI digubal. Kemudian, belayarlah PPSMI di bahtera kehidupan para pelajar, guru-guru, taukeh2 percetakan, dan secara tidak langsungnya dalam semua lapisan masyarakat. Ada yang mengutuk kelahirannya, ada yang mensyukuri kelahirannya (kerana ianya idea "orang pandai??" negara)dan tidak kurang juga ada yang tidak ambil kisah langsung.

Dengan tidak semena-mena, PPSMI yang sebelum ini tidak ada dalam mana-mana kamus (DBP, Oxford, apatah lagi kamus arab!) dibincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat! Kehadirannya umpama kudis (em... kutu pun boleh juga dijadikan analogi. hehehe). Menumpang dan amat membebankan. Tidak ada cara untuk membuang PPSMI ini dalam hidup masyarakat selama lima tahun sejak kelahirannya pada tahun 2003 sehinggalah sekarang kerana PPSMI dilahirkan oleh jentera pentadbiran tertinggi. Akibatnya, PPSMI terus menumpang, membebani dan menghantui. Selama 5 tahun sejak kelahirannya, yang paling parah menerima akibat ialah murid luar bandar. (kenapa? kata nabil, lu pk la sendiri).

Dijadikan cerita, sebenarnya ( -pelaksanaan PPSMI ini) idea "org pandai" untuk mencapai kemajuan itu merupakan sesuatu yang bagus dan pemikiran jauh beliau harus dicontohi dan diteladani. Namun, menukarkan bahasa pengantar pendidikan bukanlah idea yang bijak. Teori mencatatkan bahawa MURID AKAN LEBIH MENGUASAI SESUATU ILMU JIKA ILMU TERSEBUT DIAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA MURID TERSEBUT. Dalam Al-Quran, ayat ke-4 surah Ibrahim : KAMI TIDAK MENGHANTAR SEORANG WAKIL PUN MELAINKAN DENGAN BAHASA KAUMNYA, SUPAYA DIA DAPAT MENYAMPAIKAN PENERANGAN DENGAN JELAS KEPADA MEREKA.

Jadi, siapa kita untuk melanggar firman Allah?. Asas untuk membantah dasar PPSMI ini bukanlah terletak pada harga bahasa Melayu itu sendiri. Itu persoalan sampingan! Memandangkan penggubalan dasar ini kerana ingin mencapai kemajuan menjelang 2020 yang dilihat hanya boleh dicapai melalui penguasaan sains dan teknologi murid, maka sewajarnya kepentingan PENGUASAAN MURID DALAM BIDANG TERSEBUT PERLU DIAMBIL KIRA. Dan dijadikan cerita,

TEORI pendidikan sudah dibentangkan. Tapi biarlah ana ulangi disini "murid akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu ilmu jika ilmu tersebut diajarkan dalam bahasa ibunda murid tersebut". Jadi, bijakkah namanya jika dengan hanya berpegang kepada alasan "“ …jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris..’, justeru tiba2 langkah ini diambil?. "Memandaikan murid berbahasa Inggeris" dengan "memandaikan murid dalam bidang sains dan metamatik dengan menggunakan bahasa Inggeris merupakan dua perkara yang berbeza".

Sejarah juga mencatatkan kebanyakan negara maju lahir dengan menjunjung bahasa ibunda mereka dalam sistem pendidikan mereka. Contoh terdekat, Jepun. Jepun, walaupun belajar teknologi dari barat, namun pada akhirnya, mereka tetap mengeluarkan produk-produk Jepun. Jam Jepun, Kereta jepun, Trak Jepun, TV Jepun dll. Kenapa? Kerana sistem pendidikan mereka tetap mengekalkan budaya Jepun Bahasa Pengantarnya tetap Bahasa Jepun. Jadi, minda mereka tetap berminda Jepun. Mereka tidak akan terikut-ikut dengan minda barat dalam memperkembang ekonomi mereka. Para sarjana mereka belajar teori dari barat dan kemudian mengajarkan teori tersebut menggunakan cara, pendekatan Jepun. Mereka tidaklah kejam dengan mengarahkan murid seawal 7 tahun mempelajari ilmu asing dengan bahasa asing yang sememangnya asing bagi mereka. Tidak! Mereka menerapkan ilmu kepada murid dengan menggunakan bahasa mereka.

Adakah mereka ini mengkaji Al-Quran? Allahu Alam...
Bagaimana dengan "orang pandai" negara kita?? Adakah mereka x mengkaji Al-Quran? Allahu Alam...

Wednesday, January 21, 2009

Hatiku milikMu-Part 1

Semakin kuusir semakin ia hadir, Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran, Kusedar kini, HATIKU MILIKMU Biarpun jauh kularikan diri, Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..

HATIKU MILIKMU PART1

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro! aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!

"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset.. Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar."Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak" Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?
" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?"
"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar..tak pernah bermakwe," Fathil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu...dan, kau tahu Umar...kaulah lelaki itu)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau" Umar menyindir.
"Eleh...nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah"
"Ish, awek malang mana lah pulak yang akan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari makwe. Sampai sekarang takde makwe. Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah...aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, lepas tu bagi jalan kat aku,"
"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,"
"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan. Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,"
"Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan.." Umar menolak cabaran.
"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun" wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat. (Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah!) bisik Fathil. Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
"Hello! Fathil" suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
"Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu.
"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah.. "suara itu mendesak.
"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.
"Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"
"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,"
"Fika dah agak! Dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak.
Tersentuh hati Umar."Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya."
Fika tak pernah jumpa pun...semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,"
" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."
" Huh, entah bila.."
" Berdoalah pada Allah,"
" Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran. (Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?) (Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni...) Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.
"Hello, Fika ni!" Gurlp! Umar menelan liur.
" Hello!" balas Umar.
" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
" Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?"
" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"
" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho..""
Ish, takde lah. Biasa je..."
" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"
" Abang?!" Gurlp!!!" A’ah..tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!"
" Err.. " kelu lidah Umar." Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah..miss you my hero! Ummmwah.."
! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri