Wednesday, December 03, 2008

Cintaku

Ada apalah dengan cintaku
Jika dibandingkan dengan cinta Allah kepada hamba-hambanya.
memberi tanpa dipinta,
memaafkan tanpa berkira.

Ada apalah dengan cintaku
Jika dibandingkan dengan cinta Rasulullah kepada umatnya.
Dakwah dijaja merata-rata
Semata-mata mengajak umatnya beriman kepada yang Esa.

Ada apalah dengan cintaku
Jika dibandingkan dengan cinta ayah dan bondaku
memberi kasih sepenuh jiwa
sanggup membanting tulang untuk kebajikan anak semata-mata.

Cintaku pula hanya cinta biasa,
cetusan rasa dari jiwa yang biasa.

namun harapanku,
Apabila suatu hari nanti aku ditakdirkan menemui cinta fitrahku
biarlah dia yang aku temui itu,
cintanya kepada Al-Khaliq melebihi cintanya kepada segala-galanya.

Biarlah dia yang aku temui itu,
mencintai aku bukan kerana aku,
tetapi kerana Penciptaku.
mengasihi aku bukan kerana aku,
namun kerana syurga yang telah dijanjikan oleh penciptaku.

Biarlah dia yang aku temui itu,
setia cintanya kepada Ar-Rahman
melebihi setia cintanya kepadaku.
Sehinggakan,
tatkala cintanya berbisik,
suaranya memuji TUHAN.
apabila rindunya terusik,
RASULnya menjadi pilihan.

Hanya dengan cara ini,
insyaAllah, cintaku akan menjadi luar biasa.

No comments: