Wednesday, December 24, 2008

Perfect VS not perfect

Back 2 penang today, n belum sampai half day, I oredi miss my family. haha. Beberapa helai bulu mata ana berjatuhan dan ana tahu yang my family oso miss me oredi. hehe...

Bila tahu hakikat sesuatu, bila tahu tentang sesuatu dan bila kehendak kita x terpenuhi, kemudian ketika itulah kita amat memerlukan Allah. Kan? kan? Kadang2, kita akan rasa sangat sedih, dan kemudian mempersoalkan : kenapa Allah tidak memberi kita apa yang kita kehendaki? kenapa orang lain mendapat apa yang mereka kehendaki dan kenapa kita tidak?

Apabila sudah begitu, kemudian persepsi kita yang seterusnya bergantung pula kepada tahap keimanan kita. kalau iman kita ampuh daripada panahan fitnah syaitan, kita akan terselamat daripada berputus asa kepada Allah (naudzubillah hi minzalik!) mudah2an kita tidak menjadi insan yang terlalu lemah sehingga timbul niat untuk berputus asa terhadap dugaan yang Allah berikan.

Lantas, bagaimana kita perlu menguruskan persepsi kita atas "kurang berjaya" yang kita hadapi? pemikiran yang bagaimana yang boleh menyelamatkan kita daripada tidak redha dengan pemberian Allah?

Ingatlah bahawa, Allah maha mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan Allah mengetahui apa yang diperlukan oleh hamba-hambaNya. Justeru, Allah akan memberikan kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita kehendaki. Oleh itu, janganlah bersedih apabila kadang-kadang sesuatu keadaan terjadi tidak seperti yang kita rancang.

Memang kita mempunyai akal untuk merancang sesuatu dan cuba melaksanakannya sebaik mungkin untuk memastikan rancangan kita berjaya, namun Allah lebih tahu segala-galanya. Kita mungkin berharap kepada kejayaan yang cemerlang, namun, Allah memberikan kita ketidaksempurnaan, namun disebalik ketidaksempurnaan yang Allah berikan itu, Allah membekalkan semangat untuk mencuba lagi, ketabahan, kesedihan yang membawa kita mengingatiNya, perasaan takut akan Maha Besarnya Allah yang mengatur hidup kita dan sebagainya.

Walaupun kelihatannya, "ketidaksempurnaan" yang Allah berikan itu amat menyedihkan, namun, hakikatnya, bersama-sama "ketidaksempurnaan" itu tersimpan banyak perkara yang kita perlukan. Dan, mungkin juga, bersama-sama "kejayaan" yang kita kehendaki itu, tersimpan banyak perkara yang boleh mengalfakan.

Allahu alam.

3 comments:

♥ shiMawar ♥ said...

wa..ustazah ubie..insaf2 bc entri ko ni.. :)
sedap lagu kt blog ko ni bie..
sjk bile mnt ungu ni..?aku jelez melihat keUNGUan terserlah di layout ko..huhu..

Ratu Sulaman said...

ekekeke...
weh shim, ko kena wat ROS gak ke? buat ktne? Johor?

Ratu Sulaman said...

aku sengaja menyahut seruan USM mencintai ungu. hehehe