Thursday, January 29, 2009

Ungu Karmila

Sebuah novel yang telah membejatkan kewarasan akal ana pada hari ini. Sebuah karya Ramlee Awang Murshid yang telah berjaya meletakkan waras ana di antara logik dan mistik, antara sedar dan khayal dan antara asyik dan penat. haha

"Ekceli" sudah lama buku ini diterbitkan pada 16 jun 2008... tapi ana baru berpeluang membacanya hari ini?( di tengah2 kesibukan menyiapkan laporan??. haha). Adoi... sepagi dan sepetang dan separuh malam juga la ana menghabiskan novel setebal 511 halaman itu. Alahai la... Nasib jalan cerita, teknik penceritaan dan juga kesudahannya memuaskan hati (tapi, kalau sudah dari awal teknik penceritaannya boring, biasanya ana akan tutup buku awal-awal). Tapi, sejarah membuktikan bahawa karya Ramlee Awang Murshid memang tidak akan mengecewakan. Sekurang-kurangnya setakat ini la.... Tapi, ana harap Ramlee akan terus berjaya. Huhu....

Banyak ilmu baru yang boleh diperoleh dari novel ini. Bezanya karya Ramlee dengan karya novelis lain ialah karya Ramlee banyak membuat penghuraian cerita berdasarkan fakta. Misalnya, dalam novel ini, beliau telah mengaitkan halusinasi yang disebabkan tindak balas pendebungaan. Dan banyak lagi la... Sekurang-kurangnya, selain dibentangkan dengan idea penulis, pembaca juga berpeluang mencedok ilmu berdasarkan fakta sebenar... dan ana nampak usaha yang gigih dan jitu yang dilakukan oleh Ramlee untuk menghasilkan sebuah novel yang berkualiti.

Ramlee juga bijak bermain dengan unsur mistik dalam novel ini. Dan kemudian, mistik itu pula dilogikkan pada akhir cerita dengan penerangan saintifik. Misalnya dalam novel ini, kisah pembunuhan di sebuah vila yang pada mulanya dianggap berlaku kerana puaka? dan hantu rupa-rupanya disebabkan oleh tindak balas Ungu Karmila (sejenis bunga kacukan bunga Ros dengan bunga liar dari hutan yang kononnya dijaga oleh satu semangat hutan). Proses pendebungaan menyebabkan sfora memenuhi udara. Sfora itu pula jika disedut akan menghasilkan halusinasi.

Maksudnya, apabila seseorang terhidu udara yang dipenuhi debu bunga itu, seseorang itu akan berhalusinasi-menganggap apa yang difikirkannya sebagai benar. Jadi, dijadikan cerita, oleh kerana terpengaruh dengan mitos mengatakan vila tersebut berpuaka, maka mereka sering memikirkan hantu, dan apabila berhalusinasi, mereka akan menganggap hantu itu benar2 wujud. Begitulah lebih kurang yang ana faham.. hehehe. Tapi, ianya merupakan satu lagi idea bernas yang berjaya menarik minat ana sampai membaca dalam pelbagai posisi hari ini (baring, duduk, terlentang, tiarap semua sudah. "so tired but can't stop till the very end". Adoi....
Syabas RAM.

Keep up the good work!! hehehe

7 comments:

swity said...

heheh..dah abis baca?best kan x rugi sy beli hehe..nak tahu 1 fakta lg, sy baru terbaca aritu(x ingat dlm buku apa).klu terlalu banyak minum kopi pun akan menyebabkan seseorang tu berhalusinasi dan mendengar suara2 pelik..

Ratu Sulaman said...

Serius??!!
hehe... tobat aku x minum kopi lagi lepas ni. hehe...
Kalau minum nescafe? hurm...

swity said...

yaa..nt sy cari balik mana sa terbaca tu..klu nescafe xtau plak hehe

Ratu Sulaman said...

Harap2 x. Sebab ko tau la aku ni peminat no. 1 nescafe ais. Eheks!!

swity said...

hhehe..ko baca sendiri entry pasal kopi tu dlm blog sa..

♥ shiMawar ♥ said...

erm..sape yg xsewel pas bc novel Ramlee Awang Murshid, mmg tere le..aku dh bc gak novel ni..agk seram n penuh saintifik..png kpla otk aku nk fhm..haha.. :p
ko dh bc ADAM lum bi..?cite tu xseram, tp penuh dgn politik + dendam..sonok gak.. :)

Ratu Sulaman said...

Belum la shim... maklum la, aku ni agak terlewat untuk meminati Ramlee Awang Murshid ni. Sebab2nya:

1. Dulu, fes time(masa aku skolah menengah la) akak aku crita pasal novelis ni, aku x teruja sangat koz nama "Ramlee"ni bagi aku kurang menarik, dan mulalah aku berimaginasi yang dia ni kurang hensem. Hehehe. Dulu2 la.. Betapa la kejamnya aku pada masa tu.

2. Tajuk yang dia guna untuk novel dia semuanya pelik2 dan x menarik langsung. Tombiruo la.. semangat hutan la...(akak aku suruh paksa + ugut2 lagi, tapi aku xnk juga baca. haha). Betapa biulnya la aku ada masa tu.. hehehe

kemudian, barulah aku mengambil pengajaran..==> don't judge a book by it's cover. huhu