Tuesday, February 24, 2009

Kerana sayang

Kita masih bernafas saat dan ketika ini. Alhamdulillah... Berkat nikmat udara yang diberikan secara percuma oleh Allah, maka kita saat dan ketika ini masih boleh mengecap nikmat hidup yang juga diberikan secara percuma oleh Allah kepada kita.
Dan, oleh kerana kita masih hidup, bermakna, pintu taubat masih terbuka luas untuk kita yang terasa ingin bertaubat atas segala dosa yang kita lakukan. Kalau.... terasa ingin bertaubat. Kalau tidak pun, tidak apa.... Allah itu Maha Perkasa, maka Allah tidak memerlukan Taubat kita untuk terus Berkuasa. Tapi kita harus ingat, jika bukan kerana udara yang dibekalkan oleh Allah tanpa bayaran itu, kita tidak ada di muka bumi ini. Jadi, atas alasan itu, sebagai insan, tidakkah kita perlu bersyukur? atau sekurang-kurangnya tidakkah kita rasa perlu memohon ampun kepadaNya kerana terlupa bersyukur?

Jika kita sendiri, kalau pemberian kita kepada seseorang tidak dihargai, kita juga berasa terkilan bukan? Tapi, berapa kerap sangat la kita memberi sesuatu kepada orang lain? dan biasanya, apabila sekali pemberian kita tidak dihargai, kita akan berkata "sorry aku bagi kau hadiah lain kali!". Dalam hati tentunya... hehe..
Sekarang, cuba kira berapa banyak pemberian Allah kepada kita? pemberian-pemberian itu pula bukanlah calang-calang pemberian! nikmat hidup, nikmat udara, nikmat sihat (bg yg sihat) nikmat sakit (bersyukurlah kerana Allah sayangkan kamu yang sedang sakit itu), nikmat keindahan alam ini, nikmat makanan, nikmat bahagia dan macam-macam lagi. Kalau dikira, seribu tahun takkan mungkin. Hehe..

Kemudian, sekarang cuba kira (jangan lupa memasukkan diri kita dalam senarai) berapa ramaikah antara kita yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah itu?. Bayangkan kalau Allah itu berfikir seperti kita ketika pemberian kita tidak dihargai dan berkata "ah! sorry Aku bagi kau hadiah lain kali!". Bagaimana rasanya? Tetapi Allah itu tidak bersifat lemah seperti manusia. Allah itu Sempurna sifatnya. Atas sifat Maha PemurahNya, maka DIA terus memberi dan memberi nikmat kepada kita. Atas sifat maha PengampunNya, maka DIA membuka pintu-pintu taubat seluas-luasnya. Atas sifat Maha PenyayangNya, maka DIA sering memberi ujian kepada kita. Ujian yang menandakan bahawa DIA tidak pernah berhenti daripada mengingati dan menyayangi kita, dan mahu dengan ujian itu, kita kembali mengingati dan menyayangiNya. (sebak rasanya ketika menaip ayat ini...)

kemudian, kita diuji dengan macam-macam ujian, dan kita tahu, ujian itu perlu untuk meningkatkan darjat iman. Tapi, kadang2, kita sering terlupa betapa, apabila kita diuji, apabila kita sedih, Allah merupakan Pendegar yang Paling Baik, Allah merupakan Pendengar yang Paling Setia, Allah merupakan Pemberi Jalan Penyelesaian yang Paling Bijak. Kerana terlupa, maka kemudian, kita akan cuba mencari kawan atau kekasih untuk menenangkan hati kita. Mengadu betapa malangnya nasib kita, meminta penyelesaian atas masalah kita.

Sedangkan, Allah telah menyediakan ujian itu untuk kita agar kita ingat kepadaNYA, meminta pandanganNYA untuk menyelesaikan masalah kita, menangis di hadapanNYA untuk mengadu nasib kita. Bukan kerana apa, tetapi kerana sayang. DIA masih ingin kita mengingatiNYA kerana ALLAH tidak pernah terlupa untuk mengingati kita.

Jadi, apabila kita mengingati kawan atau kekasih ketika kita diuji, jadi apakah makna ujian itu?

Tetapi, oleh sebab kita ni insan, maka kita juga ingin menjadikan insan lain sebagai pembantu pertama kita untuk menyelesaikan masalah. Memang, tidak salah. Namun, marilah kita sama-sama meletakkanlah Allah sebagai pembantu pertama, menjadikan Allah sebagai Pendengar masalah pertama kita. Tidak rugi menangis di hadapan Allah. kan? Oleh sebab ujian Allah telah berjaya membuatkan kita mengingatiNYA, Kemudian, pasti Allah akan mempermudahkan kita untuk menyelesaikan masalah. Mungkin DIA akan menghantar kawan kita sebagai penyelesai masalah kita.

Tetapi, apabila kita menjadikan kawan atau sesiapa saja untuk menjadi penolong pertama kita, maka kita akan dapati masalah kita bukannya selesai, dan tak akan selesai, tetapi akan menjadi semakin sukar. Kadang-kadang, kita akan mendapati kawan kita itu seperti tidak mengerti masalah kita. Semasa kita sedang menghadapi masalah, dia jarang berada di sisi kita untuk menyelesaikan masalah kita. Atau, dia akan buat-buat tidak faham apa masalah kita. Malah akan menyalahkan kita atas masalah yang berlaku. Maka, masalah kita akan menjadi lebih besar, kerana, bukan sahaja kita sedang sakit hati dan jiwa dengan masalah yang sedia ada yang kita hadapi, tetapi timbul pula masalah lain iaitu rasa tidak puas hati terhadap ketidak prihatinan kawan kita itu. Timbul lagi masalah lain iaitu, kita akan berasa betapa kejamnya kawan kita itu. Jiwa yang sedih bertambah rawan.

Padahal, semuanya disebabkan oleh kesilapan kita sendiri yang tidak memahami makna ujian yang diberikan Allah kepada kita. Percayalah, apabila kita meletakkan Allah sebagai Yang Teratas atas segala tindak tanduk kita, sebagai penasihat kita Yang Teratas, maka setiap langkah selepas itu pasti akan menjadi mudah. Kerana kita bergerak di atas redha Allah. Tetapi, jika sebaliknya, bersedialah berhadapan dengan kesusahan demi kesusahan yang tidak berpenghujung. Allahualam...

"Sesungguhnya sesudah kesusahan akan datang kemudahan" - jika dan hanya jika kesusahan itu dapat membuatkan kita mengingati Allah.

ada juga kesusahan diikuti lagi dengan kesusahan, diikuti lagi dengan kesusahan, lagi dan lagi. Sebabnya, kita masih tidak faham tujuan ujian itu diberikan kepada kita. Allahualam...

"Ya Allah... pimpinlah jalanku menuju redhaMu selamanya..."

3 comments:

DH said...

betul apa yg awak tulis ni...xda yg salah....sekurang-kurangnya secara teori..tapi secara praktikalnya, mampukah manusia berbuat begini? ya, ia akan berbalik pada iman kita....tapi dalam keadaan yang x OK, hati dan akal kita kadang2 akan kabur dalam membuat penilaian, xkan mampu berfikir secara rasional...& atas sebab itu manusia mencari manusia lain utk memimpin, menyuluh arah...bila ditimpa musibah & kita memilih mencari kawan atau sesiapa saja manusia tidak bermakna kita meletakkan penggantungan pada manusia semata-mata, tapi bagi saya lebih kepada sokongan atau pimpinan untuk pergi bergantung kepada Yang Esa... as what i said, setiap manusia berbeza, maka metedologi menghadapi hidup akan berbeza...mungkin ini cara awak, harap awak kekal begini :)

Ratu Sulaman said...

Salam Hurul...

Ana minta maaf jika apa yang ana tulis tidak tepat menggambarkan situasi anti. Seperti yang anti kata, kita berbeza. Memang, tidak dinafikan. Allah yang Maha Kaya menciptakan kita dengan bermacam perangai. Oleh itu, dalam menilai dan mentafsir, kita juga akan menggunakan kaedah yang berbeza, mengikut pandangan dan kesesuaian diri kita.

Namun, kita telah diajar oleh Allah melalui kitab dan hadis tentang "walau berbeza macammana pun kita, kita semua pasti akan menuju ke satu arah" iaitu perjalanan menuju hari akhirat. Kemudian, apabila sudah sampai di sana, maka barulah Allah memberi tempat kepada kita, memberi perhitungan kepada kita. Semuanya bergantung kepada Allah.

Jadi, dalam senario hidup kita pun begitu. "walau berbeza macammana pun pendekatan yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah, kita semua berharap kepada sebuah penyelesaian". betul? Tidak ada insan yang siuman yang mengharapkan sesuatu yang lain selain daripada mendapatkan satu "penyelesaian" kepada masalah yang sedang dihadapi. Gunalah pendekatan macammana pun, asalkan dapat mencapai sebuah penyelesaian. Atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah yang kita hadapi.

Namun, kita juga telah diajar dengan ayat ini:

"cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung"
Surah Ali Imran : 173.

dan juga ayat ini,

"menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah, DIA menerangkan yang sebenarnya dan DIA Pemberi Keputusan yang paling baik"
Surah Al-Anam : 57

Jadi, kenapa kita tidak pergi meminta pertolongan kepada Yang Lebih Baik dahulu?

Ya, memang ketika kita emo, kita tidak akan mampu berfikir dengan baik. Oleh sebab itu kita diajar beristighfar, berwuduk, berzikir, (jalan yang sebaik2nya). Boleh juga menggunakan cara yang antum ketahui untuk meredakan emosi, ilmu Allah itu luas.

"bila ditimpa musibah & kita memilih mencari kawan atau sesiapa saja manusia tidak bermakna kita meletakkan penggantungan pada manusia semata-mata, tapi bagi saya lebih kepada sokongan atau pimpinan untuk pergi bergantung kepada Yang Esa"

Ana tidak pernah mengatakan bahawa apabila kita meminta tolong daripada kawan-kawan, kita telah mengetepikan Allah. Tidak.

Ana kata :

"Tetapi, oleh sebab kita ni insan, maka kita juga ingin menjadikan insan lain sebagai pembantu pertama kita untuk menyelesaikan masalah. Memang, tidak salah. Namun, marilah kita sama-sama meletakkanlah Allah sebagai pembantu pertama, menjadikan Allah sebagai Pendengar masalah pertama kita."

Hehe..

Hurul, ana memang selalu berharap agar Allah sentiasa memberi hidayah untuk menjalani hidup ini. Terima kasih kerana mendoakan ya. =)

Apple said...

Saya setuju ngan pandangan yang Allah menjadi tempat kt meminta tolong yg 1st. Sb, kebijaksanaan kt dtngnya dr Dia dan bkn dr sndr. Pabila ada mslh, kt akan brdoa tuk mnta petunjuk dan pada masa yg sama jg meminta tolong drp sahabat o famly. Pertolongan Allah mgkn skali dlm bentuk yg sukar dimengerti dan sebenarnya, bantuan drp sahabat kt itu atas keinginan n kebijaksanaan Allah jg.
Pandangan Hurul Aini jg agak tepat bg manusia zmn skrg krn modennya dunia menjadikan kebanyakan org sukar tuk berbuat sedemikian.