Al kisahnya, tadi aku dan kawan terlewat sedikit menghadiri ceramah tersebut. Ceramah tersebut sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi, dan kami sampai pada pukul 9.30pagi. Faktor hujan melewatkan ke"bangun"an. hahaha... Apa tidak, aku bangun untuk ulangkaji (hihi...) pukul 3 dan tidur semula pada pukul 5 dan bangun semula pada pukul 6 untuk sola subuh dan tidur semula sampailah pukul 8.30. Hahaha...
Sampai sahaja kami ke dewan, aku sangat terkejut (haha) apabila melihat para hadirin. Semuanya "old-old". Rasanya ramai daripada para hadirin terdiri daripada mereka yang sudah bekerja. Para pensyarah, peguam, datuk-datuk dan entah apa lagi. Aku berandaian begini kerana apabila tiba sesi soal jawab, ada penyoalnya bergelaran datuk, seorang peguam. Yang menariknya, ada seorang lelaki cina yang free thinker menghadiri ceramah ini. Sebenarnya, sebelum hari ini, aku terjumpa dengan beliau minggu lepas di hadapan pintu masuk ke perpustakaan. Sementara, pelajar USM yang hadir aku rasa boleh dibilang dengan jari bilangannya. Aduh!! Tapi, kami pun dengan selambanya mengambil tempat duduk tengah-tengah. Nasib baik penceramah jemputan belum sampai pada ketika itu, jadi, kiranya kami tidaklah malu sangat kerana ceramah belum bermula. hehe...
Tidak lama selepas itu, barulah Tuan Haji Ayub sampai... Kesian juga la kerana belum panas kerusi yang diduduki oleh beliau, Tuan Pengerusi terpaksa mempersilakan beliau untuk memulakan ceramah kerana para hadirin telah lama menunggu. Perkara pertama yag beliau utarakan ialah jenis bahasa yang boleh beliau gunakan sepanjang sesi ceramah tersebut. Beliau meminta para hadirin memilih sama ada bahasa Jerman, Inggeris, Melayu dan Tamil. hihi... Beliau mengatakan bahawa beliau kurang fasih berbahasa Melayu. Boleh berbahasa Melayu, tetapi memerlukan masa yang lama untuk membina ayat. Hm... patutlah semasa ceramah dia yang lepas, dia agak janggal untuk berbahasa Melayu. Namun, pada waktu itu, beliau terpaksa menggunakan bahasa Melayu kerana hadirin pada masa itu lebih ramai pelajar daripada golongan bekerja. Hm...
Dan akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Nasib baik. Kalau bahasa Jerman atau Tamil, mungkin aku dah lama meninggalkan dewan dan pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji (konon...) hahaha... dan nasib baik juga la aku bolehlah juga memahami bahasa Inggeris ini. hahaha
Intipati pada awal ceramah yang telah diketengahkan oleh beliau ialah tentang faktor non-muslim tidak tertarik untuk memeluk agama Islam. Menurut beliau, faktornya ialah kurangnya pengetahuan non-muslim terhadap Islam. hal ini kerana kita (orang islam ini) tidak menunjukkan nilai-nilai islam yang sebenar kepada mereka. Kita merupakan model kepada Islam. Kita merupakan al-Quran dan Sunnah bergerak. Non-muslim akan menilai Islam berdasarkan pemerhatian mereka kepada kita. Jika mereka lihat sesetangah dalam kalangan kita meminum arak, melakukan sumbang mahram, melakukan zina, berjudi, tidak menutup aurat, tidak bersolat, tidak berpuasa pada bulan ramadhan, dan sebagainya, maka mereka akan menganggap al-Quran dan as-sunnah kita mengajar kita begitu. Jadi, di manakah keindahan islam itu. Mereka tidak akan dapat melihat keindahan islam itu kerana kita, umat Islam ini telah memberikan gambaran yang salah kepada mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka membaca al-Quran untuk memahami Islam. Nah, go and read!! Tidak!. Jadi, bagaimana mesej al-Quran itu dapat disebarkan? Melalui teladan... Kita, umat Islam ini, bertanggungjawab untuk memahamkan mereka tentang Islam. Bertanggungjawab membuka mata mereka untuk melihat keindahan Islam. Jika kita tidak mampu berhujah, cukup dengan memperlihatkan nilai-nilai islam yang sebenar dalam berperilaku. Harap aku diberi kekuatan untuk melakukan ini dengan sebaiknya hingga akhir hayat. Amin~
Setakat tinjauan beliau, jika non-muslim ditanya tentang pengetahuan Islam. Mereka akan menjawab, orang Islam boleh berkahwin empat, tidak boleh makan babi dan minum arak, kadang kala pada bulan tertentu mereka akan berpuasa, dan pada hari jumaat, sesetengah mereka akan pergi bersolat ke masjid. Tidak ketinggalan ada juga non-muslim yang menganggap orang islam berpuasa kerana terpaksa. Kerana takut ditangkap oleh jabatan agama. Hal ini berdasarkan pengalaman beliau apabila beliau pergi ke rumah seorang datuk. Isteri datuk tersebut menyediakan makanan pada bulan puasa, dan datuk tersebut menjemput beliau untuk makan temgahari bersama.
Datuk : Tuan haji, jemput makan.
Tuan Haji : Tidak mengapa. Saya berpuasa.
Datuk : Tidak mengapa... saya tidak akan melaporkan perkara ini kepada jabatan agama. Tuan Haji boleh makan bersama kami.
Tuan Haji : Saya berpuasa.
Datuk : Tidak boleh makan sama sekali?
Tuan Haji : Tidak. Bagaimana datuk boleh berfikir pada bulan puasa saya dibolehkan tidak berpuasa?
Datuk : Few years ago, saya ada seorang pekerja Melayu. Dan tiba bulan puasa, dia tidak berpuasa.
Contoh ini cukup ostensif untuk menjelaskan kepada kita tentang pentingnya penghayatan agama itu dalam diri kita. Kita ini model Islam. Jika kita berperilaku tidak seperti yang dituntut dalam Islam, maka implikasinya non-muslim akan menganggap ajaran Islam itu sendiri yang bermasalah. Sanggupkah kita menjadi penyebab orang lain menghina agama Allah ini?. Apakah masih ada rasa cinta kita kepada ajaran Nabi Allah ini. Adakah masih ada harapan yang dapat diharapkan daripada usaha Rasulullah dan para sahabat menegakkan syiar islam selama ini?
Selain itu, beliau juga banyak mengulas tentang agama kristian. Tentang orang kristian yang mempunyai 490 mazhab. Namun, walaupun mereka mempunyai pelbagai mazhab, mereka tetap bersatu. Kenapa? Sebagai muslim, kita patut mula berfikir. Jika sudah terfikir, maka teruskan berfikir.
Tentang penggunaan nama Allah dalam kitab bible, pendirian beliau: Boleh gunakan nama Allah dalam bible jika dan hanya jika konsep "Allah" yang mereka maksudkan bertepatan dengan maksud yang terdapat dalam surah al-ikhlas :
- Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
- Sesungguhnya Allah kekal.
- Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
- Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Konsep "Allah" yang mereka maksudkan mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan dalam surah al-Ikhlas ini. Hal ini bermakna, jika mereka masih memegang konsep trinity (3 tuhan), maka nama Allah tidak boleh mereka gunakan dalam kitab bible!. Konsep trinity sudah melanggar syarat pertama iaitu "Allah yang maha esa". Allah itu Esa (Satu). Bukan dua bukan tiga!.
Surah Al-Maidah: 73
“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan : “Bahawasanya Allah salah seorang daripada yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Esa, jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih”.
Allah itu kekal. Jika konsep "Allah" yang mereka maksudkan menepati sifat Allah dalam ayat kedua ini, maka baru boleh digunakan perkataan Allah dalam kitab bible.
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Jika mereka menepati sifat Allah ini, maka mereka boleh menggunakan nama Allah dalam kitab bible. Namun, ini tidak akan berlaku kerana pegangan mereka ialah trinity. (tiga dalam satu : Tuhan bapa, Jesus dan ruh kudus). Hm... dan syarat terakhir, tidak ada sesiapapun yang serupa denganNYA.
Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi terlalu apologetik menghadapi isu-isu yang sebegini. Kita mempunyai sumber-sumber yang authentik, yang membolehkan kita mempertahankan kesucian namaNYA. Biarlah DIA yang menentukan bagaimana namaNYA digunakan.
"the truth is out there". Carilah kebenaran.
No comments:
Post a Comment