Thursday, April 30, 2009

Semakin

"Semakin aku fikirkan, terasa ia semakin menyesakkan. Sungguh!"

Aku terpana apabila terbaca satu kata-kata. "Kamu akan diuji dengan apa yang kamu bicarakan". Kadang-kadang, apabila akal jahatku datang, aku mula berfikir ingin hidup di "zon selesa". Mula berfikir untuk menyerahkan sahaja tugas "ini" kepada mereka yang lebih layak. Pengetahuanku sendiri belum cukup luas dan pertahanan aku sendiri belum cukup ampuh untuk menangkis sebarang ujian.

Namun, jika aku terus berfikiran begini, dan sepuluh, atau seratus, atau seribu, atau sejuta lagi umat Islam juga berfikiran seperti aku, ingin hidup di "zon selesa" atau dalam erti kata lain, berfikiran ==>"lantaklah apa nak jadi kepada kau nanti!", mencari kebenaran dan apabila telah menjumpainya, kemudian menyimpannya hanya untuk kesejahteraan diri sendiri, jadi siapa lagi yang boleh diharapkan?

Aku sedih apabila ramai dalam kalangan mereka yang telah "disuapkan" dengan kebenaran, tetapi sengaja menolaknya kerana tidak sanggup menelan "kepahitan" yang bakal dirasai. Di sini, aku ingin kongsikan satu kata-kata khusus untuk kau dan aku iaitu "TERIMALAH KEBENARAN WALAUPUN PAHIT". Namun, aku lagi sedih apabila lebih ramai dalam kalangan kita yang telah "menelan" kebenaran itu, namun, marah kepada orang lain yang ingin "menyuapkan" kebenaran itu kepada mereka yang belum menemui kebenaran. Atau, berasa tidak senang apabila dinasihati. Sebab apa? Sebab merasakan, agama ini milik ustaz dan ustazah sahaja. Jadi aku dan mereka yang bukan ustaz dan ustazah tidak layak memberi pandangan.

Tapi, rasanya, aku boleh berlapang dada dan lega selepas ini kerana, rasanya, aku telah menjalankan tanggungjawab wajib aku sebagai khalifah di bumi ini. Kini, hanya tinggal, kau gunakan akalmu yang waras, untuk menilai sama ada menerima atau tidak.

No comments: