Allah telah berfirman:
"Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh"
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum
Ini Adalah Ruangan Untuk Berkongsi Cerita, Pandangan dan Harapan.
Untuk kau dan aku dan di mana hala tuju kita
Nasihat kepada diri
Hidup tidak selalu indah Langit tidak selalu cerah Suram malam tidak berbintang Itulah lukisan alam Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput yang lemah-lembut Tak luruh dipukul ribut Bagai karang di dasar lautan tak terusik dilanda badai
Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu Dalam senang awasi kealfaanmu Setitis derita melanda Segunung kurniaan-Nya
Dalam diam taburkanlah baktimu Dalam tenang buangkanlah amarahmu suburkanlah sifat sabar di dalam jiwamu
Usah mengharapkan kesenangan Dalam perjuangan perlu pengorbanan Usah dendam berpanjangan maafkan kesalahan insan Begitu ajaran Tuhan ----------------------------------------------------- Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku ----------------------------------------------------- “Wanita ibarat Epal". Epal yang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringi… ----------------------------------------------------- Bersaksi diriku tiada lain hanya Kau Satu memiliki cintaku, ku serah segala kepadaMu ----------------------------------------------------- Jangan jadikan air mata itu, air mata yang sia-sia. Menitis kerana manusia, mengalir kerana dunia.Biar dari mana asalnya, tetapkanlah ia untuk pencipta.Yakinlah pada ikatan ukhuah, bukan pada zahir nilainya.Tapi pada kiriman doa. Jangan takut ditinggalkan kerana itu lumrah insan.Yang sepi tidak semestinya benci.Jadilah diri sendiri.Ingat, berapa kali kita tersungkur, bangunlah semula.Kerana itulah yang dinilai Allah. ----------------------------------------------------- PadaMu ada kedamaian, di ribaanMu kabahagiaan, tiada lagi rasa kesangsian di hatiku Ya Allah ----------------------------------------------------- Kita sering mahukan hari yang cerah. Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering menginginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan. Hakikatnya diri penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Semua itu bukanlah suatu hukuman. Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman. *****************************************************
"Tatkala cintanya berbisik, Suaranya memuji Tuhan. Apabila rindunya terusik, Rasulnya menjadi pilihan."
Pada Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya. "Sebagai manusia, Aku Sayang Padamu"
Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Harga : RM 19.90 Halaman :560
Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid
Sinopsis : UNGU KARMILA
ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.
Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.
Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.
Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!
Untuk Kau dan Aku - Najwa Aiman
Apa yang buat kau bahagia Azhar? Tak guna hidup bersama orang yan belum tentu bagi bahagia, betul tak? Bahagia ialah apa yang semua orang cari. Tua, muda, miskin, kaya. Semua lapisan. Semua orang. Semua orang cari bahagia. Tapi siapa aja yang jumpa? Di mana mereka jumpa? ramai ke yang jumpa?
Bahagia bukan senang di cari dalam dunia ni. kalau dah jumpa sesuatu yang boleh bagi bahagia, cumaorang bodoh aja yang tidak akan ambil. Lepas tu pula, kalau dah jumpa depan mata sekalipun, belum tentu lagi boleh diambil. Mungkin tidak dapat dicapaipun. Sebab itu harga bahagia.
Diari Seorang Guru - S. Hawa
Sinopsis : Diari Seorang Guru
Kisah seorang guru yang mengajar di pendalaman Sabah. Dia mula mengenal erti ketabahan dan cinta. Diarinya menjadi perakan suka dan duka. Ingin kenali guru sebagai insan seni, inilah rahsianya.
Ayat-Ayat Cinta - Habiburrahman El-Shirazy
Komen A. Samad Siad - Sasterawan Negara
"Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekolempok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malam berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya."
No comments:
Post a Comment