Monday, July 13, 2009

Aku penat!

Aku penat. Hanya itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan aku detik dan saat ini. 3 hari yang lepas, aku mengambil keputusan drastik untuk balik ke Port Dickson. Perjalanan yang cukup panjang dan memenatkan. Dari Penang ke KL kemudian sampai ke PD lebih kurang pukul 11 malam. Esoknya, pergi lagi ke Sg. Buloh, menjemput adik aku, jalan2 lagi ke Putrajaya kemudian balik ke PD lagi. Kemudian barulah kembali ke Penang... Perjalanan yang sangat memenatkan. Sebab aku balik, biarlah aku simpan sendiri...hal keluarga. huhu...

Kemudian, hari ini, aku meneruskan kuliah seperti biasa dan sekarang ni, aku sebenarnya baru lepas dari mencari-cari maklumat tentang tajuk tugasan.... tentang konsep "Satu Malaysia". Kau tau apa yang aku jumpa? blog2 yang ditulis dan dikomen oleh orang-orang yang sudah gila. Mencarut ntah apa2... aku penat membaca!!

Penat!!

Thursday, July 09, 2009

Kembali pulang

Assalamualaikum...

Seperti aku yang kembali aktif mengisi ruang blog ini, seperti itulah PPSMI yang akan kembali pulang ke pangkal jalan pada tahun 2012 nanti. Alhamdulillah... akhirnya, perjuangan pencinta ilmu dalam menentang dasar PPSMI hampir berhasil apabila Timbalan Perdana Menteri Nagara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik akan diajar dalam Bahasa Melayu manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, kedua-dua subjek ini akan diajarkan dalam bahasa ibunda masing-masing mulai tahun 2012 nanti... lihat di sini

Akhirnya...

Diam. Kalau kamu tdk tahu apa yang sedang berlaku

Thursday, July 02, 2009

apa-apa aja lah...

salam semua...
Seperti mana kau merindui aku, ketahuilah bahawa aku juga merindui blog aku ni. hekhekhek. "apa-apa aja lah, yang penting bahagia". Ya ka?