Tuesday, January 13, 2009

Bahayanya jika "mencari pasal" dengan ahli-ahli akademik

Tindakan undang-undang terhadap Kerajaan mengenai PPSMI

Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Setiausaha II Gapena melaporkan bahawa Gapena sudah mengadakan perbincangan dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Malaysia berhubung dengan pelaksanaan PPSMI, kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan ini dibuat akibat kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan mengenai PPSMI sebelum 31 Disember 2008.

Di samping itu, beliau juga menyatakan Gapena sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia bagi mengadakan pertemuan, dan sedang menunggu maklum balas daripada mereka.


Tahniah GAPENA.

Inilah akibatnya apabila "orang pandai" dengan "orang pandai" berperang. Ana harap, janganlah berlaku ketidakadilan dalam perang ini. Kedua-dua pihak harus rasional.
Tapi, pada ana lah... baik dimansuhkan saja dasar ini. Bukan apa, terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan jika ingin memandaikan anak-anak bangsa kita berbahasa Inggeris. Jadi, kenapa memilih jalan yang sudah ternyata salah dan dilihat "memperlekehkan" bahasa ibunda sendiri?.

Seperti kata Prof Awang Sariyan, orang arab dulu "dalam usaha mereka mendapatkan ilmu" mereka (orang-orang yang bertanggungjawab mendapatkan dan mempelajari itu) sahaja yang perlu belajar bahasa ilmu tersebut, dan barulah pula mereka menterjemahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka dengan tujuan mengembangkan ilmu tersebut kepada anak bangsa. Bukannya PARA PELAJAR YANG BERUMUR SEAWAL 7 TAHUN MEMPELAJARI ILMU YANG ASING BAGI MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA ASING".


No comments: